03 Ogos 2009

Polis enggan benarkan tahanan temui peguam

KUALA LUMPUR, 1 Ogos : - Suasana di Pusat Tahanan FRU Cheras menjadi kecoh apabila pihak polis bertelagah dengan para peserta demonstrasi anti-ISA yang ditahan sebelum dan semasa himpunan MANSUH, hari ini.

Menurut Ahli Jawatan Kuasa Muslimat PAS, Athirah Aiman al-Jundi, yang ditahan kira-kira jam 12.50 tengah hari di Kompleks Pertama, pertelagahan tersebut berlaku apabila pihak polis tidak membenarkan mereka yang ditahan untuk menemui peguam.

Tambah beliau, pihak polis tidak membenarkan mereka menemui peguam dengan alasan 'mereka belum ditahan', selain mengatakan para peguam tidak mengendahkan hak dan nasib mereka.



"Alasan pihak polis tidak membenarkan kami menemui peguam ialah kerana kami belum ditahan. Jadi, yang letakkan kami di pusat tahanan ini apa namanya? Jika kami tidak ditahan, mengapa tidak dilepaskan sahaja?", soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily.



ImageTambah beliau lagi, alasan polis bahawa para peguam tidak mengendahkan mereka yang ditahan turut tidak masuk akal, memandangkan terdapat tiga peguam di luar pusat tahanan tersebut, antaranya Lateefa Koya yang ingin menemui mereka yang ditahan.



Sambil menyatakan kesemua yang ditahan dipisahkan antara satu sama lain bagi mengelakkan sebarang perbincangan, Athirah turut memaklumkan tiada sebarang keterangan diambil polis ke atas mereka yang ditahan.



"Kita tidak tahu apa yang mereka mahu. Keterangan tidak diambil, malah terdapat dua tahanan wanita dihantar ke Balai Polis Bukit Jalil. Atas sebab apa kita tidak tahu. Malah, ada di kalangan yang ditahan telah diambil kad pengenalan mereka tanpa dipulangkan kembali," tambah beliau yang turut menyampaikan informasi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily.



ImageDalam pada itu, beliau turut memaklumkan mereka yang ditahan bertindak melakukan pelbagai aktiviti bagi memprotes tindakan polis, antaranya melaungkan slogan 'Hidup Rakyat', 'Mansuh ISA', 'Hentikan kezaliman', 'hancur penindasan', 'lawan tetap lawan', selain mendeklamasikan sajak.



Antara yang turut ditahan bersama Athirah ialah AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof Rawa; Exco Pemuda Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil; Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah; serta beberapa aktivis lain, termasuk isteri tahanan ISA lapan tahun, Norlaila Othman.-

Harakahdaily/-

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Askum

Kaya juga orang pembangkang ni bila kena tangjap appoint peguam...tu duit jugak tu!!

Duit sendiri ke parti yang bagi....?????

Tanpa Nama berkata...

aik anda ni Muslim ka Melayu? bagi salam pun tak betul mungkin otak pun tak betul jugak kut :)

ANAK PERAK berkata...

orang pr kaya... tau takpe
tak macam org bn terpaksa jilat najis pemimpin dan jual maruah semata-mata utk wang yg tak seberapa...
jihad menentang kezaliman rezeki Allah jamin
TAKBIR!

umialia berkata...

takbir

orang yang sombong diatas tu ,bila terkena batang hidung sendiri , dan dan tu akan tukar peganngan

teruskan berjuang

Tanpa Nama berkata...

mangkuk punya penyokong BN. Peguam tu bagi khidmat percuma. Bukannya macam BN, semua kena bayar. Nak berak dan kencing pun kena bayar !!! Hahaha...

mat sabung berkata...

ade jugak org berfikiran mcm jakun, pangan zaman2 loni ye mcm komentar yg paling atas skali tu..kesian zaman2 glokal ni ade org2 berfikiran mcm tu( najik ckp)

Tanpa Nama berkata...

Askum...

baik aku lah daripada kau tak bagi salam...nok komen konon....aku melayu islam dan UMNO...kenape?

Tanpa Nama berkata...

bagi salam tu kena betul la.... saya yang bacapun dah baca askum, bukan assalamualaikum, maacam mana ni.... bila org tegur marah.... saya tak nak ulas panjang, saya ni jahil gak... tapi askum tu... rasanya perkataan dlm bahasa yahudi.... saya bukan tujukan pada sedara aje... tapi semua yang baca tapi suka nak ringkaskan perkataan salam kpd askum.teguran ni iklas... saya pun ahli UMNO.PAS ke UMNO ke, yang betul, tetap betul dan yang salah jangan kita nak tegak benang basah....

pangkoq berkata...

sbb umno mmg haramjadah...haha apalagi? tak puehati kalu bubar DUN la klu brani...

Tanpa Nama berkata...

Ooo... patut la bg salam x betul sbb ko ni org melayu islam dan ameno. br aku tau.. klu mcm tu lps ni x pyh la nk layan lg apa yg ko ckp. br nk mula berckap dh x btul he.. he..

Tanpa Nama berkata...

Habis kau orang PAS tak bagi salam langsung....
kau pakai hukum mane ni?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.. bagi salam tu kan sunat.. digalakkan, dpt pahala bg salam.. xbg pun xpe,just x manis la, tp x dose pun. tp kalo bg salam pun xbtol..ape hukumnye yer?? dah tegur pun..buat lg, ego btol:).

Tanpa Nama berkata...

PAS semuanya betul...kau lah yang lebih islam berbanding org lain...PAS (Parti amat sombong)