13 Ogos 2009

Polis hanya lihat sambil lewa perhimpunan haram Umno


12 Ogos, Ipoh : Setiausaha DAP Perak , Nga Kor Ming telah membuat satu aduan di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh tengahari tadi berikutan terdapatnya satu kumpulan lebih kurang 40 orang lelaki yang menggelar diri mereka pemuda Umno telah datang ke ibupejabat DAP Perak yang terletak di Medan Istana 1, Bandar Ipohraya.

Kedatangan kumpulan lelaki tersebut tanpa sebarang notis adalah bertujuan untuk menimbulkan kekacauan.

Aduan tersebut turut menyatakan bahawa perhimpunan tersebut adalah tanpa permit dari polis dan mereka telah cuba menceroboh masuk ke dalam bangunan DAP.

Kumpulan tersebut membuat tohmahan bahawa kenyataan Ketua pemuda DAPSY Malaysia, YB Anthony Loke kononnya menghina Islam dan Institusi Diraja yang mana laporan polis telah dibuat oleh YB Loke sendiri menafikan penglibatan beliau dan ia adalah fitnah dan palsu semata-mata.

Nga mengadu bahawa mereka telah menggantung banner mengandungi kata-kata kesat yang berunsur hasutan dengan tujuan membangkitkan sentimen perkauman. Antara banner tersebut bertulis “DAP HARAM JADAH” dan “DAP HAN KA CHAN” iaitu dalam maksud bahasa kantonis “kamu mati sekeluarga”.Tindakan mereka jelas terbukti UMNO demi kepentingan peribadi mereka sanggup berlaku samseng dan sedang bermain api.


Dalam aduan tersebut, Nga meminta polis melakukan siasatan terhadap mereka yang telah menimbulkan suasana tegang dikawasan Medan Istana dan mengakibatkan kacau bilau sehingga mengganggu mereka yang sedang menjalankan urusan pejabat dan perniagaan masing-masing.

Nga turut menyatakan rasa kesal diatas sikap anggota polis yang hadir bersama ketika kejadian berlaku kerana hanya memandang dan bersikap sambil lewa sahaja tanpa melakukan sebarang penangkapan.

8 ulasan:

ayamtido berkata...

saya nak minta maaf kepada saudara.. UMNO ni kita pon tau kerja dia main api.. takda guna panggil polis.. dengan kata kasar saya kata mereka ni barua UMNO je.. tu sebab orang UMNO berani buat samseng terhadap orang lain.. tidak kisah laa sama ada kepada orang cina atau melayu atau india.. janji jangan tunjuk langsi sama melayu..

biar esok dia jawab didepan mahkamah Allah S.W.T. kerana menindas orang lain...

Tanpa Nama berkata...

Melayu Mudah Lupa

Radix Power berkata...

tak perlu layan sangat puak-puak ni..memang keje dia nk sakitkan hati org, report pun x de guna selagi yg memerintah tu big bos dia.. kuasa rakyat adalah kuasa keramat..kita tunggu!!!

razak berkata...

ooooo.... masa tulih tak ingat .... bila dah kena tak mengaku pulak... pirah..... dok kata kat org...saja...... sudah ler.... keja nak keja dgn kerajaan tapi dok komdem kerajaan.... dah dok maki org.... lepas tu tak mengaku... mana ada org nak mengaku berak tengah jalan

Tanpa Nama berkata...

40 orang je..bukannya 4000 atau 40,000 tak jadi kudislah..

janggut berkata...

apa lagi nak dikata lagi ...dah memang secara dasar nye undang2 yang ada ni kadang kala berat sebelah..kita kena terima hakikat bahawa nye sistem undang2 yag sedia ada disalah erti/ guna oleh pihak yang tetentu. bawa bersabar wahai para perjuang kita tunggu la pilhan Raya akan datang.kita pastikan undian itu dipihak kita.terapi harus di ingat hak kita yang sebenar nye Allahu Akbat..

Tanpa Nama berkata...

Polis kan Parti Komponen BeEnd, buat apa report kat polis, report la kat Tongkoi Kayu ka...

Tanpa Nama berkata...

polis tu bukan tongkoi kayu ka? haha