19 Ogos 2009

Ribut lagi di Titi Serong.

Pagi ini saya dikejutkan lagi namun menerimanya dengan tenang berita ribut yang melanda dibeberapa tempat dalam kawasan DUN Titi Serong yang menyebabkan kemusnahan tempat tinggal penduduk setempat.

Beberapa talipon dari ahli jemaah dan pemimpin masyarakat setempat berkenaan keadaan rumah yang banyak rosak di Kampung Kuala Bagan Tiang dan ada juga di Kampug Parit Tok Ngah.

Insya Allah pada pagi ini saya bersama dengan staf pejabat akan meninjau rumah yang terlibat dan menyalurkan bantuan sekadar yang termampu dengan keadaan kewangan Tabung Amal DUN.

Oleh itu saya merayu dari para penderma supaya meringan tangan tanda simpati untuk sedikit usaha murni yang kami mampu lakukan. Selain itu bersempena dengan bulan Ramadhan ini kami juga sedang meningkatkan kutipan dana dari para penderma untuk mengadakan program bagi mengimarahkan bulan tersebut.

Sumbangan dari para dermawan mohon disalurkan ke dalam Tabung Amal DUN seperti yang tertera dalam blog kesayangan anda ini. Terima Kasih.

Tiada ulasan: