25 September 2009

Kelewatan saguhati bilal, siak : bukti Kerajaan kudeta perak lemah.

Bernama melaporkan Kerajaan Negeri Perak kudeta di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) akan mengkaji masalah kelewatan pembayaran saguhati khas sebanyak RM500 kepada bilal dan siak di negeri ini yang sepatutnya dibayar sebelum Aidilfitri, kata Pengarahnya Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz.

Beliau, yang kesal dengan kelewatan pembayaran berkenaan, memberi jaminan masalah sebegitu tidak akan berulang lagi pada masa hadapan dan menafikan kelewatan berkenaan bermotif politik.

Kelewatan pembayaran tersebut menggambarkan betapa lemahnya Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran MB Kudeta, Zambry Abdul Kadir.

Lebih memalukan apabila kutipan semasa Kerajaan pakatan Rakyat masih berkuasa di Perak kutipan zakat telah meningkat sekitar RM 10 juta, namun agihannya sangat lambat dan mendukacitakan.

Sheikh Mohamah Nor berkata JAIP menerima waran daripada Pejabat Kewangan Negeri bagi pembayaran saguhati itu pada 9 Sept lepas dan mengagihkan kepada Pejabat-pejabat Daerah pada 11 Sept.

"Pejabat Daerah pula diarahkan untuk memproses segera bayaran tersebut ke dalam akaun setiap masjid pada 16 Sept 2009.

"Pada hemat saya, selewat-lewatnya 18 atau 19 Sept 2009, pegawai-pegawai masjid berkenaan telah menerima saguhati tersebut," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Katanya, setakat ini, difahamkan sebahagian besar daripada 1,975 orang bilal dan siak telah menerima saguhati, yang diumumkan pembayarannya oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada 26 Ogos lepas.

Sheikh Mohamah Nor berkata satu kertas cadangan telahpun dikemukakan kepada kerajaan Perak untuk dipertimbangkan bagi membolehkan kesemua bilal dan siak di negeri ini menerima elaun bulanan seperti yang dinikmati oleh imam masjid dan surau.

Ketika ini imam masjid dan surau di Perak menerima elaun bulanan RM450 manakala bilal dan siak menerima RM300 setahun.

4 ulasan:

Abdullah Ngah berkata...

Satu usaha licik kerajaan yang diterajui Dr Zamry Kadir untuk menyingkir pengarah jabatan agama islam Perak.

Tanpa Nama berkata...

janji BN dalam pilihanraya kecil pun tak buat lagi..

Tanpa Nama berkata...

aku rasa ni idea timbalan dia ni.....tak sabar nak jadi pengarah

adieputra berkata...

9 september kewangan negeri telah menyalurkan peruntukan ke jaipk. pada 11 hb barulah selesai disalurkan ke daerah..daerah. 12 dan 13 adalah hari cuti. pada 14 hb barulah daerah mula menyediakan dokumen untuk pembayaran.. dan selesai selawat-lewatnya pada 16hb bank mengambil masa 3 hari untuk kreditkan ke dalam akaun bermakna pada 18 barulah duit masuk ke akaun masjid... jadi pikirlah sendiri... kalau niat nak bagi bonus adilfitri kenapa lagi seminggu nak raya baru salurkan peruntukan tersebut. kenapa tak disalurkan awal... selewatnya dua minggu sebelum raya... sapa yang bermain politik sebenarnya... pengarah jaipk ke zamry?.. jangan salahkan pula didaerah kerana mengambil masa dua hari untuk menyelesaikan pembayaran. aku pernah berurusan dengan mereka bayangkan hanya ada 1 kerani sahaja yang menguruskan kewangan, pentadbiran dan hal -hal berkaitan dengan nikah cerai.. bandingkan dengan pejabat-pejabat lain.. kekadang kerani sampai tak ada kerja..