
Operasi perobohan tersebut bermula dengan sebuah yang pemiliknya telah menerima pampsan dalam bentuk rumah gantian dan kos berpindah. Pemiliknya juga secara sukarela menyerahkan kunci rumahnya kepada pemaju.
Dengan diperhatikan oleh pihak polis dan jawatankuasa persatuan penduduk, pekerja masuk merobohkan rumah tersebut. Kira-kira sejam kemudiannya, mereka merobohkan rumah kedua.

Perkara disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Azam Abdul Hamid.
Mereka yang ditahan termasuk peguam penduduk terbabit, Darshan Singh Khaira dan bekas ahli Majlis Petaling Jaya, dari PKR, A Thiruvenggadam.

Anggota Pemuda MIC, S Ragubalan, 28, dan K Somasundram, 24, mendakwa mereka mengalami kecederaan di bahagian tangan dan badan.
"Seorang pekerja yang merobohkan rumah memukul saya dengan tukul," kata Ragubalan. Somasundram pula mendakwa dia dipukul oleh seorang anggota polis.
Seorang aktivis sosial, R Aravindraj berkata, lensa kameranya pecah sewaktu kejadian tersebut.

Bagaimanapun, pergelutan itu terhenti apabila penolong setiausaha persatuan penduduk, C Tharmaraj memujuk mereka supaya bertenang.
Semua yang ditangkap kemudiannya dibawa dengan trak ke balai polis berhampiran.
Perpecahan penduduk

"Saravanan tidak pernah bersama kumpulan majoriti penduduk. Tindakannya tidak akan melemah semangat penduduk.
"Kami semua akan bersatu padu," katanya kepada wartawan, ketika pekerja pemaju menggunakan tukul untuk merobohkan rumah tersebut.
Penduduk sebelum ini enggan membenarkan operasi perobohan dijalankan, dengan alasan perintah mahkamah adalah hanya untuk mengosong pemilikan tetapi bukan untuk merobohkan rumah di kampung itu.

Walaupun pekerja pemaju mahu merobohkan dua buah lagi rumah, tetapi ianya dihentikan ekoran perundingan hangat antara pemimpim penduduk, wakil pemaju - Thomas Chan dan Gary - serta pegawai mahkamah.

Pihak pemaju juga turut membatalkan kerja merobohkan sebuah lagi rumah milik Muniammah.
Tetapi rumah ketiga dirobohkan sebelum hujan turun lebat, menyebabkan ia terpaksa dihentikan sementara.
Kerja meroboh itu akhirnya dihentikan pada jam 2 petang dengan tiga rumah kosong dirobohkan manakala rumah keempat sempat dirobohkan sebahagiannya.
Kira-kira 24 pemilik rumah di kampung tersebut telah menerima tawaran rumah dua tingkat yang dibuat oleh Nusmetro.
MalaysiaKini/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan