29 September 2009

Pengundi kecewa Ibrahim Ali khianati amanah

KOTA BHARU, 27 Sept: Tanpa lambang bulan sudah pasti Datuk Ibrahim Ali tidak akan merasai kedudukan seperti sekarang, sebagai anggota parlimen Pasir Mas, namun beliau melupakan segala-galanya dan 'menggigit tangan yang menyuapkannya makanan'.

Ini kerana sokongan padu penyokong PAS dan Pakatan Rakyat membolehkan merasai kembali jawatan itu selepas menang di atas tiket Semangat 46 pada 1990.

Namun Ibrahim melupakan segala jasa dan keringat ahli dan penyokong PAS yang bekerja keras memenangkannya pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008. Kata orang tua-tua, ibarat kacang sudah lupakan kulit.

Pengundi di Pasir Mas ketika ditemui menyokong penuh saranan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Ibrahim meletak jawatan kerana telah mengkhianati amanah rakyat.

Pesara kerajaan, Mohamad Osman, 67 dari Kampung Kasa berkata, hanya pemimpin yang tiada maruah sahaja sanggup mempertahankan kedudukannya biar pun dicemuh seluruh pengundi.

"Tindakan Ibrahim sekarang seolah-olah membunuh karier politik sendiri. Selepas ini siapa lagi yang mempercayai pemimpin seperti itu," katanya di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan hari ini sekali lagi mengulangi pendiriannya supaya Ibrahim menggosongkan kerusi parlimen Pasir Mas memandangkan sikap dan tindak tanduknya bertentangan dengan perjuangan PAS.

"Saya akan terus mendesaknya melepaskan jawatan wakil rakyat di Pasir Mas kerana dia bertanding atas tiket PAS. Namun kini menentang menentang dasar PAS dan kerajaan negeri.

"Wakil Rakyat macam ni orang tak boleh terima sebab tak ada pendirian dan prinsip perjuangan," katanya ketika ditemui media di majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV hari ini.

Ekoran desakan Tuan Guru Nik Aziz sebelum ini, Ibrahim mahu Menteri Besar Kelantan itu meletak jawatan dengan dakwaan gagal membawa kemajuan dan pembangunan di negeri ini.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, rakyat di Pasir Mas telah meluahkan rasa kecewa kerana anggota parlimen yang mereka pilih telah menggadai prinsip perjuangan.

Ibrahim merupakan bekas Ketua Bahagian Umno Pasir Mas telah dilucut keahlian seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum 2004. Manakala pada pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir pada 2005 sekali lagi beliau bertanding di tiket Bebas namun hilang deposit.

(Gambar:Nik Aziz memberikan duit raya kepada tetamu kanak-kanak yang hadir) Sementara itu lebih 5,000 rakyat Kelantan mengunjungi sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan PAS.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, setiap PAS kawasan ditugas menyediakan juadah antaranya nasi dagang, satay, lemang, Roti jala, martabak, kuih muih dan minuman.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh pimpinan PAS kawasan yang sanggup menyediakan pelbagai juadah.

"Ini melambangkan perpaduan ahli di peringkat akar umbi begitu kukuh dan sanggup bekerja dalam menghadapi pelbagai cabaran," katanya.

HarakahDaily.Net/-

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BRAHIM AL-KATAKI MEMANG LIDAH ULAQ!!!
ANG MANUSIA X RETI BERSYUKUR N MUNAFIK!!!

KALO ANG NK HENTAM SANGAT, ANG HENTAM JIB AL-TANTU LAA, BINI DIA X PAKAI TUDUNG!!!

YG ANG DOK P HENTAM TOK GURU APASAL!!!

ANG DA LEBIH2 LAAA!!!

NAMA ISLAM AKAN TERCEMAR DGN MANUSIA SEPRTI MUNAFIK INI, KERNA MENCERCA ALIM ULAMA HINGGA MENIMBULKAN KEBENCIAN PD GOLONGAN MUDA YG MASIH MENCARI ULAMA AKHIR2 INI!!!

Abdullah Ngah berkata...

karier politik Ibrahim Ali sudah berkubur, maka PASlah yang memberi nyawa dan hidup semula.

Maklum sahajalah, orang mati apabila hidup semula.

Cuba anda bayangkan orang yang sudah mati diberi nyawa dan hidup semula.

Soal kacang lupa kulit tidak timbul, kerana PAS yang buat begitu.Bukan Ibrahim yang mahu.

pada pilihanraya kecil pengkalang pasir, PAS juga yang mahu ibrahim Ali bertanding atas tekit bebas, konon boleh pecah undi orang UMNO.

Apa yang terjadi? PAS kalah kerana 400 orang undi Ibrahim.

Kalau Ibrahim tidak bertanding sudah tentu 400 orang yang undi ibrahim akan undi PAS. Keputusannya PAS menang lagi dipemngkalang Pasir.

Oleh kerana PAS restui Ibrahim bertanding bebas maka itulah yang berlaku.

Sekarang apa yang terjadi apabila Ibrahim mendapat restu PAS bertanding atas lambang bulan penuh.

PAS juga yang buat silap. Tak mahu Ustaz Ismail Noh ambil orang jahat jadi MP PAS pasir Mas maka terima akibatnya.

budak pencen berkata...

Brahim Ali kecek tok guru supaya ambil dia jadi
calun atas tiket pas dan bukan sebaliknya.Semua
jawatankuasa tertinggi pas tidak setuju kerana
sudah amat kenal dengan brahim ali.Tetapi pujuk
rayu brahim perkasa akhirnya membuat tok guru memberi brahim ali peluang.Kami pengundi Pasir
Mas sudah tau lama dah hala tuju politiknya.UMNO pun sekarang dalam delema juga kalau
terima Brahim masuk bahagian P Mas semula.Alamak huru hara pula lah Bahagian yang
baru saja pulih dari ketegangan sama sendiri.Rumusan nya politik Brahim sudah sampai
dihujung dan tok guru tidak akan jatoh dengan
gesaan brahim supaya meletak jawatan kerana pengundi kenal mana kaca mana permata.

Kuda Perang berkata...

Penggal ini adalah yang terakhir untuk Ibrahim berkokok di Dewan Yang Mulia Parlimen Malaysia.

PRU ke-13 nanti Rakyat Kelantan khasnya rakyat Pasir Mas tidak akan memberi muka lagi kepada dia.

Biarlah dia bergerak dengan PERKASAnya yang tak perkasa lagi itu... Dasar munafik...

Tanpa Nama berkata...

lompat si katak lompat,
lompat la tingi-tingi,
biar kena langgak,
cepat sikit mati.....

Tanpa Nama berkata...

ibrahim ni kalau nak dibahasakan kacang lupakan kulit tak berapa tepat sangat,dia ni jenis basa yang tak tahu kenang budi,masa zaman reformasi dulu bukan sikit dia hentam anwar ibrahim pada hal depa bersahabat dulu, dia dia jenis tak leh dilayan,kalau dilayan cakap pun kita baru satu dia dah sepuluh....biar dia terjun dengan labu-labunya..tapi bila dia beri kenyataan aie geram juga...sabar, sabar PRU akan datang akan hilanglah spesis dia..