07 September 2009

Pesuruhjaya PAS Perak menyifatkan BN Perak semakin lemah.

Oleh : mohd hafez sabri

Pada 2 September, telah diadakan Sidang DUN bagi kerajaan Negeri Perak. Namun, ia telah dikatakan sebagai tidak senonoh oleh Zambry. Bahkan beliau sendiri tidak membenarkan mana-mana wakil rakyat BN daripada menghadiri sidang tersebut. Apa yang dilihat, tindakan polis yang tidak berpatutan, telah menimbulkan lagi ketegangan dan kezaliman.

Mengulas lanjut tentang isu ini, Ustaz Abu Bakar Hussain, Pesuruhjaya PAS Perak mengecam tindakan Zambry yang menampakkan bahawa adun-adun BN sebagai pengecut. Mereka sendiri tidak berani berhadapan dengan PR. Bahkan mereka hanya mengharapkan kepada polis-polis untuk diperkudakan oleh mereka

Beliau berkata, saya yakin, Zambry tidak akan berani bersemuka dan duduk semeja dengan PR untuk menyelesaikan kemelut di Perak. Apatah lagi beliau tidak sanggup untuk melihat DUN dibubarkan. Ini kerana mereka sendiri menjangkakan kekalahan mereka. Hari ini, BN sudah kalah 0-8 dalam pilihanraya kecil. Jelas membuktikan bahawa rakyat Perak sudah benci dan jemu dengan cara pemerintahan sekular yang diperjuangkan oleh BN.

Beliau berkata lagi, sejarah telah menjelaskan semuanya. Pemerintahan yang berasaskan kepada pemikiran manusia, tidak akan lama. Manusia pasti jemu dan muak dengan gaya pembawaan perjuangan tersebut. Bahkan, pemerintah yang zalim, hakikatnya pengecut untuk berhadapan dengan kebenaran.

Zambry sememangnya tidak berani berhadapan dengan kebenaran. Beliau lebih suka memperlihatkan kebaikannya menghulurkan sumbangan, sedangkan itu adalah duit kerajaan yang memang sepatutnya diberikan. Hakikatnya beliau cuba menjahilkan rakyat dengan mengaburi mereka dengan matawang.

Apabila diajak berbincang, beliau tidak akan hadir, bahkan menghentam dari jauh sahaja. Apabila diajak supaya membubarkan DUN, sudah pasti beliau menolak. Ini kerana beliau takutkan kebenaran. Bahkan dia adalah seorang yang telah melakukan banyak kejahatan dan pelanggaran undang-undang. Inilah pemimpin jahat yang dicipta oleh UMNO, dan mereka berusaha melahirkan lebih ramai pemimpin yang seperti ini.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah nazak.....

Tanpa Nama berkata...

ALLAH akan makbulkan doa org2 yg dizalimi/dianiyai...

Marilah kite sama2 berdoa...

shidi6789 berkata...

doa mustajab diakhir 10 ramadhan.... amin

hamdan al-kandahlawi berkata...

sapa zalim kt sapa la ni..pelik tul. 2 X 5..melayu-muslim jd mangsa