08 September 2009

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Perak ditubuhkan.

IPOH, 7 Sept:- Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Perak telah selamat ditubuhkan dalam satu pertemuan rasmi yang diadakan di Pejabat PAS Perak di sini. Sekretariat yang mengabungkan wakil Pemuda dari parti PAS, PKR dan DAP itu mencapai kata sepakat dalam pertemuan yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Drs. Khalil Idham Lim.

Dalam kenyataan bersama sekretariat itu adalah gabungan dari wakil 5 orang bagi setiap parti. Mereka ialah Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda, Setiausaha, Ketua penerangan dan Pengarah Jentera Pilihanraya Pemuda.

Hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ust Zainuri Amin, Ketua Angkatan Muda Keadilan , YB. Abd.Yunus Jamhari, Ketua Pemuda DAP, YB. Wong Kar Wok serta wakil-wakl lain mewakili parti masing-masing.

“Saya dengan ini mewakili Pakatan Rakyat Negeri Perak mengucapkan tahniah dengan penubuhan Sekretariat Pemuda pakatan Rakyat dan ini membawa arti yang sangat besar kearah memantapkan lagi gerak kerja Pakatan Rakyat di negeri Perak” Kata Drs. Khalil dalam kenyataan ringkas selepas mesyuarat tersebut..

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Drs,Tahniah diatas penubuhan Sekretariat ini.Sepakat membawa berkat. Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah, tingkatkan usaha menawan Malaysia, PRU13, bukan setakat perak sahaja...

abdillah berkata...

Tahniah Pakatan!

Tanpa Nama berkata...

apa ertinya sektariat ini jika idhamlim sendiri tak hadir sidang dewan dengan mengutamakan umrah membelakangkan kewajipannya sebagai seorang wakil rakyat?

ya Allah, kau tunjukilah mereka jln yg benar,

jgn sampai ummah mendoakan azab ditimpa ke atas mereka yang menipu rakyat

Tanpa Nama berkata...

drs tahniah selamat maju jaya.

Hj Mat berkata...

Tahniah semuga pada PRU ke 13 nanti kita sapu berseh.

dol kakirempit berkata...

Salam Yb

Tahniah. Ok gak ada sektriat tu. Jgn ajak pi guling kat kuala kangsar udah la. Yg dok guling nanti mamat melyu kampung. Mamat Cina dok gelak kat blakang pokok. Lg satu ajak la bincang cmana nak join Bn nnti.

Tanpa Nama berkata...

sy harapkan YB akan membuat kempen daftarkan pengundi muda dari skrg sekiranya ingin menumbangkan BN.

Puan Ainon Mohd. berkata...

Langkah yang amat tepat dan bijaksana....

fikrah islamiah berkata...

Tahniah atas penubuhannya. Gunakan peluang ini untuk merapakan pemuda semua bangsa seperti yang diajarkan oleh Islam. Gunakan pendekatan berhemah mendekati lawan terutama golongan atas pagar. Sekali mereka tertawan hati, mereka akan percaya. Maka jangan timbulkan keraguan mereka.

Tanpa Nama berkata...

bodonya tanpa nama 2:49 AM... tidakah seseorang adun itu boleh minta cuti, bukan mcm dikedah tu dah dua kali tak hadir tanpa makluman,top2 spr kata tak perlu PRK, PM UBN pun berapa kali sangat ada dalam dewan masa sidang..kalau tak tau masalah jangan komen, nampak sangat bodonya

adanama berkata...

Saya setuju dengan tanpanama 9:46,
tanpanama 2:49 Umeno tipu kamu 52 tahun kamu tak nampak!

Lain kali tengok-tengoklah persidangan Parliment. Tengok le berapa banyak bangku MP UBN yang kosong!! Yang datang tido pun banyak.

Yang becakap pun merepek-repek dan merapu-rapu belagak macam pandai tapi kosong.

Tanpa Nama berkata...

pada pergi shopping kat Paris..London sampai penuh 8 ,9 biji kereta dengan barang2,lebih afdal pergi umrah...Lu Fikir la sendiri..