27 September 2009

Tip mudah rumah tangga bahagia

Ahmad Baei Jaafar

Bagi merealisasikan kehidupan rumah tangga mengikut kehendak Allah disenaraikan di sini beberapa tip yang boleh dipraktikkan.

1. Niat suami hendak berkahwin mesti jelas iaitu untuk mendapatkan sesuatu yang tidak mungkin dapat secara halal melainkan dengan kahwin. Suami berkahwin bukan supaya dilayan makan dan minum, bukan untuk mudah disediakan pakaian, membasuh pakaian, dan bukan juga untuk dijadikan teman shopping. Semua itu boleh dilakukan walaupun lelaki itu hidup membujang. Tetapi yang diperlukan ialah keharusan menyentuh kulit wanita.

2. Niat isteri hendak berkahwin kerana untuk mendapat pembelaan seseorang lelaki yang bergelar suami. Dengan niat itu dia akan dibela oleh suami, dan suami akan membelanya sehingga ke akhir hayat.

3. Suami melaksanakan tanggungjawab terhadap isterinya dalam semua keadaan. Ini mendorong dia bekerja untuk membolehkan dia mendapat rezeki yang halal. Walaupun isteri orang kaya, dia akan bekerja tungkus lumus untuk isterinya.
4. Isteri memastikan dia akan berada di sisi suaminya pada waktu tidur malam walaupun dalam bulan Ramadhan. Hal ini kerana suami mahu bermanja dengan isteri dan mengharapkan dia dimanjakan. Jika perkara ini boleh dilakukan sehingga salah seorang meninggal dunia pasti terbentuk keluarga bahagia.
5. Pasangan suami isteri hendaklah saling bersangka baik dan member kepercayaan dalam apa yang diamanahkan.
6. Suami wajib mentaati ibu bapanya, dan menghormati ibu bapa mentua. Sebaliknya isteri perlu menghormati ibu bapanya dan ibu bapa mentuanya. Dengan sikap ini, tidak akan memberi peluang kepada mentua suka salahkan menantu.
7. Anak-anak suami perlu diambil perhatian oleh isteri (apatah lagi ibu anak itu sendiri), mereka perlu dilatih adab dan sopan bagaimana menghormati orang tua dan sebagainya. Anak-anak itu perlu diingatkan supaya mentaati ibu dan bapa.
8. Suami atau bapa anak-anak itu perlu sesekali mendidik dengan penuh kasih sayang.

Percayalah kalau semua umat Islam boleh membentuk rumah tangga berdasarkan panduan di atas, kebahagiaan mereka pasti berpanjangan. Bukan sekadar hingga ke anak cucu tetapi hingga ke dalam syurga.

Selain itu bagi mereka yang berpoligami, ada tip tambahan untuk mereka, antaranya:

1. Suami mesti berterus terang dengan isteri.
2. Suami jangan membiasakan berbohong isteri sama ada tua atau muda.
3. Suami mesti bersikap adil terhadap isteri
4. Isteri wajib menghormati suami dan memberi kepercayaan kepadanya.
5. Isteri tidak boleh mengongkong suami sehingga suami tidak boleh bersikap adil kepada isteri-isterinya.
6. Isteri semasa ketiadaan suami di rumah perlu berdoa kebaikan dan keselamatan suami.

Semua paparan ini adalah hasil kajian dan pengalaman mereka yang berpoligami.

--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

3 ulasan:

Guru Tajwid berkata...

Assalamualaikum,

Kalau kita lihat dimuka-muka akhbar perdana hari ini, begitu banyak kes-kes penceraian. Ada diantaranya pula yang bercerai disebabkan oleh sebab-sebab yang langsung tidak munasabah.

Pada pendapat saya antara punca paling ketara berlakunya penceraian adalah disebabkan pasangan tadi sedari awal iaitu sebelum kahwin lagi tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya, maka masing-masing tidak memahami tanggungjawab dan peranan dalam memastikan rumahtangga yang dibina bahagia mengikut landasan agama.

Hamba Allah berkata...

Pada pendapat saya antara punca paling ketara berlakunya penceraian adalah disebabkan pasangan tadi sedari awal iaitu sebelum kahwin lagi tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya, maka masing-masing tidak memahami tanggungjawab dan peranan dalam memastikan rumahtangga yang dibina bahagia mengikut landasan agama.

http://www.kuasatwitter.com/index.php?ref=merto007

Awanama berkata...

NILAI2 ISLAM X DI PUPUK MCM MANA X BECERAI BERAI,
ISLAM ITU SUCI BERSIH, YG NK MENGOTORKAN ADALAH KITA YG X MENCARI ISLAM YG SUCI INI!!!

OLEH ITU CINTAILAH ISLAM, KELUARGA, ANAK2, UNTUK MEREKA YG MENCINTAI ISLAM YG SUCI BERSIH INI!!!