14 Oktober 2009

BN dicabar bubar DUN Perak, jika yakin sudah kembali disokong rakyat

IPOH, 12 Okt: Pakatan Rakyat Perak mencabar Barisan Nasional membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu jika parti pemerintah tersebut yakin telah mendapat kembali sokongan rakyat berikutan kemenangan di Bagan Pinang semalam.

Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan PR Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan memberitahu, sekiranya benar dakwaan pemimpin BN bahawa rakyat kembali yakin dengan mereka, BN seharusnya tidak perlu takut membubarkan DUN Perak dan mengambilnya melalui proses pilihan raya negeri.

"Jika Bagan Pinang sebagai mana yang didakwa oleh BN sebagai petunjuk bahawa rakyat telah menyokong BN, dengan ini saya mecabar kepimpinan BN di Perak untuk segerakan pembubaran DUN Perak dan memberi laluan kepada rakyat untuk memilih siapakah kerajaan yang akan meneruskan teraju kerajaan di Perak," kenyataannya dipetik.

ImageDia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Titi Serong memberitahu, jika BN menang pada pilihanraya itu, Pakatan Rakyat akan menerimanya atas semangat demokrasi.

Kekalahan PAS mahupun Pakatan katanya bukan sesuatu yang luar biasa malah berlaku sejak merdeka sehinggalah di Bagan Pinang.

Namun lebih penting ujarnya, kepentingan rakyat negeri itu yang juga mahukan pembubaran DUN agar hak mereka dikembalikan untuk memilih kepimpinan yang akan menerajui negeri mereka.

"Desakan ini sudah bermula sejak 5 Februsri 2009 dan tidak jemu-jemu kami suarkan kerana melihat kepada kepentingan rakyat Perak sebagaimana slogan BN 'rakyat didahulukan'.

Makanya inilah masa untuk mendahulukan rakyat dengan bubarkan DUN Perak," tulisnya.

Dalam PRK Bagan Pinang semalam, calon PAS Zulkefly Mohamad Omar tewas kepada calon BN Tan Sri Mohd Isa dengan jumlah majoriti sebanyak 5,435 undi.

Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly, Pesuruhanjaya PAS Negeri, mendapat 2,578 undi.

Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi oleh BN pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Ekoran kemenangan itu, kepimpinan BN mendakwa parti itu kini sudah mula diterima kembali oleh rakyat selepas ditolak pada Pilihan Raya Umum ke-12, Mac tahun lalu dan tujuh siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Mereka juga mendakwa, pembaharuan dibawa Datuk Seri Najib melalui slogan '1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan', antara faktor besar penyumbang kepada kemenangan tersebut.

HarakahDaily.Net/-

3 ulasan:

Awanama berkata...

Alhamdulillah..Isa menang dan kembali semula dlm politik khususnya di NS.Sejarah Isa dijatuhkan bermula dari dendam Kh**** kerana tidak dicalonkan dlm PRU 2004.Sebaik sahaja Isa dijatuhkan Kh**** dengan angkuhnya menunjukkan sms ucapan tahniah dari almarhum VVIP yg diterimanya waktu itu.Semua tahu layanan Najib terhadap Kh**** dan kembalinya Isa akan bermulanya politik balas dendam seperti dulu,kini dan selamanya dlm parti kebangsaan.Sama-sama kita saksikan babak baru dlm politik unmo di NS.

Awanama berkata...

Bubar DUN dan jangan hadir sidang

Awanama berkata...

Kemenangan besar Isa dibantu oleh undi pos(yg diragui) dan peningkatan undi non-malay.Pengundi non-malay mungkin belajar dari politik kelantanese dlm prk.Janji2 umno dlm prk Bagan Pinang akan menjadi beban kpd nereka.
Pas kena melihat secara jujur akan kelemahan sendiri terutamanya politiking dlm pas NS.Hanya dgn pertolongan dari ALLAH shj yg akan membantu kemenangan pas.Layakkah kita meraih pertolongan dari ALLAH??
Muhasabah diri,keluarga,parti dan akhlak kita..serta bagaimana kita berpolitik sesama ahli jamaah..wallahua'lam