14 Oktober 2009

PAS TIDAK KALAH SEMANGAT,MARUAH DAN MORALNYA

Mohd Hafez Sabri

IPOH, 13 Okt.:- Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki menyatakan, Kemenangan BN di DUN Bagan Pinang sedikitpun tidak melemahkan semangat ahli dan pimpinan PAS untuk terus berjuang bagi menegakkan keadilan di tanah air tercinta ini. Menurut beliau PAS tidak pernah kecewa, putus asa atau lemah semangat atas kemenangan calon BN di Dun Bagan Pinang tersebut, bahkan dari sudut maruah, moral dan semangat juangnya PAS sesekali tidak pernah kalah.

Memetik kata-kata beliau, ”PAS bertanding secara sihat dan mengikut lunas undang-undang, bermula dengan pemilihan calon, cara berkempen, sehinggalah ke proses merayu undi telah terbukti akhlak dan cara bekerja pimpinan dan penyokong PAS berada dalam keadaan baik dan mengikut undang-undang yang ditetapkan.”, ”PAS juga mempertikaikan kredibiliti UMNO / BN yang mana dari awal-awal lagi telah memilih calon yang disabitkan dengan rasuah untuk dijadikan wakil kepada rakyat, selain itu UMNO/BN juga telah menyalahgunakan jentera kerajaan dengan berkempen menggunakan semua kemudahan dan jentera kerajaan, bahkan apa yang lebih mengecewakan kita adalah apabila adanya budaya ugutan terhadap pengundi, dan saya percaya unsur-unsur rasuah semuanya digunakan oleh UMNO BN untuk memastikan kemenangan mereka”

Beliau juga mengingatkan kepada seluruh pendokong dan penyokong PAS supaya jangan sesekali berasa kecewa dan berputus asa dalam perjuangan, jadikan ini sebagai suntikan semangat untuk kita terus berjuang menumbangkan kezaliman yang dilakukan UMNO/BN kepada rakyat selama ini, jelas beliau.

Menurut beliau lagi, dari sudut Islam, menang atau kalah di dalam perjuangan itu penting. Tetapi yang lebih penting ialah ketika menang atau kalah, akidah, syariat dan akhlak sebagai umat Islam itu terpelihara.

Beliau juga menyatakan bahwa ahli PAS dan pendokong agama Allah SWT akan setiasa beristiqomah dalam perjuangan kerana akhir nya kemenangan itu adalah pasti milik Islam.

Beliau juga sempat memberi kata-kata semangat kepada seluruh rakyat yang terus setia bersama perjuangan PAS agar bersabar dan memahami, sejauh mana kita kalah, kita perlu bersenyum dan setinggi mana kita menang kita perlu senyum dengan nikmat Allah SWT yang Maha Luas. Perjuangan dalam menegak kan hukum Allah SWT, bukan perkara kecil kerana perjuangan inilah kita mungkin di pandang hina oleh rakan kita,di putuskan hubungan oleh saudara mara kita dan di sekat harta kedudukan oleh manusia .

Tapi kita perlu yakin Allah SWT sentiasa bersama kita, dan dalam politik kekalahan ini yang mematangkan kita jua saya samakan dengan kehidupan kerana kegagalan itu adalah jalan baru untuk bangun, jelas beliau lagi.

3 ulasan:

zackeye berkata...

Negeri Sembilan adalah bersempadan dengan Selangor. Apa yang berlaku diSelangor beritanya cepat dilihat dan didengar oleh orang Negeri Sembilan. Sedikit sebanyak kekecohan dalam PAS dan PR diSelangor diperhati dan diambil iktibar oleh pengundi Negeri Sembilan. Jadi pemimpin PAS dan PR Selangor mesti jaga akhlak berpolitik kerana Allah sedang menguji mereka dengan mendapat tadbir negeri yang paling kaya diMalaysia. Mereka mesti buktikan niat semasa PRU 2008 dulu seperti PAS for all dan negara berkebajikan.
Walau pun Isa Samad perasuah tetapi dia mesra rakyat. Personaliti mesra rakyatnya memang terkenal lama dan harus dicontohi oleh pemimpin PAS yang ingin menjadi calon terutama sekali pada PRK yang lebih penting isu setempat dari isu nasional.

Awanama berkata...

Siapa pun yg menang prk bagan pinang tidak akan menjejaskan kerajaan NS.Hakikatnya hanya kemenangan moral.Pengundi india beralih kpd menyokong bn kerana inginkan nasib mereka diberi perhatian.Sesuatu yg amat sukar dilaksanakan oleh calon pas kerana k'jaan ns dibawah umno.Umno telah berjanji dan kini ianya adalah beban yg mesti mereka pikul.Kes kugan sudah dibawa ke mahkamah.Penubuhan makkal sakti disokong oleh najib.Ini semua beban mereka...biarkan.Pengundi cina juga telah memberi undi.Umno/bn kena tunaikan janji.Kes teoh perlu dicari kambinghitamnya.Seseorang perlu dikorbankan utk memenangi hati pengundi cina..kita saksikan.
Kembalinya Isa dlm kancah politik umno NS bakal menyaksikan adengan yg semakin menarik.Apakah mereka akn berkompromi atau bercakaran sesama sendiri.Mereka yg bijak akan memanfaatkan keadaan dan peluang...samada utk politik atau kebendaan/wang.Tiada gerakerja dlm umno tanpa melibatkan jumlah wang yg banyak.

Awanama berkata...

org Pas betulkan cara terlebih dahulu walaupun ingin menegur perkara yg salah..kdg2 x berhemah.. jgn lupa tiru akhlak Rasulullah S.A.W
Jgn asyik sibuk shj membuka aib pemimpin2 BN walaupun mereka ternyata perasuah dan sebagainya kerana tgjwb anda dlm soal pembangunan dlm semua aspek lebih besar..Buat kerja anda dahulu sbg pemimpin yg dipilih rakyat pasti rakyat akan tertarik..Kalah menang p/r di sesuatu kwsn adlh adat..jadikan "kekalahan sebagiai satu kejayaan yg tertangguh"...wasalam