22 Oktober 2009

Teoh Beng Hock dipukul dan dicekik sebelum jatuh

Harakahdaily

SHAH ALAM, 21 Okt: Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.

Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa.

Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh.

Berdasarkan kepada perolehan itu, beliau memberikan rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri.

Dr Pornthip memberikan keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock di hadapan Koroner, Azmil Muntapha Abad. Beliau dipanggil sebagai saksi profesional oleh keluarga Teoh Beng Hock.

Teoh Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lalu, diatas tingkat lima, Plaza Masalam, disini, yang menimbulkan pelbagai persoalan. _

11 ulasan:

mat_terab berkata...

ada lagi puak-puak umno cuba nak nafikan....

Jebat berkata...

Kalau rakyat biasa....fikir-fikirlah sendiri?
Betapa hebatnya di zaman ini, kekejaman seperti ini bagaikan tiada apa-apa masalahpun.

Bagaimana agaknya baru boleh membuka mata dan hati rakyat terutamanya orang melayu UMNO, apakah sampai keluarga mereka yang kena musibah ini atau sampai Tuhan turun ke bumi?

Allahuakhbar!

akulajuki berkata...

sehari dua lagi Dr.Pornthip sah SPRM atau PDRM panggil supaya istihar harta macam peguam yang uruskan kes Datuk Ramli bekas Pengarah Caw Jenayah Komersial PDRM. Tengoklah kalau tak percaya. Ini 1Malaysia beb, zaman Islam Hadhari macam2 boleh jadi inikan pulak bila Islam merupakan perkiraan yang 714 dalam agenda kerajaan yang ada .....

korok najib berkata...

forensik cap ayam dr mesia cakap lain...confirm dah kena beli tuh.,biasala 1 mesia pembohong dr atas sampe bawah.

Tanpa Nama berkata...

Org yg membunuh mmg x guna..ingt nabi pernah memberitahu hukum 'membunuh' samada org islam atau bukan kesalahannya tetap sama..patutla kt malaysia ni sush sngt nk tarik non muslim msk islam..

kulaan niring berkata...

kebenaran akan diperlihatkan...

Tanpa Nama berkata...

Kalau berdasarkan laporan Debra Chong (http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/40991-thai-expert-says-teohs-death-80pc-homicide) aku berani jamin lepas ni adalah sorang pegawai rendah SPRM (paling koman makcik cleaner) yang akan dipertanggungjawabkan keatas pembunuhan ini - sama macam kes Kugan.

masuksuku berkata...

salam yb
rasanya confirm lepas ni pakar thailand tu akan dikatagorikan "di luar bidang kuasanya,tak bertauliah,tak diperakui oleh malaysia,tak diakaui oleh dunia..macam macam tak lagi .." sebab satu dunia tahu malaysia akan buat begitu demi untuk menyelamatkan atau membenarkan yang salah...
macam kes highland tower bila ada jurutera mengulas ada laluan air bawah tanah..esoknya keluar pula ayat menyatakan sipulan tu tak berdaftar..kelakar nya..arahan pemimpin umno..
dan ayat tanpa nama diatas ni pun memang tepat..nanti yang paling koman akan kena adalah makcik cleaner atau PAR atau pun entah PATI mana yang diupah..sebut le pegawai sprm kononnya..lepas tu dibicarakan dengan tutup muka segala..sampai jatuh hukum..digantung ..dan lepas tu nanti diberi identiti baru..ic baru yang boleh disiapkan dalam 2 minit je..dapat duit pulak orang yang dijatuhkan hukum tu...
itulah 1malaysia namanya...sungguh bangga kita sebagai rakyat 1malaysia yang akan hancur lebur dengan kerenah orang orang umno yang di sanjung tinggi melebihi Tuhan oleh segelintir mahluk yang tidak berakal...
kesiannya teoh..semuga anda dapat pembelaan yang adil..INSYALLAH ..sebab Allah maha PENYAYANG terhadap semua mahlukNYA

Tanpa Nama berkata...

HIDUP sprm!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Untuk membidas hujah Dr Pornthip, Kerajaan BE END akan mendatangkan khas skuad forensik dari The Jeffersonian Institution iaitu Dr. Temperance Brennan, Angela Montenegro, Dr. Camille Saroyan, Dr. Jack Hodgins, Dr. Lance Sweets dan Special Agent Seeley Booth. Tidak terkecuali skuad CSI Miami, CSI New York dan CSI Las Vegas. Turut dipanggil ialah pakar pengesan pembohongan dari The Lightman Group iaitu Dr. Cal Lightman, Dr. Gillian Foster, Eli Loker, Ria Torres, dan sebagainya. Tidak terkecuali Dr. Jack Gallagher pasulan Mental. Semua urusan pembayaran akan dibuat secara rundingan terus sebab bimbang rahsia kelengkapan pertahanan negara.

Hujah mereka ialah Beng Hock terjatuh dari tingkat 15 sebab nak ambik autograph anggota pasukan CUCI yang mencuci tingkap bangunan. Selain mengatakan Dr Pornthip menerima fail kes yang silap dalam aspek tusukan, gambar-gambar yang diterima adalah dari kes Saiful Bahari. Gerenti semua hujah akan diterima oleh pasukan Media Prima dan diangguk kuat oleh juak-juak UMNO Be End.

Unknown berkata...

nampaknya tembelang SPRM utk melemahkan pakatan rakyat dengan sokongan juak2 BN yg terkenal dengan rasuah itu hampir menemui jalan penyelesaian akan kezaliman mereka..Tahniah pd Gobind dan Dr Printhip..beliau adalah pakar forensik yg diiktiraf olh PBB