22 Oktober 2009

Hikmah Jual Beli Secara Angsuran Dalam Ekonomi Islam

Email : Tok Busu

"Wahai orang-orang beriman , apabila kalian bermuamalah (jual-beli, hutang piutang) tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kalian menuliskannya…" (Al-Baqarah :282)

Pada masa sekarang ini kita sudah maklum bahwa jual beli secara ansuran telah berkembang dengan pesat dan dilakukan oleh baik individu mahupun perusahaan termasuk industri perbankan syariah, dilakukan dengan cara seseorang atau perusahaan tsb membeli sesuatu dari pihak lain lalu menjualnya kembali dengan harga lebih mahal dari harga pembelian tunai kepada masyarakat dan cara pembayarannya mengansur per bulan s/d jangka waktu yang telah disepakati. Dalam literature kitab fiqih banyak yang memperbolehkan jual beli secara ansuran tsb.

Huraian hikmah dari mengapa diperbolehkannya jual beli secara ansuran dalam ajaran agama Islam semoga bermanfaat :

1.Selama jual beli secara ansuran tsb sesuai dengan syariat Islam iaitu terpenuhinya rukun dan syarat sahnya jual beli, jangka waktu pembayaran dan jumlah ansurannya diketahui dengan jelas maka jual beli ansuran tsb tidak terdapat gharar, penipuan maupun riba.

2.Memudahkan anggota masyarakat yang tidak mampu membeli barang secara tunai untuk memiliki suatu barang yang diinginkan. Kerana tidak semua orang mampu membeli barang yang diinginkan secara tunai.

3.Baik penjual dan pembeli memperoleh kemanfaatan dengan jual beli ansuran yakni penjual dapat memperoleh tambahan keuntungan sedangkan pembeli dapat membayarnya secara mudah /ringan dan sedikit demi sedikit.

4.Penjual diuntungkan dengan bertambahnya harga dan pembeli diuntungkan dengan adanya jangka waktu pembayaran.

Maha suci Engkau Ya Allah tidak ada ilmu padaku kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku

Wallahua'lam
Salam

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Minta komen atau adakan artikel baru berkenaan amalan perbankan islam. Khususnya berkenaan pinjaman membeli rumah.

Saya musykil tentang 2 aspek,

Pertama, amaun semasa akad yang berlipat ganda berbanding harga asal,

Kedua, rebat yang amat kecil apabila mahu membuat penyelesaian awal pinjaman.

Musuh Bank

Abdullah Ngah berkata...

penjulan hutan yang berlaku sekarang jelas ianya amalan riba yang dilarang oleh Islam bahawa "julabeli" tidak sama dengan "riba".

Pertama julabeli cara tunai harganya lain dan jualbeli cara hutang mahal yang jelas dikenakan lebih itu adalah riba.

Akad jualbeli cuma darisigi rela antara penjual dan pembeli bukan boleh menghalalkan riba yang dijadikan amalan.

itulah yang diamalan oleh kebanyakan dan mana mana syraikat dinegara ini. termasuk juga amalan Bank Islam melalu kaedah Islam.

Urusan niaga yang berlaku sudah ada keuntungan yang wajib dilakukan oleh mana syarikat sebanyak 20 peratus.

Malangnya mereka menjual pula dengan harga yang diambil dengan kaedah dikenakan rebat sebanyak 4 peratus satu tahun.

Jika 10 tahun maka jadilah ia 40 persen. Inilah yang dikatakan riba miskipun.Sebab itu ramai yang merunggut pada Bank Islam dan berkata Bank islam lebih teruk daripada bank bank kafir.

kaedah Islamkah itu?

Abdullah Ngah berkata...

tidak mampu serupalah macam beli baju tidak ukur badan sendiri.

Orang yang tidak mampu apabila dibenar membeli secara hutang walaupun dibenarkan oleh islam ia akan membuat seseorang makan riba.

Bukan secara terbabit dengan riba malah mereka mudah terbabit dengan rasuah yang sudah menjadi amalan rakyat negara.

Kerana tidak mampu bayar tunai mmereka terjerumud dalam amalan riba dan rasuah.

Gaji satu ribu boleh pakai kereta yang dijual secara ansuran dengan pejamin bukan dua saksi lelaki.

Jika tidak dapat bayar ansuran yang ditetap pejamin akan didakwa dimakhamah.

Jika tidak mampu haram berpoligami.

Bagaimana pula dengan membeli barangan yang kita tidak mampu membeli secara tunai kerana gajinya kecil?

Islam melarang orang orang beriman melakukan sesuatu yang dia tidak mampu.

Tidak mampu adalah suatu yang angat berat segala galanya apatah lagi diberi jalan mudah membeli secar ansuran.

Jalan mudah boleh dilakukan jika tidak menjadi berat dengan faedah yang membebankan.