25 November 2009

"Lunyu" Karya Klasik China

"Lunyu" diterbitkan kira-kira 2000 tahun lalu. Karya ini mengandungi kumpulan kata-kata Konfusius , pengasas falsafah dan ahli pendidikan yang terkenal pada zaman purba di China, dan kata-kata penuntutnya.

Konfusius merupakan ahli pendidikan yang terkenal pada hayatnya. Beliau telah melatih ramai pelajar yang berbakat hingga mendapat pengalaman yang luas dalam amalan pendidikan. Banyak kesimpulan telah dicatatkan dalam buku "Lunyu" ini.

Hanya sebagai ahli pendidikan yang ulung dalam sejarah China, Konfusius berpendapat bahawa setiap orang baik orang yang miskin, maupun yang kaya patut diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan. Konfusius menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai dengan bakat pelajar yang berbeza-beza, berasaskan keupayaan individu.

"Lunyu" sebagai buku klasik banyak mencerminkan asas moral manusia. Ia menjelaskan bahawa setiap orang patut bersikap jujur dan berterus-terang dengan tabiat dan moral yang baik. "Lunyu" dikenali sebagai buku yang mencerminkan prinsip moral dan tingkah-laku yang baik.

Konfusius menyatakan bahawa puisi boleh mengobarkan semangat, etiket boleh mengukuhkan peribadi, dan muzik boleh memajukan kerjaya. Maka puisi , sajak dan etiket tersebut menjadi bahan yang mesti dipelajari oleh penuntut Konfusius.

"Lunyu" ialah bahan bacaan yang mencatatkan prinsip moral dan sifat manusia bagi orang China pada zaman purba di China. CRI/-

Tiada ulasan: