07 November 2009

Pemimpin Umno dituduh sogok RM1,000

Bekas setiausaha Umno Wangsa Maju dituduh di Makamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada ketua cawangan Taman Melati sebagai dorongan supaya beliau dicalonkan untuk layak bertanding jawatan ahli jawatankuasa bahagian itu tahun lalu.

Ramli Abdul Manan, 50, mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberikan wang suapan kepada Amir Saad, 50, di Dewan Aktiviti Masyarakat Taman Melati Kawasan 8, Setapak pada 8 Nov, 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 10(b)(aa) Akta Pencegahan rasuah 1997 dan boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama.

Jika disabitkan, Ramli boleh dipenjara sekurang-kurangnya 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun penjara dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin meminta mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Ramli, yang tidak diwakili peguam, merayu agar jaminan dikurangkan kepada RM2,000 memandangkan beliau kini tidak bekerja.

Hakim Rosbiahanin Arifin menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Dis untuk sebutan semula kes. BERNAMA

MalaysiaKini/-

4 ulasan:

AHLI UMNO PAKOH PAS berkata...

TOLONG BAYAR YURAN AHLI RM2 TU KIRA GUANO?

Tanpa Nama berkata...

Sogok ribu-ribu nak dakwa, juta-juta pejam mata.

MEMANG ITU MACAM berkata...

En Romli, cuba mu ingat molek molek ada ke tidok mu saloh cakap kat kedai kopi,puji puak puak parti pas ? puji Anwar Ibrahim? Ingat memolek . Sebab tu mu kena !! Setakat RM 1000 tak ada apa heh. Orang lain lebih pada tu...!!

masuksuku berkata...

salam semua
itukan taktik sprm..nak tunjuk konon jalankan tugas..saya ada sedara bertugas dengan sprm..kena buang kerja sebab rasuah..depa lagi kuat makan..siap ugut lagi..
macamana rasuah nak dibenteras..daripada pemimpin..ketua jabatan semua rasuah..ada le sikit yang baik..tapi di kepung oleh mahluk yang tiada pegangan ugama..disisihkan..silap silap kena trap oleh kawan sendiri..
yang makan banyak depa boleh kelabukan mata orang sprm ni..yang ciput nak bayar dengan apa..so kenalah..masuk paper..bayaran transport dan claim anggota sprm pun melebihi nilai suapan..jadah apanya benda ni..