14 Disember 2009

Hukum tepuk tangan

http://akhisalman.blogspot.com

Pengarang kitab حفل الزفاف في الفقه الإسلامي berkata:

Sesungguhnya tepuk tangan bila dilihat dari segi hakikatnya adalah suatu perbuatan manusia yang biasa. Hukumnya berdasarkan faktor kepada perbuatan tepuk tangan itu dilakukan. Sesiapa yang bertepuk tangan kerana untuk memberi peringatan maka perkara tersebut adalah harus.

Pengarang ini merujuk kepada sebuah buku dalam mazhab Syafie iaitu kitab حاشية الشبراملسي . Bila dilihat dalam kitab tersebut ada dinukilkan dari kitan فتح الجواد karangan Imam Ibnu Hajar Haitami:

“Diharuskan tepuk tangan dengan kedua tapak tangan sekalipun ditujuan untuk bermain-main, sekalipun ia dianggap sebagai bentuk nyanyian.”

TEPUK TANGAN KETIKA MENDENDANGKAN LAGU

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan masalah ini:

PENDAPAT PERTAMA: Haram tepuk tangan ketika mendendangkan lagu. Ini adalah pendapat Mazhab Hanafi dan sebahgian ulama Syafie.

PENDAPAT KEDUA: Makruh tepuk tangan ketika mendendangkan lagu. Ini adalah pendapat utama dalam mazhab Syafie dan pendapat mazhab Maliki.

DALIL PENDAPAT PERTAMA:

1. Firman Allah swt:


وما كان صلاتهم عند البيت إلا مكاء وتصدية


“ Cara ibadah dan solat orang-orang musyrikin di sekeliling ka’bah hanyalah dengan bersiul dan bertepuk tangan.” (35 : al-Anfal)

Bentuk pengambilan dalil:: Bertepuk tangan adalah dari perbuatan orang-orang musyrik. Orang bertepuk tangan meniru perbuatan orang-orang musyrikin.

2. Bagi orang lelaki dilarang kerana ia menyerupai perbuatan wanita dalam solat. Nabi saw bersabda:

إنما التصفيق للنساء


“Tepuk tangan dalam solat (untuk menegur imam) hanyalah untuk perempuan.” (Hr Bukhari dan Muslim)

JAWAPAN KEPADA TERHADAP DALIL

Jawapan terhadap pendalilan yang pertama adalah: Ayat ini menunjukkan perngharaman dan larangan beribadah dengan bertepuk tangan. Ia bukan pengharaman tepuk tangan di luar ibadah.

Jawapan kepada pendalilan yang kedua adalah: Hadis ini mengkhusukan tepuk tangan untuk wanita dalam solat sahaja.

KESIMPULAN

Hukum bertepuk tangan adalah mengikut kepada sebab bertepuk tangan. Ianya ada 4 seperti berikut:

1. TEPUK TANGAN DALAM SOLAT BAGI WANITA UNTUK PERINGATAN: Para ulama bersepakat ianya disyariatkan.

2. TEPUK TANGAN UNTUK IBADAT SEPERTI DALAM SOLAT, ZIKIR DAN TAWAF: Ianya dilarang berdasarkan ayat Quran yang telah lepas.

3. TEPUK TANGAN UNTUK NYANYIAN: ada yang mengharamkan dan ada yang memakruhkan. Apa yang difatwakan Dr Yusuf Qardawi dalam kitab فقه اللهو والترفيه adalah harus hukumnya kerana tidak ada dalil yang melarangnya.

4. TEPUK TANGAN UNTUK MEMBERI SEMANGAT ATAU RASA KAGUM: Ini juga dibenarkan kerana ia diperlukan. Pengarang kitab الموسوعة الفقهية الكويتية mengatakan:

“ Tepuk tangan di luar solat dan khutbah adalah diharuskan sekiranya untuk keperluan yang dibenarkan syara’ seperti minta izin untuk masuk, memberi peringatan, mengelokkan persembahan nasyid atau wanita yang bermain dengan kanak-kanak.”

Rujukan:

1.Fiqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi

2.Haflu Zafaf fil Fiqh Islami oleh Rafiq Abd Aziz As-Sobbagh

3.Mausu’ah Fiqhiyyah oleh Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama, Kuwait


4.Hasyiah Ali Syabramalsi ala Nihayatil Muhtaj

5. Sofwatul Tafasir oleh Muhammad Ali As-Sobuni

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih editor,info yg amat brguna..

MC_Shaharul berkata...

tq ustaz artikel yg sgt baik,sy mencari2 jgk jwpn tentang hukum ini..

abiadib berkata...

salam,tq,izinkan saya copy paste keblog saya

Tanpa Nama berkata...

tahniah artikel yg baik

Tanpa Nama berkata...

mintak izin mengambil artikel ini

CINTA RASUL berkata...

想要留在留言簿留言,但没有

abdullahngah berkata...

ulamak terbahagi kepada empat, yang paling senang adalah lebih kita ambil ulamak ada dua - yang jahat dan baik.

Yang jahat mengharuskan yang haram manakala yang baik mengambil kira bahawa Islam itu suatu yang terbaik maka yang lebih baik adalah lebih diutamakan hatta pasal perkara yang disebut sebagai temeh temeh sekalipun.

ulamak jahat memang kurang beri perhatian pada perkara yang remeh temeh kerana yang lebih besar harus diutamakan.

Kalau yang remeh temeh tidak mampu dilaksanakan mana mungkin yang besar tidak dapat dipikul.Maklum sahajalah yang besar memang berat.

Kalau yang remeh temeh sudah dirasakan berat untuk melaksanakan apa lagi yang besar.

Apakah perasaan anda jika orang bertepuk tangan pada kita. Sudah tentu bangga kan. Bangga tidak harus ada didalam hati kita kerana bangga itu mainan setan.

Yang harus ada pada hati kita ialah ucapan bersyukur kerana segala gala datang dari Allah belaka. Sebab itu apabila kita ditimpa musibah disunahkan kita ucapkan inalillah wainailahi rajuun.

Oleh itu ambillah dan pakailah yang lebih baik dan tinggallah yang barangkali kurang baik malah menjadi hati kita bertambah ego apabila kita bertepuk dengan perasaan bangga.

Islam lebralisme memang tidak pernah ambil kira yang terbaik untuk semua tetapi ambil kira yang terbaik untuk dirinya (hawa nafsu)

Jauhilah berpendapat menggunakan hawa nafsu, macam ada setetengah mengatakan nyanyian itu harus sedangkan itu bukan sunnah, malah Rasulullah pernah berkata pada Saidina Omar RA Wahai Omar rupa rupanya setan lebih takut kau daripada Aku.peristewa ini berlaku dalam satu majlis menyambut Rasulullah SAW dengan tepukan rebana.

Masih ada ulamak mengatakan tidak jadi kafir miskipun tinggal solat dengan sengaja. Pada Rasulullah sendiri berkata barangsiapa tinggal solat dengan sengaja maka kafirlah ia.atas sebab ini orang yang mengaku islam tidak solat seumar hidup.

Kajian yang dibuat oleh Ulamak Malaysia mereka yang tidak solat lima waktu sehari semalam sebanyak 92 peratus. Kajian yang pernah dibuat oleh Datuk DR Hassan Ali sebanyak 83 peratus.

Kajian yang dibuat oleh Profesor madya Dr Fadzil Che Din sebanyak 72 peratus bayangkan apa kan jadi dengan orang islam di Malaysia nanti.

Kita bimbang dengan perkembangan ini, kerana ada ulama di Mesir yang mengharuskan lelaki dan perempuan bersalam.Atas sebab jaga hati satu sama lain tanpa menyedari bahawa jaga agama lebih utama berbanding jaga hati manusia.

Tanpa Nama berkata...

mintak izin untuk berkongsi dgn org lain ttg artikel ini..