24 Disember 2009

KENYATAAN RASMI JAIP MENGENAI PERMASALAHAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KARIAH SELURUH NEGERI PERAK

Isnin, 21 Disember 2009

Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid adalah dilantik berdasarkan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 dan Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 memperuntukkan bahawa :

Seksyen 93. (1)

Majlis boleh, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat peraturan-peraturan bagi –

(a) penubuhan Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah masjid;

(b) menetapkan cara bagaimana anggota Jawatankuasa Kariah itu hendak dilantik; dan

(c) menetapkan fungsi-fungsi Jawatankuasa Kariah itu.

Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998 pula memperuntukkan bahawa :

Kaedah 3. (1)

Pegawai Tadbir Agama dan Penghulu setelah berunding dengan Orang Besar Jajahan, hendaklah mencadangkan kepada Majlis melalui Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, ahli Jawatankuasa Kariah bagi jawatan yang dinyatakan dalam subkaedah (2) (a) hingga (j) dalam Borang JK 1 Jadual Pertama.

Jabatan Agama Islam Perak telah menerima berbagai cadangan senarai Jawatankuasa Kariah bagi sesi 2009-2012 samada daripada pihak Ahli Jawatankuasa sedia ada, individu tertentu dan organisasi tertentu. Jabatan Agama Islam Perak tidak terikat untuk menerima pakai semua cadangan-cadangan tersebut walaupun ianya boleh dijadikan sebagai panduan bagi membuat pemilihan dalam urusan pelantikan. Di antara kelemahan yang didapati dari senarai yang dicadangkan adalah seperti berikut :

(a) Mengandungi beberapa nama mereka yang sudah meninggal dunia.

(b) Mengandungi beberapa nama yang tinggal di luar kariah.

(c) Tidak menepati kehendak undang-undang dari segi keanggotaan seperti tidak mempunyai wakil wanita, wakil belia, wakil surau dan wakil imam.

(d) Mengandungi beberapa nama yang dikenali tidak bermoral tinggi di kalangan masyarakat.

Oleh kerana tidak ada satu senaraipun yang menepati kehendak Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998, maka prosedur asal terpaksa digunakan bagi mengemukakan senarai nama kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Berdasarkan Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998, Pegawai Tadbir Agama Daerah telah mengadakan perbincangan dengan Penghulu dan Orang Besar Jajahan bagi mengemukakan senarai nama cadangan Jawatankuasa Kariah bagi sesi 2009 – 2012 kepada Majlis.

Oleh kerana senarai yang dikemukakan oleh ketiga-tiga pihak ini berbeza dengan senarai yang dicadangkan oleh pihak yang memberikan cadangan awal tersebut, maka ianya dijadikan isu seolah-olah Pegawai Tadbir Agama berniat jahat membuat pindaan dan pertukaran daripada senarai asal yang pada hakikatnya tidakpun diperkenankan oleh pihak Majlis.

Apa yang pasti, pindaan yang dikatakan dilakukan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah adalah dilakukan dengan berdasarkan peruntukkan undang-undang dan dilakukan sebelum ianya dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan Persidangan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak. Tidak berlaku langsung apa yang didakwa sebagai pertukaran dibuat setelah mendapat perkenan DYTM Raja Muda Perak, sebagai Yang Dipertua Majlis memandangkan tidak ada pihak yang mengetahui senarai yang dikemukakan kepada Majlis melainkan pihak Jabatan Agama Islam Perak.

Adalah diharapkan agar semua pihak dapat berlapang dada dalam persoalan ini memandangkan jawatan Ahli Jawatankuasa Kariah ini adalah merupakan satu amanah yang besar dalam mengimarahkan rumah Allah, bukan merupakan satu kebanggaan yang menjadi rebutan di kalangan umat Islam.

Wallhu A’lam.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, minta Yang Dipertua Majlis(YDM) mengambil tindakan yg sewajarnya terhadap fitnah yg dilimparkan terhadap majlis agama, agar ianya tidak dicemarkan dgn kerenah politik.

Tanpa Nama berkata...

Salam saya merupakan bekas setiausaha masjid yang pernah berkhidmat dalam jawatankuasa masjid ( AJk dan Setiausaha ) di dalam daerah manjung perak... dari tahun disember 2005 hingga march 2007. merupakan anak muda dalam jawatnkuasa sekitar umur 22-23 tahun saya dapat masuk menyertai Jawantkuasa mengantikan yang telah meningal dunia

Umno selalu memutar belitkan fakta asal..

last meting terakhir dengan penolong pengarah pengursn masjid negri En Muzammil di bilik mesyuart Pjbt agama manjung... sekitar feb 2007..

beliaun memberitahu terpernci kaedh pemilihan jawatankuasa bagaimana di lantik...

kaedah2 itu saya tulis dan saya tampal pada papan board masjid..

dan akhirnya kemarahan puak2 UMNO terserlah mereka menyembunyikan kaedah2 ini..

akhirnya saya di pect dr jawantkuasa..

mereka takut kehilangan kuasa sedngkan dlm jawatankuasa itu yang tak pernah nampak batang hidung ke masjid pun ade.. bile ade yang buat2 terlampau pandai dan uzur pun masih nak pegang jawatan sedangkan masjid kena di imarahkan...

bukan bile ade majlis besar baru tunjuk muka datang masjid..

antara tanda2 datangnya hari kiamat adalah orang yang bukan ahlinya mentakbir masjid...


Yang benar


"Bekas setiausaha masjid dalam daerah manjung perak "

Tanpa Nama berkata...

saya juga ada menyimpan buku kaedah2 jawatankuasa kariah 1998 memg kaedah itu mesti dipakai bukannye ketua bahagian yang memelih sendiri seperti yang dilakukan oleh umno.. dengan menyembunyikan kaedah2 jawatankuasa kariah 1998


" Bekas Setiausaha & AJK Masjid Dalam daerah Manjung Disember 2005 - March 2007 "

Tanpa Nama berkata...

saya ahli kariah masjid Al hidayah ,kg seri kulim ,Bt Gjah.
Senarai AJK baru yang dikatakan dikeluarkan olih Pej MB juga menamakan sebilangan anggota gerombolan yang tidak pernah hadir berjemaah 5 waktu di masjid.Ini kah yang nak diharapkan untuk mengImarahkan masjid.....entah lah???

Kalu macam ini...mudahnya tidak perlu umat islam berjemaah di masjid asalkan menjadi orang kuat gerombolan,mereka akan dilantik menhjadi ajk masjid secara otomatik....

terbaru pengerusi yang dinamakan,telah menghantar surat perletakan jawatan serta merta....ia mungkin bersa malu sebab beliau tidak berjemaah 5 waktu di masjid ini.tepai berjmemaaah disurau berdekatan rumah beliau.

begitulah senarionya.