24 Disember 2009

'Raja Nazrin arah guna senarai asal'

6 Muharram 1431H

Orang Besar Jajahan (OBJ) Batang Padang, Datuk Seri Yeop Junior Yeop Adlan berkata beliau telah menerima arahan dari Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah supaya membuat pelantikan jawatankuasa masjid dalam mukim Slim berdasarkan senarai asal yang dipersetujui sebelum ini.

Raja Dr Nazrin juga merupakan yang dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak.

Berikutan itu, beliau telah mengarahkan pegawai tadbir agama (PTA) daerah berkenaan supaya mengeluarkan surat pelantikan secepat mungkin.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Yeop Junior berkata beliau berharap majlis penyerahan watikah pelantikan tersebut dapat disempurnakan sebelum akhir tahun ini.

Menurutnya, senarai yang dipersetujui itu adalah bertarikh 2 Ogos 2009.

"Senarai yang dipinda itu tidak diterima," katanya ketika diminta mengulas perkembangan terkini isu berkenaan.

Sebelum ini, majlis penyerahan watikah pelantikan itu ditangguhkan ekoran timbulnya dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Perak telah menukar senarai jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu dengan memasukkan nama penyokong PAS.

Perkara itu dibangkitkan oleh ADUN Slim Datuk Khusairi Abdul Talib minggu lalu yang mendakwa perbuatan itu 'tidak beretika dan membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh Raja Dr Nazrin'.

Beliau mendakwa antara masjid dalam mukim Slim yang dikesan terlibat adalah Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Kampung Kelan, Masjid Jamek Kampung Kuala Slim, Masjid Jamek Slim Village, Masjid Jamek Kampung Balun, Masjid Jamek Kampung Pasir dan Masjid Jamek Kampung Rasau, manakala dalam mukim Hulu Bernam pula, ia melibatkan Masjid Behrang 2020, Masjid Jamek Tanjung Malim, Masjid Jamek Kampung Sungai Dara dan Masjid Jamek Behrang Stesen.

MalaysiaKini/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biarlah pelantikan yang dibuat ini dapat membangun dan mengimarahkan masjid dan bukan pelantikan sekadar nama sahaja. Moga mendapat redha Allah di dunia dan akhirat.

Tanpa Nama berkata...

eloklah tu.. senarai yang umno beri tu semuanya bukan kaki masjid.. datang pun hari jumaat aje. ada ke layak nak jadi AJK masjid.. berilah pada mereka yang layak.. walaupun dia PAS atau UMNO. yang penting mereka itu orang masjid.. masalahnya orang masjid tu ramainya dari PAS manakala UMNO pula sikit-sikit aje.. - imam

Tanpa Nama berkata...

MENGIKUT PERLEMBAGAAN
UGAMA ISLAM ADALAH PERKARA NEGERI
TERLETAK DIBAWAH KUASA SULTAN/YDP AGONG
KUASA SETERUSNYA DIPERTURUNKAN OLEH BAGINDA

Tanpa Nama berkata...

alahai khusairi...masjid sg. behrang tu pun jarang tunjuk muka...cakap je lebih, satu kampung tau perangai dia yg oberdose tu...