KUALA LUMPUR, 10 Dis: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin akan melancarkan komik "Perak Darul Kartun" (PDK) pada Ahad, 13 Disember ini, jam 4 petang.
Majlis pelancaran akan diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Dun Bukit Antarabangsa yang beralamat di No 2, Lorong Perak, Pusat Bandar Taman Melawati, Hulu Kelang, Kuala Lumpur.
"Pelancaran akan dilakukan bersama oleh Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Perak Darul Kartun adalah komik terbaru hasil karya terbaru Zunar bersama pasukan kartunisnya yang terdiri dari Ronasina (Mohd. Affandi Ramli), Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad).Orang-orang (Azlan Isa) dan Naza (Nazruddin Abu Bakar).
Ianya sebagai penerbitan berterusan syarikatnya Sepakat Efektif selepas permit penerbitan Gedung Kartunnya mempunyai masalah dengan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).
PDK mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah.
Turut menyumbang karya dalam komik tersebut adalah Haili, Oly, Roy, Enot, AJ, Warih, Kidol, Madsein, Kawe, Ubi Lepih, Nur, Fahmi dan Buzu.
Manakala penulis penyumbang/kolumnis ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, penulis, Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Rahmat Haron, Pusparos dan Benludin.
Seperti juga Gedung Kartun, PDK menampilkan karya-karya kartun dan rencana yang mengkritik pedas kebobrokan, salah-guna kuasa, rasuah penguasa dengan sepuluh muka surat pertama ditumpukan kepada isu 'rampasan kuasa' di Perak oleh kerajaan BN.
Selain itu ianya juga memuatkan ruangan khas watak pemimpin negara bernama “Datuk Nazak”, slot “Negaraku” dan tiga muka surat karya Enot bertajuk “Nostalgia 98” yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus.
Ruangan “Selangor Tanahairku” diteruskan untuk memberi publisiti tentang dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai program kebajikan yang telah dijalankan.
harakahdaily.Net/-

4 ulasan:
haa...dah lama aku tunggu benda ni...teruskan perjuangan
salam perjuang buat umat islam...ulun berasa ramik banar diatas kesepakatan rakyat bersama PR,mara AMNO bihirian pd kita.kami rakyat PIRAK tatap mandoa akan PR tetap teguh bersama2 wakil2nya yg berintegeriti.dari ABAHNYAk.
BAGUS.SATU LANGKAH DAN SALURAN YANG BETUL UNTUK MEMBUKA MATA MASYARAKT PERAK DAN MALAYSIA TENTANG PERGOLAKAN DI PERAK.BIAR MEREKA FAHAM DAN SEDAR AGAR TAK TERUS DITIPU PIHAK KERAJAAN.
memang ini yg teman nantikan selama ni..
akhirnya muncul juga...
Catat Ulasan