12 Disember 2009

Nak berkelahi jangan di bank dan kedai kopi......

Saya hairan bila Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sekali lagi mempertahankan pandangannya agar menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digugurkan segera daripada menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).Selain itu beliau dipetik sebagai tidak tersinggung dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan, juga sebagai pengerusi PMBK, yang menyifatkan kenyataannya hanya memberi peluang kepada Umno "berpesta". apalagi pandangan itu diluahkan kepada media pihak lawan PAS, adakah tidak ada lagi saluran lain untuk beliau mengeluarkan pandangan.

Nik Abdul Aziz hari ini dilaporkan berkata Mahfuz cuba memandai-mandai dalam pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu sedangkan peletakan jawatan Abdul Ariffahmi telah diputuskan bersama oleh beberapa pemimpin kanan PAS.

Apapun pada pandangan saya siappun yang mengeluarkan kenyataan dalam soal keputusan yang telah dipersetujui adalah membawa satu masalah lain, apalagi sejak akhir-akhir ini nampaknya ada trend baru untuk mengeluarkan kenyataan kepada media musuh PAS sendiri.

Bagi saya soalan yang dikeluarkan oleh rakan media musuh sudah tentu merupakan perangkap dan segala jawapan yang diberikan dimanipulasi semaksima mungkin untuk melaga-lagakan antara pemimpin PAS. Semuanya mesti berhati-hati.

Gunakanlah segala saluran parti yang ada untuk menyelesaikan masalah rumahtangga PAS termasuklah persoalan PMBK. Kalau nak berkelahi janganlah dikedai kopi atau di bank nanti orang tengok dan dengar, yang malu rumah tangga sendiri. apa lagi berkelahi di situ pastinya tidak menyelesaikan masalah yang kusut,bertambah kusut malah ada. Malah dalam kes PMBK jelas yang untung adalah musuh PAS.

7 ulasan:

islamicpoem berkata...

assalamualaikum..
ana mengharapkan sekali lg, sebagai anak kelanta diperantauan..
ana mengharapkan, pihak luar biarpun ia pimpinan PAS, jgn sekali-kali bg tekann kepada kerjaan negeri kelantan, mmg pimpinan PAS yg memerintah, tp mengenai isu ir ariffahmi adlh mslh kerjaan negeri bkn masalh parti politik...kami anak2 kelantan diperantaun berharap sgt...harap faham...

Tanpa Nama berkata...

KA2 BERKATA:
Dua hari lepas saya dah nyatakan komen saya tentang hal ini.Komen saya selari dengan TGNA. Nampaknya sesetengah pemimpin atas pas tak pandai baca suasana walau pun bergelar yb.Jangan cakap lepasa aje! Kita mesti pandai baca poltik umno! Kan Umno dah lemas.Biarkan dia lemas . Jangan ulur tali untuk dia berpaut.Musuh sentiasa bersedia mencari isu!Jangan terperangkap dengan akhbar perdana umno!Kita jangan mengujudkan masalah!kita mesti tolong cuba menyelesaikan masalah.Berfikir lah banyak kali bila hendak membuat kenyataan!Sahabat nabi tidak meninggikan suara mereka di hapan nabi, Kalau nabi bertanya, mereka menjawab nabi yang lebih mengetahui.Cuba kita mengambil sikap seperti dalam jamaah tabligh yang menggunakan pendekatan nabi Mohhd saw iaitu bila memberi cadangan, dia bersyukur bila cadangannya tidak diterima. Tetapi bila cadangan atau pendapatnya diterima,dia beristigfar, takut2 kalau cadangan nya menimbulkan masalah dan mudharat!Ingalah bahawa kita dalam jamaah ini adalah sahabat! Hormatilah sahabat!

Tanpa Nama berkata...

tiada masalah org luar nak bagi pandangan malah kritikan pun ... tapi ada cara saluran adab dll
tapi datuk mahfuz punya cerita ini bukan masalah cara adab atau saluran , ianya TAK BETUL !!!
membuatkan orang bingung apa lu nak mahfuz??
nik aziz dah putuskan dgn mesyuarat dan kaedah sistem kerajaan so tak perlu dibangkitkan ...
tu perhal hasan ali tu apa cerita?
aduhai mahfuz dah lah cerita pakai kain pelikat kat parlimen kau jawab merapu meraban yang menjatuhkan imej mahfuz dan pas ...
kau tibai plak ustaz deris ...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum
Set2 pemimpin PAS sekarang ni pelik2 pulak.
Apa salah nya telefon ke dulu,mesej,mesenger, friendster ke sesama sendiri sebelum buat kenyataan, baru tak kalut.Tak tu buat tak tau je lah.

Tanpa Nama berkata...

jolo tuh..ambo sokong sangat2 la tuh..
biar kito ore kelate selesaikan isu nih,,
lgpun isu doh selesai kiro senang gak tutup buku lah..

macho berkata...

salam Dato' Mahfuz...udah-udah le 2,jgn le pandgan kita tdk diterima kita nak menyalahkan org lain pula.betul le Dato' pimpinan kanan PAS tapi jgn le mengeruhkan suasana yg dah tenang,ada elok-elok dato' masih ahli pas suka,nti lain lak jadi nye...fikir2 kan lah ???

abufathi_albenuti berkata...

an-amin,
ambo sangat setuju apa yang kawe-kawe ambo royak, hok lepah-lepah kiro tutup buku dok, hok baru kito sama-sama fikir maso depa untuk survival umat dan politik Isle dok....