05 Disember 2009

Mohd. Sabu : Indeks rasuah akan diturunkan sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putra Jaya.

Oleh Mohd Syamil Azhar.

"



LENGGONG: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu menegaskan beliau akan memberikan tumpuan utama dalam setiap ceramahnya bercakap soal rasuah sehingga menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bercakap di depan lebih 2000 hadirin dalam ceramah perdana di Kampung Banggol Belimbing dekat sini malam tadi (2 Disember 2009), beliau menarik perhatian dengan memberikan harapan indeks rasuah akan diturunkan sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putra Jaya.

Katanya, indeks rasuah di Malaysia naik mendadak dari 45 ketika Tun Abdullah kepada 47 dan sekarang kepada kedudukan ke 56 paling tinggi di dunia sebaik sahaja Datuk Seri Mohd Najib Razak memegang tampuk pemerintahan negara, menjadikan kita sebaris dengan negara-negara Afrika seperti Kenya, mozambiqe dan Tanzania.

"Semasa Tun Dr Mahadhir menjadi Perdana Menteri, indeks rasuah di negara ini pada kedudukan 25 hingga 39, masa Tun Abdullah naik kepada 45, tetapi apabila Najib naik indeks rasuah terus meningkat mendadak.



"Meningkat dengan mendadak kepada 45 dan sekarang pada kedudukan ke 56 paling teruk di dunia,' katanya.



Turut berceramah pada program Siri Gegar Lenggong (SGL) yang sebelumnya dimulai dengan hujan lebat itu ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak, Raja Dr Ahmad Iskandar Al Hiss dan Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Haji Razman Haji Zakaria.

Hadir sama Naib ketua Dewan ulamak PAS Perak, Ustaz Haji Azizan Mohd Desa, Ketua Penerangan PAS Lenggong, Haji Shukri Ahmad, Ketua DPP Lenggong, Ustaz Karim dan Ketua Kampung (Pakatan Rakyat) Banggol Belimbing, Saudara Mohd Tahir Mohd Noor.



Mohamad berkata, PAS khususnya dalam Pakatan Rakyat akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan gejala rasuah daripada terus berleluasa di semua peringkat sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau melahirkan rasa malu kerana Malaysia sebagai sebuah negara yang tampuk pemerintahannya dipegang oleh orang Islam sama dengan kebanyakan negara-negara umat Islam lain dalam dunia yang indek rasuahnya paling tinggi.





Katanya, gejala rasuah berleluasa di Arab Saudi, Mesir dan rata-rata di Timur Tengah, Afrika sampailah ke rantau Asia seperti Indonesia dan Malaysia antara yang paling teruk di dunia.

Di negara-negara bukan Islam dan di Barat indeks rasuah amat rendah, katanya paling rendah ialah New Zealand dan kedua Singapura.

"Indeks rasuah paling tinggi di Somalia dan Afghanistan, negara umat Islam, paling teruk di dua negara itu tak katalah sebab negara dalam kancah perang, tapi di negara-negara umat Islam yang tidak perang pun indeks rasuahnya paling teruk.

"Kenapa semua ini berlaku, sebabnya kerana negara-negara umat islam tidak lagi berpegang kepada prinsip Islam sedangkan negara-negara bukan Islam termasuk Jepun, Korea dan Cina mengambil nilai-nilai yang ada di dalam Islam itu," katanya.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang rasuah BN dan polis

Tanpa Nama berkata...

kalau nak makan rasuah masuk UMNO dan BN garenti selamat

Tanpa Nama berkata...

SPRM penggalak rasuah UMNO di malaysia

Tanpa Nama berkata...

Nak hapus rasuah kena tumbangkan BN PRU13 supaya pakatan rakyat boleh perintah malaysia

Tanpa Nama berkata...

Rasuah dah jadi darah daging UMNO

Tanpa Nama berkata...

Perasuah macam dibagan pinang boleh menang pilihanraya sebab pengundi telah dirasuah

Tanpa Nama berkata...

mahathir menjadi pengasas utama kepada budaya rasuah dikalangan UMNO dan diteruskan oleh najib

Tanpa Nama berkata...

isu kapal selam dan altantuya ada kaitan dengan rasuah

Tanpa Nama berkata...

PKFZ ada kaitan dengan rasuah pemimpin MCA dan UMNO

Tanpa Nama berkata...

Selagi pakatan rakyat tidak perintah malaysia, selagi itu budaya rasuah masih berlaku.

Tanpa Nama berkata...

SPRM sentiasa pejam mata untuk bantu rasuan BN