20 Disember 2009

Terkini 9.50 am : Ucapan YAB. Lim Guan Eng

Pakatan Rakyat ditubuhkan untuk menjadi alternatif-dan setelah melalui liku, itu antara ucapan awal Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng.

Rakyat mesti perjuangkan hak kita bukan batil, maaruf bukan mungkar, rakyat dapat lihat komitmen kami, tegas beliau.

Beliau menganggap dasar PR yang dibentangkan adalah dokumen sejarah walaupun disedari tidak dapat memenuhi kepuasan semua pihak, katanya.

Kerajaan PR sentiasa menegaskan ketuan rakyat tanpa mengira bangsa dan akan membela semua rakyat disemua peringkat, jelasnya.

"Kita jangan dikongkong oleh BN supaya kita jadi bodoh dan kekal berkuasa" tegasnya.

1 ulasan:

Ahmad Baei berkata...

Sebagai orang Pulau Pinang saya sokong YAB Lim Guan Eng. Hak rakyat di Pulau Pinang perlu diperkasakan, makruf perlu diperluaskan kepada semua rakyat agar mereka rasa aman dan makmur. Yang penting rakyat boleh rasa keadilan pemerintah itu.