16 Disember 2009

Tok Guru Nik Aziz Dah Tak Sebut Nama Najib Dalam Doanya

Email : aris muhammad

Doa Tok Guru Nik Aziz ketika beliau selesai menyampaikan Kuliah Mingguannya tidak lagi menyebut nama Najib kerana beliau bimbang tindakannya itu akan membuat Najib berkecil hati.Namun beliau menyeru agar di teruska berdoa secara bersendirian dengan menyebut nama Najib semoga Allah membuka pintu hatinya untuk mengembalikan Royalti Minyak Kelantan.

Ambo percaya Tok Guru juga akan terus berdoa dengan menyebut nama Najib secara bersendirian jika Isu Royalti tidak di selesaikan secara baik.Ambo yang berada di celah celah ribuan rakyat Kelantan berasa terharu dan tersentuh hati melihat betapa khusyuknya rakyat Kelantan mengaminkan doa beliau.Mereka tetap tidak berganjak sehingga Tok Guru selesai berdoa.

Betapa kasih dan sayangnya mereka kepada Pemimpin idola ramai merangkap Mursyidul Am Pas ini.Semestinya mereka akan tetap mempertahankan kepimpinan Tok Guru walau dengan apa cara sekalipun.Mereka akan bangkit menentang jika kepimpinan Tok Guru di usik hatta terpaksa menggadai nyawa sekalipun.Ambo yakin!!!Walaupun Tok Guru di serang dari berbagai arah oleh musuh itu tidak menghakis sokongan terhadap beliau bahkan menambahkan lagi simpati rakyat.Buktinya puluhan ribu rakyat Kelantan berhimpun menyatakan taat setia tidak berbelah bagi kepada Tok Guru ketika Himpunan Sokong Tok Guru pada 4 Dis lalu.Mereka hadir tanpa di upah,mereka hadir dengan kerelaan hati demi menunjukkan bahawa sokongan terhadap Tok Guru tidak terjejas."JANGAN SENTUH TOK GURU KAMI".Kata mereka."KAWE LEBIH RELA MELIHAT TOK GURU TERUS MENTADBIR KELANTAN WALAUPUN TERPAKSA MEMERINTAH DARI ATAS KATIL".Ujar mereka lagi.

Tindakan Tok Guru sebelum ini menambahkan lagi keyakinan rakyat terhadap beliau.Bagaimana beliau berlapang dada menerima nasihat Pas Pusat agar meminta menantunya meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK.Ini menunjukkan sifat rendah diri Tok Guru dan beliau sanggup menerima teguran.Begitu juga ketika beliau meminta agar Pas mengadakan EGM setelah melihat sesuatu yang tidak kena berlaku dalam Pas.Ini menunjukkan ketegasan dan keberanian beliau.Walaupun ianya mungkin mengguris hati sesetengah pihak.Tok Guru terpaksa melakukannya demi melihat Pas terus utuh di persada politik negara.Sebagai Pemimpin yang lebih dahulu merasa asam garam politik dan menempuh berbagai kepayahan dalam menjulang Parti Islam ini Tok Guru tentunya tahu akan segala agenda musuh memusnahkan Pas.

Tok Guru secara bersendirian mempertahankan Pas di Parlimen ketika Pas mengalami penurunan sokongan yang teruk suatu ketika dahulu.Jika kita masih ingat(ketika itu ambo masih di sekolah rendah)bagaimana Tok Guru bertungkus lumus secara bersendirian mempertahankan Pas ketika tragedi Memali berlaku.Tok Guru dengan lantang mengutuk keras tindakan Kerajaan membunuh tanpa belas kasihan As-syahid Ust Ibrahim Libya dan pengikutnya.Siapakah Menteri Dalam Negeri ketika itu dan di manakah beliau sekarang.Mungkin Tok Guru pernah mendoakan kemusnahan beliau dan sememangnya karier Musa Hitam dalam politik telah musnah.Ketika Tok Guru terus unggul memimpin Pas,Musa Hitam terus hilang entah kemana.Ini satu peringatan buat Najib.

Doa adalah senjata orang islam.Dimanakah kita ketika semua ini berlaku.Di manakah sesetengah Pemimpin yang baru mendapat sedikit kuasa berada ketika itu.Adakah mereka berhak mempertikaikan kepimpinan Tok Guru?Semestinya tidak. Tok Guru adalah yang terbaik.WE LOVE TOK GURU. Long LIFE TOK GURU.
http://malaysiberih.blogspot.com/

Video Doa Tok Guru:http://www.youtube.com/watch?v=CboBSLyrhvE

7 ulasan:

david ahmad muniandy berkata...

dalam akhbar harian metro bahagian borak paknil@hmetro.com.my berkata "jika guru kencing berdiri, jangan marah pula bila muridnya kencing berlari. Ini yang Paknil rungsingkan apabila kemungkinan anak-anak kecil dan muda akan menghalalkan pula nanti perlakuan 'doa laknat' sesama islam ini.

jadi apakah komen kalian?

Tanpa Nama berkata...

Keliru.....awat TGNA tak doakan kecelakaan pada Karpal Singh yang menghalang penubuhan negara Islam oleh PAS (langkah mayat saya dulu...katanya)? Tak penting doa tu seperti pentingnya fulus dari royalti petroleum?

Tanpa Nama berkata...

budak kecik pun tahu...kenyataan tu tunjukkan takut pada bayang2 sendiri...
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Memberi...segalanya dengan keizinanNYA

Tanpa Nama berkata...

Salam dan Halllooo Mr. David,

Jangan lah samakan guru yang ajar pasal'doa laknat' dengan 'Guru' yang ajar kencing berdiri.Tak kena langsung...Kalu nak samakan dengan 'guru'yang ajar kencing tu ngan 'guru' umno ngan 'anak-anak kecil dan muda' umno (yang makan rasuah)tu baru la kena. 'Doa laknat' tu untuk org yang patut dilaknat macam 'guru' yang ajar kencing berdiri tu laa...kalau dia tak kencing berdiri, Mr. David jangan lah risau insyAllah dia tidak akan dilaknati dan mendapat pembalasan buruk dari ALLAH..

Cubalah Mr.David bagi perumpamaan yang tepat sikit...gi la tanya Karam sigh Walia. Dia tu guru yang boleh ajar guna perumpamaan yang betul.

Timaaa kasiiiiihhh...wasalam

david ahmad muniandy berkata...

sumber diatastu ada dalam emel saya....


bagus dan syabas dengan kemarahan
kalian terhadap si aznil bahagian borak dalam harian metro, kalau kalian ada baca harian metro alhamdulillah yang belum baca lagi saya tertera sahaja tetapi akhbar tarikh bila aku dah lupa....

david ahmad muniandy berkata...

Wak bukan mahu mempertikaikan apa yang Hj. Aznil tulis di ruang kolum
minggu lalu. Walaupun pada hakikatnya, hujah yang disampaikan beliau jelas
dangkalnya, tetapi sekurang2nya beliau berani menulis dan mempersoalkan doa
TGNA itu dari kacamatanya.

1 soalan sebelum wak meneruskan penulisan ini. Soalan ini ditujukan kepada
Hj. Aznil, dalam isu yang beliau tulis, mengapa beliau tidak menganalisis
serta mengulas doa TGNA secara keseluruhan, bukan sekadar ambil
sekerat-sekerat, Kenapa beliau tidak ulas dan sebut doa-doa TGNA yang
meminta dan memohon kepada Allah swt. diperbetulkan jalan berfikir PM
supaya menerima Islam yang syamil ?

Dari sudut islam, doa adalah satu permohonan. Jika kita rajin membuka
sejarah doa-doa yang diambil oleh para Nabi, kita tentu boleh berjumpa
dengan kandungan doa nabi Musa AS dan Nabi Muhammad saw yang pernah
mendoakan bala kepada musuh islam !

Malah jika kita membuka himpunan hadis dalam Ridhatus Solihin, kita akan
berjumpa dengan maksud doa yang berbunyi begini,
" Wahai Tuhan, tolong balas bala, keatas orang yang zalim". Maksud
doa yang hampir sama ini juga terkandung dalam Qunut Nazilah yang
berbunyi " Wahai Tuhan, musnahkanlah golongan kafir dan munafik",
dan kita juga wajar untuk faham bahawa selain dari orang kafir yang nyata,
orang munafik juga ramai. Menafikan hak yang wajar dinikmati oleh seorang
hamba yang lain adalah dikira zalim. Begitu juga dalam soal royalti minyak
Kelantan. Isu ini sangat jelas lagi terang. Tidak perlu berlampu suluh
untuk menyatakan bahawa itu memang sudah mutlak hak kerajaan Kelantan.
Mengapa mahu ditahan-tahan dengan seribu alasan.

Apakah hal ini tidak diketahui oleh PM, dan salahkan bagi TGNA mengangkat
tangan menadah doa kepada Allah diatas sikap zalim pemerintah berkaitan isu
royalti ini ? Ini bukan soal politik Hj. Aznil oi, ini soal hak dan
kezaliman pemerintah.

Pesan wak, jangan menjadi zalim dan menzalimi diri sendiri ketika menulis,
buat Hj. Aznil cuba fahamkan maksud Hadis dibawah yang bermaksud,
" Takutlah kamu kepada doa yang dizalimi, biarpun dia itu seorang
kafir, sesungguhnya diantara Allah dan si kafir (yang dizalimi) yang
berdoa itu tiada hijab(halangan) antaranya", (sahih Al-Jaamii:119)
Jika sudah begitu kata maksud hadis terhadap doa orang kafir kepada Allah,
apatah lagi doa orang mukmin disisi Allah ? Memang wajar media perdana
sensasikan isu doa ini, kerana jelas 'ketakutan' yang berganda-ganda bukan
sahaja kepada 'mereka-mereka' itu, malah bukan setakat artis digunakan,
mufti juga turut dihumban sama untuk melontarkan bahawa doa itu tidak
islamik dalam konteks negara ini. Ia disensasikan kerana 'doa' itu jika
dimakbulkan pasti akan menimpa tubuh badan dan kepala jemala mereka yang
sebenarnya. Mereka ketakutan !

(*) Untuk Hj. Aznil, wak minta tuan 'kunci' hadis akhir yang dituliskan itu
buat renungan haji, bukan sekadar mengunci lirik di Astro.

Tanpa Nama berkata...

macamana pulak orang yang solat hajat barang hilang..supaya pencuri tu pecah perut