16 Disember 2009

Guru Sarjana dan Phd perlu insentif

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Dr. Mujahid Yusuf Rawa (PAS-Parit Buntar) mencadangkan agar kerajaan memberikan insentif kenaikan gaji kepada guru-guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Phd) sebagai dorongan kepada guru-guru lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Mujahid sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat pagi tadi memberitahu, kebanyakan guru berkelulusan Sarjana dan Phd yang ditemui menyuarakan kekecewaan kerana tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada mereka di sekolah.

"Saya cadangkan guru-guru yang ada Sarjana dan Phd diberi anjakan gaji oleh kerajaan sebagai dorongan kepada mereka.

"Kalau tidak ada sebarang keistimewaan, bagaimana mereka hendak mendapat dorongan untuk menyambung pengajian," soalnya.

Mujahid turut meminta kerajaan meletakkan satu tangga gaji kepada guru-guru yang mempunyai Sarjana dan Phd di setiap sekolah selain menetapkan bilangan guru yang mempunyai kelulusan berkenaan di setiap sekolah.

Ini katanya sebagai motivasi kepada guru-guru untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat tertingggi.

Sebelum itu Mujahid meminta Menteri Pelajaran Malaysia menyatakan bilangan guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Malaysia.

Beliau juga ingin tahu samaada kerajaan bercadang atau tidak untuk memberi keistimewaan kenaikan pangkat atau anjakan gaji kepada guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Timbalan Menteri, Datuk Dr. Wee Kaa Siong (BN-Ayer Hitam) dalam jawapannya memberitahu, dalam kalangan guru yang mempunyai kelulusan Sarjana dan Phd, pengetahuan, pengalaman dan kepakaran mereka dapat dimanfaatkan melalui perkongsian ilmu dengan guru-guru lain di sekolah.

Kementerian juga menyediakan peluang atau ruang yang luas kepada pegawai-pegawai ini melalui urusan kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang an Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Matrikulasi.

Kementerian juga memberi keutamaan kepada pemegang ijazah Sarjana dan Phd untuk mengisi jawatan sebagai pensyarah di institusi berkenaan.

Sementara itu, Datuk Ismail Mutalib (BN-Maran) berkata, guru-guru ketinggalan dari segi kenaikan pangkat.

Beliau turut meminta agar Kerajaan memberikan kenaikan gaji kepada guru sama seperti pegawai-pegawai kerajaan yang lain.

HarakahDaily.Net/-

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

untuk mengajar pelajar sekolah tidak memerlukkan sarjana dan phd melainkan pelajar IPT

tekak berkata...

Salam...

Perkara paling utama patut diserang adalah polisi pendidikan yang sekular. Serang sistem kufur ini sampai ia menjadi minda masyarakat.

Bukan membahas perkara2 cabang dan titik bengik begini. Saya lihat PAS dah lari dari matlamat asal perjuangan untuk menegakkan Islam kepada sekadar mendapat kuasa tetapi tak pasti boleh tegak Islam atau tidak.

FairuzOthman berkata...

salam...
kepada saudara tekak...maaf jika terguris...
PAS masih dalam landasannya....
Bukankah sifat memuliakan orang2 yang berilmu itu satu daripada tuntutan Islam...
Tuntutlah ilmu hingga ke negeri cina....

Shuhemi Nordin berkata...

saya sehati sedansa dgn fairuz,kpd tekak dan tak bernama utk mengajar atau berhujah sama ada kepada pelajar dan terutamanya utk berhujah ttg sistem pendidikan perlukan ilmu semakin tinggi kita belajar semakin banyak dan tinggi hujah yg dapat kita gunakan. Jgn lupa nabi mdpt pelajaran pertama dr Allah dengan sebutan Iqra' signifikannya ialah Allah mahu umatnya berilmu.
Tahniah kpd YB Mujahid, anda memahami.

timbangtara berkata...

Tahniah YB kerana prihatin tentang perkara ini. Memang kerajaan BN tak prihatin kepada guru-guru yang mementingkan ilmu dan kelulusan. Kalau PR menerajui negara, pihak guru mengharapkan YB perlu menjadi Menteri Pelajaran supaya guru2 berkenaan dapat dibela.

Tanpa Nama berkata...

Negara maju seperti US dan UK ramai guru-gurunya kelulusan PhD. Ajar budak tadika pun ada PhD. Ilmu makin tinggi insyaAllah..makin baguslah hasilnya terutama dalam penyampaian ilmunya. Anak murid makin bagus. Guru yang bagus..anak murid bagus la...kalau guru tu lemah dalam ilmu macam mana nak melahirkan anak didik yang terbuka mindanya...yang boleh berfikir diluar kotak kebiasaan.Itu sebab kat Malaysia ni anak murid dah makin ramai malas berfikir...yelah...cikgu-cikgunya pun malas berfikir dan belajar...anak didiknya ikut sama kemalasannya. Jadi cikgu perlu belajar..belajar...belajar...jgn jemu...baru jadi cikgu yang benar-benar CIKGU.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
(untuk mengajar pelajar sekolah tidak memerlukkan sarjana dan phd melainkan pelajar IPT)

Sah orang yang sebut ini sekolah tak tinggi dan ketinggalan zaman. Aku bangga kalau guu sarjana atau PhD yang ajar anak aku kat sekkolah.

Tanpa Nama berkata...

ura2 guru sarjana/phd mendapat kenaikan smpena hari guru hnya tinggal angan2.. masih digula2kn dgn kenyataan yg sama yg akhirnya mmbuat ati marah.. dh nak pencen.. skurang2nya mengubat ati n menaikkan smngat kpd smua guru utk meningkatkn taraf pendidikan.. napa dbeza2kn dg penjawat awam yg lain? sdgkn d skola bilngn sarjana/phd leh kira jari sbelah tangan aje...