27 Disember 2009

Ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

9 Muharram 1431

Berikutan dengan sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini, dengan ini saya mewakili Pakatan Rakyat Negeri Perak mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Pakatan Rakyat Perak turut bersimpati dan bersedih dengan keluarga mangsa dan mengucapkan takziah kepada mereka yang terlibat,harapan kami semuga semuanya bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya semua yang meninggal dunia ditempatkan oleh Allah SWT dikalangan roh orang yang beriman. Kepada semua marilah kita menyedekahkan bacaan Al Quran kepada mereka semua..Al Fatihah...

2. Satu sisatan yang terperinci dan menyelurh mesti dilakukan dengan segera bagi memastikan pihak yang bertanggugn jawab diadili dengan sebaik mungkin termasuklah pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu yang telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

3. Siasatan juga perlu melibatkan keadaan jalan, pembahagi jalan dan lain-lain aspek yang berkaitan supaya kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi dimasa akan datang.

4. Walaupun tidak setimpal dengan nilai kehilangan nyawa, pihak yang terbabit mestilah membayar pampasan yang sepatutunya bagi membela keluarga mangsa tersebut.

Kenyataan Media/ 26 Disember 2009

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Setiausaha,
Sekretariat Pakatan Rakyat
Negeri perak.

8 ulasan:

passion1 berkata...

Kalau kenderaan lain tidak melanggar and terbabas dikawasan itu, kemungkinan besar pemandu bas itu mengantuk, atau sedang memandu terlalu laju. Hujan?

Tanpa Nama berkata...

pemandu nya mesti melayu yg suka membuta saja.later on didapti mempunyai saman yg bayk yg belm dijelaskan. "tindakan akan diambil segera" kata JPJ pengarah dan monyet2nya mengagguk sama. 2 mnggu kemudia, fail tersebut ditutup kerana didapati tak lulus pemeriksan JPJ di kedah,yg mana pegawai jpj dikedah makan rasuah. semasa JPJ ispection, pegwai tutup sbelah mata , ikut kata MP melaka tu....akhirnya smua mati katak di msia.

david ahmad muniandy berkata...

duit punya pasal pemandu bas rela hati memandu sorang-sorang tak perlu pemandu kedua untuk bertukar-tukar memandu apabila menghadapi tekanannya sebab syarikat bas agihkan wang elaun untuk pihak pemandu kedua. Kalau syarikat bas hendak buat begini maka syarikat bas tidak tahu mengurus kewangan ekonomi syarikatnya.

Tanpa Nama berkata...

Puncanya adalah 'LAJU' lebih pada had yang ditetapkan.Setiap malam mari kita pergi tengok berapa kelajuan Bas Ekspress ke arah utara?, selatan dan tidak ketinggalan ke Pantai Timur?....Pukul berapa mereka bertolak dari KL dan pukul berapa pula mereka tiba di Destinasi?...cuba kira beberapa jam saja sudah sampai (di Changloon contohnya). Siapa nak saman mereka?...

13 April 2009, bas 2 tingkat AB Ekspress juga terbabas di kilometer 443 Bukit Beruntung-Rawang, 6 penumpang terbunuh. Situasi hampir sama dimana besi pembahagi jalan terperosok ke dalam bas bahagian bawah tempat duduk penumpang. Sungguh mengerikan.

Malang sungguh nasib mangsa yang terlibat. Apa rasa sekiranya mangsa itu anak, ibu-bapa, adik-beradik atau saudara mara anda......?

Al fatihah......

Tanpa Nama berkata...

sekiranya pakatan rakyat perintah malaysia insyaallah jalanraya lebih selamat dimalaysia, kerana pakatan rakyat lebih perihatin dan menjaga rakyat

Tanpa Nama berkata...

terlampau laju sangat..........

Tanpa Nama berkata...

Saya selalu memandu dari melaka ke KL, selalu bawa 100 km/j. Tapi bas ekpress bawa terlebih laju dan dalam masa yang singkat telah hilang dari pandangan. Jadi berapa kelajuannya....

Tanpa Nama berkata...

Salam, kerajaan perlu didesak supaya menggunakan bahan lain sebagai penghadang atau pembahagi jalan yang lebih selamat berbanding kepingan jalur keluli sedia ada yang berbahaya, gunakan benteng wayar keluli yang lebih selamat.