25 Januari 2010

Kelantan tolak lantik wakil pantau wang ehsan

9 Safar 1431H

Saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan, YAB Datok Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertegas untuk tidak menjadi pengemis dan mengaku kalah dalam hal tuntutan wang royalti Minyak apabila menolak mentah-mentah tetapi tentu dengan fikiran yang semasak-masanya tawaran Pusat untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pemantau wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri.

Sesungguhnya kita banyak pengalaman dalam perlantikan pelbagai jawatan dan pelbagai Jawatankuasa yang akhirnya wakil kita akan jadi pak turut malah macam melukut ditepi gantang. Sebelum ini seingat saya MAPEN atau majlis perundingan ekonomi negara yang melantik wakil selain dari pemerintah yang akhirnya tidak ke mana juga dan kita keluar dari majlis itu.

Kelantan tolak lantik wakil pantau wang ehsan
Mohd Nor Yahya, Salmah Mat Husain, Foto: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 24 Jan: Kerajaan Kelantan menolak tawaran Pusat untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pemantau wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan 45 peserta ekspedisi penyerahan memorandum menyokong tuntutan royalti petroleum oleh PAS Kawasan Batu, Kuala Lumpur, di JKR 10, di sini petang ini.

“Kalau dijemput semata-mata untuk menerima wang ehsan, saya tidak akan pergi dan benarkan, 100 peratus kerajaan Kelantan akan tolak,” ujarnya.

Ianya sebagai mengulas cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, yang mendakwa akan menubuhkan jawatankuasa pembangunan wang ehsan di peringkat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Menurut Nik Aziz lagi, lebih penting dari penubuhan jawatankuasa itu adalah memastikan dahulu bentuk perundingan yang ingin dibuat sama ada rundingan soal royalti atau wang ehsan.

“Kalau nak beri wang ehsan tak payah rundinglah, sebab dia paksa kita.

“Saya tidak akan terima wang harta Kelantan,” ujarnya.

Terdahulu PAS Kawasan Batu, menyerahkan memorandum sokongan terbuka kepada kerajaan Kelantan, dalam menuntut royalti dari Kerajaan Pusat.

Memorandum berkenaan diserahkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin kepada Nik Aziz di JKR 10.

Ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru sekali lagi menjelaskan kerajaan Kelantan menuntut royalti mengikut landasan Islam, di mana Allah memberikan hasil bumi seperti logam, emas, batu, besi dan sebagainya termasuk minyak adalah di bumi Kelantan.

“Sesiapa yang mengambil hak orang lain, dia akan berdosa dunia akhirat, di dunia dia dikutuk dan didoa musnah oleh rakyat Kelantan, di akhirat dia akan dimamah oleh api neraka.

“Mereka sebelum ini mendakwa Kelantan tiada hak, tetapi sekarang ada hak, cuma dengan nama ehsan, kita berdoa pada Allah, sama ada awak (pemimpin Umno) nak kata ada hak atau tak ada hak, petrol ni tak ada di Kuala Lumpur,”ujarnya.

Sambungnya lagi, petrol berkenaan hanya ada di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun kerajaan pusat didakwa mengaku kesemua itu hak mereka dan menafikan hak negeri.

Jelasnya, lebih malang lagi wang ehsan tersebut akan diberi kepada rakyat melalui JPP seolah-olah Kelantan tiada kerajaan.

“Beri wang ehsan tersebut pada Kerajaan Kelantan kerana rakyat dia ada kerajaan, ada bendera sendiri, ada Menteri Besar, ini mengarut kerana mereka terlampau bertuhan kepada duit,”ujarnya lagi.

"Kalau inginkan wang hasil minyak dari Kelantan, minta dari kerajaan negeri yang ada sekarang dan bukannya negeri ini memohon wang ehsan dari Kerajaan Pusat," katanya.Harakahdaily/-

6 ulasan:

Mohd berkata...

Kami fikir langkah TGNA ini kurang bijak.
Lantiklah dulu jatankuasa pembangunan supaya Kerajaan PAS boleh berunding dan beri cadangan bagi mana2 projek yg penting utk rakyat Kelantan.
Tak apalah projek itu akan dikendalikan oleh UMNO Kelantan. Janji dapat pembangunan kpd rakyat Kelantan.
Sambil itu apa salahnya PAS terus usahakan utk mendapat wang royalti.

Tanpa Nama berkata...

lps smbayang ajat, masa dok bdoa,niat dlm ati biar puak umno punah ranah abis, lama dok siksa/tipu rakyat klete

Tanpa Nama berkata...

Satu tindakan bijak. Sudah sering di bohongi UMNO/BN mengapa masih mahu p[ercaya pd mereka. UMNO adalah satu puak yang mengaku islam tp tidak pernah mahu melaksanakan islam. oleh itu menipu dan menindas itu adalah satu kebiasaan. Tak kan TGNA kurang bijak dari mohd kat atas tu.

Tanpa Nama berkata...

kami rakyat kelantan menyokong kepimpinan tgna. jangan tunduk kepada mereka-mereka yang taksub dengan harta dunia. alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.

Tanpa Nama berkata...

Reply to Mohd
Saya rasa anda berpandu pemikiran peribadi bagi isu diatas dan langkah ini lagi lagi kurang bijak dan cerdik keatas anda kerana TGNA berfikiran untuk rakyat kelantan keseluruhannya. Komen anda memang senang sebab anda bukan berada pada tahap kedudukan TGNA yang perlu mengambilkira semua kepentingan rakyat negeri termasuk saya. salam

Tanpa Nama berkata...

Kalau bagi kepada JPP untuk mengurus projek,siang2 lagi kita tahu siapa yang akan dapat kepentingan.Yang kaya raya bukan rakyat
miskin tetapi KPPM,PPM,J/kuasa UMNO Bahagian
termasuk Ketuanya yang jadi pengagih dan tidak
lupa juga Peg2 JPP sendiri kerana mereka tidak
pernah memantau projek dilokasi tetapi berdasar
gambar sahaja.Longkang 2 kaki dalam 2 kaki lebar dan
panjang 50 kaki berharga rm 30,000.Tak sampai
6 bulan runtoh.Ini satu contoh.Banyak lagi projek yg dilaksana olih mereka diatas saperti
membuat jalan ladang "crushed-run",anak2 batu
ditabur tapi rumput tak lindung.Kalau Macc pantau projek JPP,saya rasa ramai mereka2 yang
saya sebut diatas "masuk dalam".Awang Adek sudah rakyat hukum dan tidak mustahil Dato Mustapha yang jelas mengkhianati rakyat negeri
sendiri akan menerima hukuman rakyat Kelantan.