17 Februari 2010

Adik PM Melayu ke empat terkaya di Malaysia

3 Rabiul Awal 1431H.

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Majalah Malaysian Business menamakan Adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak (Gambar) sebagai orang Melayu yang ke empat terkaya di Malaysia melalui senarai 40 orang terkaya di Malaysia.

Orang Melayu terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) yang memiliki harta sebanyak RM6.01 bilion, kedua dan ketiga adalah anak-anak Allahyarham Tan Sri Shamsuddin iaitu pemilik syarikat Sapura Holding.

Mereka adalah Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin.

Baru-baru ini, Malaysian Busines mendedahkan senarai 40 orang terkaya di Malaysia melalui kajiselidik yang dibuat oleh majalah perniagaan itu.

Orang terkaya di Malaysia, menurut majalah itu adalah Raja Gula iaitu Tan Sri Robert Kuok yang dinyatakan memiliki harta sejumlah RM42.76 bilion meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

Berikut adalah 14 dari 40 orang terkaya di Malaysia menurut Malaysian Business.

1) Tan Sri Robert Kuok (Raja Gula) - RM42.76 bilion
2) Ananda Krishnan (Mexis) - RM27 bilion
3) Tan Sri Lee Shin Chen ( IOI) - RM11.92 bilion
4) Tan Sri Lim Kok Thay (Genting) - RM10.38 bilion
5) Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong) - RM7.09 bilion
6) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) - RM6.01 bilion
7) Puan Sri Lee Kim Hua (Genting)
8) Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau)
9) Tan Sri Vincent Tan (Berjaya)
10) Lee Swee Eng (KNM Group)
11) Datuk Shahril Shamsuddin (Sapura)
12) Shahriman Shamsuddin (Sapura)
13) Datuk Seri Nazir Razak (CIMB)
14) Ong Leong Huat (OSK)


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KIta lihat pada nama.. bangsa mereka adalah golongan yang memonopoli kekayaan di malaysia.. tetapi masih timbul isu ketidakadilan layanan buat bangsa mereka.. Siapa yang pentingkan diri??

Tanpa Nama berkata...

tanyalah kerajaan yg memerintah Malaysia sejak 50 tahun merdeka..apa yg mereka buat???

Tanpa Nama berkata...

Empayar Rom, Empayar Parsi, Empayar Firaun dan sebesarnyapun boleh jatuh lenyap di muka bumi ini. Mereka memerintah dunia ratusan malahan ribuan tahun. Kekayaan Menteri Ekonomi Firaun bernama "Qarun" sehingga kini tiada makhluk kuffar di dunia dapat mengatasi kekayaan Qarun. Tetapi sehingga kini, kekayaan pihak Kuffar tidak dapat mengalahkan kekayaan Nasi Sulaiman A.S. yang menguasai bukan sekadar kekayaan tetapi Jin, Haiwan dan Makhluk lain yang bukan manusia.Soal negara, apalah sangat hebatnya negara seperti Malaysia ni yang langsung tidak masuk buku dan setaraf dengan kedudukan empayar besar di dunia. Merdekapun baru mencecah setengah Abad.

Bagi yang mengejar kekayaan, kebenarannya yang kita makan tak lebih 2 pinggan nasi sehari. Itulah rezeki kita, yang lain hanya fatamorgama selain setelah mati kelak menjadi api dan ular berbisa yang membaham pemilik harta tersebut kerana tidak infaq, zakat dan sedekah.

Sama-samalah kita renungi amanat Nabi SAW kerana amat jelas pesan baginda mengenai kedudukan dunia dan malapetaka bahawa "Tahun ini lebih buruk dari tahun lalu dan hari ini lebih buruk dari semalam". Begitulah seterusnya sehingga ke hari kiamat dan itulah kebenaran yang akan kita tempuhi. Ws.

Tanpa Nama berkata...

betul3