02 Mac 2010

Ahli Parlimen Nibong Tebal dan Bekas Setiausaha Agung keluar PKR.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas berkuat kuasa serta-merta.

Beliau keluar parti dengan alasan "kecewa dengan kepimpinan parti itu".

Tan membuat pegumuman tersebut pada sidang akhbar di sini.

Rabu lepas, Tan menghadap Lembaga Disiplin PKR berhubung kenyataannya yang mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dan juga kritikannya yang mempertikaikan kedudukan Dr Syed Husin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR.

Bagaimanapun selepas dua jam menghadap lembaga disiplin, Tan akhirnya bersetuju memohon maaf kepada timbalan presiden parti, namun enggan meminta maaf kepada Lim.

Dalam pilihan raya umum lepas, Tan menewaskan calon Barisan Nasional, Zainal Abidin Osman yang juga penyandang kerusi itu dengan majoriti 3,087 undi.

Dalam perkembangan yang berkaitan bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim juga bertindak keluar parti selepas melepaskan jawatannya itu Januari lalu.

10 ulasan:

fasa berkata...

Biasa la, dah tau dah...lps ni PKR kena cari betul-betul bakal YB yabg bukan fikrah katak

Tanpa Nama berkata...

Sebagai penduduk & pengundi di Nibong Tebal, saya sangat kecewa dgn tindakan Tee Beng. Kalau kamu benar2 kecewa dgn PKR sila letak jawatan MP. Kamu menang atas nama PKR, bukan bebas. Kenapa pula mengharap kerajaan membantu Parlimen Nibong Tebal supaya tidak ketinggalan dari pembangunan? ketika rakyat memilih PKR rakyat tidak kelapaq kepada modal pembangunan sempit. Kalau utk menjadi wakil bebas, kami tidak perlukan kamu yang mai dari pulau utk bertanding di sini..kami di sini pun ada calon yg berwibawa yg lebih sopan dari kamu..tolong letak jawatan kalau kamu pentingkan rakyat!!

Tanpa Nama berkata...

perasuah keluar lagi bagus

Tanpa Nama berkata...

bersama buat rasuah dalam UMNO

Tanpa Nama berkata...

yang jahat nak keluar patut disuruh jangan larang

Tanpa Nama berkata...

yang rasuah masuk UMNO, UG nak sokong UMNO lagi?

Tanpa Nama berkata...

biar yang betul berkhidmat kerana allah tinggal lagi baik

Tanpa Nama berkata...

patut pilih calon pakatan yang bersih saja PRU13

Tanpa Nama berkata...

ada nama dan ada rekod buruk, jangan pilih calon pakatan PRU13

Hijau_permai berkata...

salam yb,

saya sbg seorang yg cintakan keadilan dan kebenaran ingin menyarankan satu idea demi kejayaan Pakatan Rakyat....sudah tiba masanya kita memerlukan satu jawatankuasa di peringkat PR untuk mentarbiyah dan mendidik para pendukung PR (DAP,PAS dan Keadilan) agar sentiasa wala pada pimpinan dan setia pada Pakatan kita walau apa yg berlaku setiap masa dan berterusan..jagalah amanah rakyat yang dahagakan Malaysia yang sebenarnya yang lari dari rasuah, gila jawatan dan gila kezaliman..jgn khianat amanah rakyat, kelak kamu akan dipersoalkan di akhirat kelak ..kita patut mula dari sekarang untuk mendidik para pendukung kita agar benar2 tidak mengkhianati amanah rakyat dan amanah PR demi kepentingan peribadi semata2.

Perjuangan kita memang tidak pernah senang, tapi kita perlu sentiasa berusaha untuk membetulkan keadaan selagi termampu agar kita benar2 dalam perjuangan rakyat dan keadilan tanpa memikirkan keuntungan, jawatan dan pengaruh semata-mata.

Akhir kata, harap dato seri anwar dan pimpinan PR dpt menerima saranan saya yang lemah ini kerana PR sahajalah harapan kita untuk melihat Malaysia yang tercinta ini kembali dinaungi oleh bendera keadilan dan kebaikan untuk semua ahlinya. Masih sempat untuk kita merencanakan tindakan kita kerana jika kita sungguh2 usaha dan berikhtiar, dengan berterusan dibuat solat hajat+doa padaNYA, nescaya PR akan benar2 dapat menghancurkan kejahatan UMNO dan BN tersebut.

Reformasi!!!!Allahuakbar!!!!