02 Mac 2010

[Fikrah Islamiah] SEMASA PENCEN Cukupkah KWSP anda sepanjang tempoh hayat

15 Rabiulawal 1431H
Ahmad Baei Jaafar

Jika anda pegawai kerajaan, tentu hidup anda agak terjamin semasa pencen kerana sekurang-kurangnya separuh daripada gaji anda sekarang akan diperoleh setiap bulan sehingga meninggal dunia. Wang pencen itu bolehlah digunakan untuk kehidupan kedua-dua suami isteri dengan selesa kerana mereka tidak perlukan lagi perbelanjaan besar.

Kalau anda pekerja di sektor swasta kehidupan anda selepas pencen agak mewah kerana wang KWSP boleh dikeluarkan semuanya untuk membiayai kehidupan mereka. Tetapi jika mereka tidak pandai mengurus, tiga bulan kemudian semuanya akan habis. Selepas itu mereka akan kembali miskin.

Walau bagaimanapun dalam situasi itu bolehkah kita memberi jaminan bahawa anak kita beroleh pelajaran tanpa menanggung hutang, kita sihat tanpa perlu mendapat rawatan di hospital, dan segala hutang anda sudah diselesaikan sebelum pencen. Kalau begitulah keadaanya, anda adalah beruntung.

Sebaliknya jika anda tiada jaminan semua itu atau salah satu daripadanya, anda seharusnya belajar untuk serius memikirkan hari-hari anda semasa tua; apakah pendapatan anda selepas pencen; apakah perlindungan untuk keluarga; apakah persediaan untuk rawatan kesihatan. Namun janganlah “bila hendak terberak baru hendak menggali lubang.”

Situasi sekarang

UMUR: 20 - 55 Masa Berkerja - Anda ada 35 tahun Untuk Berkerja.

UMUR: 55 - 75 Masa Tidak Berkerja - Selebihnya 20 tahun lagi untuk meneruskan kehidupan HARI TUA (ini juga memerlukan PERBELANJAAN). Sekiranya dalam sebulan anda memerlukan:

Sebulan
RM 1,000.00
RM 500.00

Setahun
RM12,000
RM 6,000.00

20 tahun
RM 240,000.00
RM 120,000.00

Antara dua keadaan itu mana yang anda boleh miliki sewaktu pencen untuk sampai ke 20 tahun. Jika anda mampu, bagaimana pula dengan keadaan yang tidak dijangka seperti kemalangan dan rawatan di hospital? Ya jika anda gagal untuk menyimpan semasa 35 tahun bekerja, tentu anda tidak mampu menyimpan selepas bersara. Jadi, dalam keadaan apapun anda perlu ada disiplin untuk menyimpan pada usia anda masih bekerja.

Persoalannya, bolehkah anda menyimpan secara tetap/terus sekiranya tiada paksaan? Lazimnya kita tidak mampu. Mereka yang ada kesedaran di atas dan tidak mampu sesungguhnya anda masih boleh dibantu. Sila hubungi saya untuk dapatkan khidmat perundiang kewangan anda.

8 ulasan:

Unknown berkata...

Sehingga kini tiada kedengaran seorang pun warga tua yang mati kelaparan.

Berbagai bantuan telah disediakan oleh kerajaan khas untuk warga tua, paling2 malang warga tua ini akan dihantar kerumah kebajikan atau rumah warga tua yang telah disediakan oleh kerajaan.

Kita tidak perlu bimbang selagi kerajaan BN memerintah rakyat akan tetap terbela. Kerajaan BN tidak pernah abaikan rakyat nya.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Idham,

Saya sangat setuju dengan cadangan tuan itu. Memang bermanfaat kalau para pesara belajar cara-cara untuk kendali kewangan.

Saya lihat trend pesara sekarang sudah berubah. Dahulu, mereka duduk di rumah menghabiskan "sisa-sisa hidup" tetapi sekarang mereka sudah bijak mengatur langkah dengan pelbagai aktiviti dan kerja-kerja yang berfaedah.

Salah satu aktiviti yang digemari oleh pesara sekarang ialah melancung, dan ini memerlukan banyak duit. Oleh itu, saranan untuk mendapatkan khidmat perunding kewangan adalah tepat sekali.

Tahniah tuan, sila teruskan usaha supaya semua rakyat,khususnya para pesara boleh terus berdikari.

Terima kasih.

yohani99

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...

berdasarkan komen dari cikgu pencen... memang ada segelintir warga tua malang yang tidak mendapat perhatian dari keluarga sendiri. Justeru itu sikap mentaliti suka mengabaikan kebajikan orang tua hendaklah dibendung. Ini tidak berkenann dengan siapa yang memerintah...samada BN atau PAKATAN RAKYAT,sikap masyarakat itu yang paling penting diubah..

Tanpa Nama berkata...

Menjawab Cikgu Pencen...
Memang setakat ni tak ada lagi warga tua mati kelaparan, BN berkuasa ka... Pakatan Rakyat berkuasa ka .... Allah yang menentukan hidup mati dan rezeki kita... orang yang fanatik macam awak mendakwa : rakyat hanya terbela di bawah BN adalah fahaman lama yang hanya sesuai untuk orang pencen sahaja, cikgu baru baru macam saya dak percaya lagi dah kat menatang dacing tu....
awak bawaklah dacing tu pergi masuk kubur supaya dia turut membela awak di alam barzakh...

Tanpa Nama berkata...

Haa haa cikgu pencen ingat BN sahaj yang boleh buat.. siapa saja yang pegang kerajaan boleh buat lebih baik dari BN.. Bahkan rezeki itu dari Allah SWT.. cuma masa BN rakyat makin susah duit dihabiskan dalam RASUAH.. sepatutnya kita rakyat Malaysia lebih kaya dari rakyat Singapura dan Brunei.. - imam

Tanpa Nama berkata...

Allah x pnh aniaya hambanya..mmg perancangan kewangan penting utk kita..blh dpt bantuan kerajaan kalu ssh, mmg diakui tp krn subsidi dan bantuan yg mudah tu la negara kita mundur ke belakang..xde 1 mekanisme yg baik utk tingkatkan ekonomi rakyat..
1 je yg pnh dgr, MPSP Pulau Pinang sediakan skim perumahan rakyat dgn kontrak utk duduk 5 thn, sebln bayo rm100.00 termasuk bil air dan elektrik.jadi bayar 100 utk kemudahan asas, dlm tempoh ni k'jaan bantu utk tingkatkan kemampuan ekonomi rakyat di PP

Tanpa Nama berkata...

Heheh Cikgu pencen sedapla cakap kerana ada pencen separuh daripada gaji belum pencen ... apa yang Cina Islam itu bimbang ialah bagaimana dengan bekas pekerja swasta yang telah pencen tetapi tidak ada pencen.

cikgu shaari belum pencen tp tgh main bola... berkata...

suatu cdgan yg baik dr drs khalil, just nk share, seorg pekerja swasta berpangkat rendah biasanya akan mencapai rm100k dlm kwspnya ketika pencen, dan rm100k ini biasanya hanya dihabiskan dlm masa kira2 3 bln shj...bgaimana selepas itu? sekiranya dia perlukan 1000 sbln untuk berbelanja ketika pencen dia perlu ada 240k...kerana 240k tersebut sekiranya disimpan d tempat yg memberi pulangan 5% setahun akan melyakkannya mendapat 12k pulangan keuntungan dr pelaburan 240k tadi untuk setahun...jd 12k tersebut jika dibahagikan kpd 12 bulan akan menjadi 1000 sbln untuk perbelanjaan sara hidup ketika pencen nanti...jadi dia perlu ada satu perancangan simpanan yg akan membuatkannya mencapai 140k ketika pencen utk dicampurkan dgn wang kwspnya yg berjumlah 100k tersebut..jadi carnya bagaimana? jawapannya anda perlu merancang 1 pelan simpanan untuk mencapainya......simpanlah kat mana pun takaful ka, insurans ka,amanah saham ka,bank ka,fd ka...asalkan anda yakin dan disiplin..anda pasti boleh...kalu anda gagal untuk merancang anda pn tahu akibatnya kan?