11 Februari 2010

Mahkamah seperti akui rampasan kuasa di Perak – Nik Aziz

26 Safar 1431H
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 9 Feb: “Itu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Oleh itu, beliau meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes sekurang-kurangnya dengan cara benci.


“Allah Taala menterjemahkan rasa benci-Nya terhadap manusia yang kufur serta fasik dan derhaka.

“Apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya dan pihak yang menang itu pula melompat keluar dari kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, selepas tiga Adun Pakatan Rakyat mengisytihar sebagai wakil rakyat Bebas tahun lepas.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat memprotes keputusan mahkamah kerana seolah-olah mengesahkan mereka yang melompat parti.

Katanya, perlu diperjelaskan perbuatan melompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara sah mengikut demokrasi adalah salah.

“Sekiranya keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah baru-baru ini diprotes pihak tertentu, tidak ada salah juga protes yang sama juga perlu dibuat berhubung kes mahkamah hari ini,” ujarnya.

Katanya, walaupun tidak menentang dengan demontrasi, namun ia boleh dilakukan dengan cara menanam rasa benci di hati rakyat berhubung perkara itu.

Kata beliau, melompat parti disifat sebagai pecah amanah rakyat yang mengundi mereka.

Tambahnya, pecah amanah sedemikian akan berulang pada masa akan datang disebabkan mereka semakin galak melakukan kerja jahat.

“Tidak mustahil huru hara akan berlaku di negara ini sekiranya tindakan galak tersebut dibiarkan berterusan,” ujarnya.

Harakahdaily.net/-

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mahkamah UMNO/BN najib mana boleh percaya, penuh penipuan macam isu altantuya

Tanpa Nama berkata...

bagaimana nak adil kalau diperintah orang yang zalim

Tanpa Nama berkata...

tumbangkan UMNO kalau nak malaysia diperintah secara adil

Tanpa Nama berkata...

rakyat boleh berfikir adakah hakim berani nak buat keputusan yang tak memihak najib?

Tanpa Nama berkata...

mahazalim era mahathir sudah kembali digantikan najib, rakyat kena tolak UMNO

Tanpa Nama berkata...

JIKA DIKEHENDAKI ALLAH ADA 3 MAKHLUK LOMPAT ATAU BN MATI ATAU TAK DAPAT TERUS JADI WAKIL. PILIHANRAYA AKAN BERLAKU. SAMA2 KITA BERDOA AGAR PERKARA INI TERJADI. PILIHAN RAKYAT ADALAH LEBIH TEPAT DARI PILIHAN HAKIM. SEMOGA ALLAH BERKATI......

Tanpa Nama berkata...

Saya sendiri tlh lama membenci UMNO. Bukan kerana namanya tetapi dasar dan perjuangannya.Walaupun keputusan telah semua sedia maklum, tetapi apa yang pasti keberkatannya pasti tiada. Akhirnya , rakyat yang akan menjadi mangsa.Tetapi, saya merasa sedih, sebahagian bangsa Melayu masih tidak sedar. Mereka hanya mementingkan perut mereka hari ini tanpa memikirkan nasib generasi mereka akan datang.Pasti mereka akan menyesal.Paling malang, golongan yang arif agama memetingkan pangkat(Menteri,Mufti dsb) dan wang ringgit. Mereka ini tidak sedar , mereka menyokong kemungkaran, fitnah dan kezaliman yang berleluasa semata-mata tanpa memikirkan azab Allah yang akan mereka terima.

Tanpa Nama berkata...

Lepas ini, selepas mendapat restu dari Mahkamah Rayuan, akan bermaharajalelalah ejen BN/UMNO memancing ADUN PR.

Dan akan berlakulah seperti yang telah berlaku di Perak tanpa undi tak percaya di mesyuarat ADUN.

Rupa-rupanya terbukti 1Malaysia bermakna Undi Rakyat Di belakangkan, Kata Pemimpin Di dahulukan.

syawal berkata...

dah lama dahh.....

AKU BENCI UMNO

Tanpa Nama berkata...

Keputusan mahkamah ini, akan menjadi rujukkan di masa hadapan. Tidak mustahil UMNO/BN akan kehilangan kuasa kerajaan dengan cara yang sama. InsyaAllah.

Kita telah sedia maklum bahawa Yang Dipertua Dewan selalunya akan memihak pihak kerajaan. Dan sesuatu usul tidak percaya kepada Perdana Menteri mahupun Menteri Besar sukar dilakukan akibat dari kerenah Yang Dipertua Dewan. Namun dengan keadaan sekarang, jika undang-undang tubuh negeri hampir menyamai undang-undang tubuh negeri Perak, usul tidak percaya di dewan secara tidak langsung tidak lagi diperlukan, melain perlu dibuktikan kepada YDP Agong atau Sultan bahawa MB tidak lagi menerima sokongan majoriti, hanya melalui perkenan istana maka secara tidak langsung sebuah kerajaan boleh diguling. Maka berhati-hatilah UMNO/BN kerana antara sedar atau tidak kamu semua telah membuka ruang yang lebih luas dan mudah untuk kamu ditumbangkan. Malahan kamu sendiri mungkin akan bercakaran antara satu sama lain.

Tanpa Nama berkata...

yakinlah semua yg terjadi ada hikmahnya,jgn putus asa,tingkat kerja perjuangan dan ingat kembali matlamat perjuangan.bukan semata2 untuk mendapatkan kemenangan tetapi yang lebih utama berdakwah untuk membetulkan semula pemikiran dan akidah umat islam.sekiranya rakyat celik ilmu agama nescaya mereka secara total akan menolak pejuangan assobiyah umno

mudz berkata...

Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawaran atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Tanpa Nama berkata...

Hakim kata, saya yang menurut perintah.

Tanpa Nama berkata...

zambri cetak lealet ahad lepas mengaku dia MB Rakyat... inilah manusia tak tau malu, tak sedar diri, buta mata hati, dah rampas hak rakyat mengaku MB Rakyat.