11 Februari 2010

Nizar : PR terima keputusan, akan jadi pembangkang yang kuat di Perak

Berikut adalah kandungan penuh sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Pakatan Rakyat Ipoh malam tadi. Sidang tersebut dihadiri oleh pimpinan tertinggi PR negeri dan hampir semua ADUN pakatan Rakyat Perak.

DS.Nizar mengesahkan bahawa mahkamah telah menolak rayuannya dengan menjawab 3 soalan walaupun kami masih belum menerima sepenuhnya keputusan itu.

Keputusan pada persoalan, kita menerima keputusan itu walaupun sedih dan tidak menurut beberapa president, keputusan tadi membuka kepada banyak persoalan. Kita rasa satu keputusan tidak konsisten dan ada percangahan antara beberapa hujah.

Negara ini mengamalkan sisitem pengasingan kuasa.apa yang berlaku hari ini akan membawa kepada terdedah kepada berbagai resiko , dia boleh dibuat diluar dewan negeri yang memberi resiko kepada kerajaan kita.

Kami merakamkan perasaan khuatir dan bimbang apabila beberapa president dalam perlembagaan tidak diikuti dan kalau BN mendahulukan rakyat dia mesti serahkan semula kepada rakyat

Keduanya kita bincang mengenai kedudukan ADUN Pakatan Rakyat, kami akan menjadi satu suatu kuasa sabagai pembangkang yang kuat dan berkesan, sikap terbukaan kami kepada polisi negeri, yang baik kami hulurkan tangan dengan syatat, misalnya premis kerajaan yang dilarang tidak dibenarkan kami guna, jadi bersyarat.

Kita juga mahu prinsip yang kita amalkan semasa memeritah haruslah dijadikan teras pentadbiran negeri seperti adil, amanah, telus, wibawa dan kebajikan.Kita hendak pelakasanaan ini untuk kepenting kaum tanpa apa-apa agenda.

Ketiganya supaya benarkan jawatankuasa tertentu seperti Jawatankuasa Tindakan Daerah, kalau sekiranya zambry memetingkan rakyat sila berikan peruntukan untuk membantu rakyat, kerana kita tidak ada peruntukan dan memerlukan dana untuk bantu rakyat.

Akhirnya diputuskan kami akan meneruskan kerja kami sebagai ADUN dan menentukan pengundi akan diberikan khidmat kepada mereka.

Keputusan mahkamah seolah memberi gambaran akan hak rakyat perak dibenarkan atas kesan dari kerajaan yang berteraskan "3 katak". kami dengan BN sama kekuatan, jadi kekuatan bergantung kepada "katak", sehingga tuntutan yang bukan-bukan dari "katak" diberikan keutamaan walau pun tidak ada peruntukan.

Oleh kerana itu untuk menguatkan kerajaan mestilah beri laluan untuk ketiga-tiga tempat mengundi semula.

Kalaulah apa yang berlaku untuk Perak sedemikian rupa,apakah yang memungkin keputusan kepada anwar tidak diganggu oleh tangan-tangan ghaib.

Selain itu Dato Ngeh Khoo Ham mempersoalkan keihkalasan huluran tangan Zambry, misalnya semasa kita memerintah kita benarkan ADUN BN menganggotai jawatankuasa Tindakan Daerah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ,Dr. Kairuddin menegaskan bahawa UMNO bina kerajaan dengan orang yang dulu dituduh rasuah, seperti yang dia sarankan dulu supaya mereka letak jawatan. jadi kalau BN ada maruah maka bubarkan 3 dun tersebut, selain itu menjimatkan belanaja.

Speaker V.Sivakumar mengatakan kes terhadap SPR mengenai "3 katak", masih dalam tanggungan dan tidak ada apa-apa perkembangan, minta perbicaraan dipercepatkan supaya ada kepastian dan keadilan.

7 ulasan:

ninja97 berkata...

ya Allah sesungguhnya engkau maha melihat lagi maha mengetahui,
kami menuntut janjimu di dalam surah ghaafir ayat enam puluh..

engkau laknatilah mereka yang mengkhianati tugas mereka..sesungguhnya kami ini adalah orang yang terinaiya..makbulkanlah doa kami ya Allah..amin..

Tanpa Nama berkata...

BN Perak x berani suruh adun `katak' letak jawatan.

Putra IJ80 berkata...

ya Allah sesungguhnya engkau maha melihat lagi maha mengetahui,
kami menuntut janjimu di dalam surah ghaafir ayat enam puluh..

engkau laknatilah mereka yang mengkhianati tugas mereka..sesungguhnya kami ini adalah orang yang terinaiya..makbulkanlah doa kami ya Allah..amin....

Ini saja lah yg.tinggal pada kita.

castello berkata...

walau keputusan ini diterima dengan redha,tak bermakna pr kalah dimata rakyat,kerana dengan itulah sahaja talian hayat yang ada untuk memberi nafas kepada bn,tetapi samada sedar atau tak sedar ,rakyatlah yang sedang menghakimi perlakuan mereka itu yang rakus sehingga terjadi rampasan kuasa diperak yang membawa kepada berbagai masaalah, Sesungguhnya ALLAH tidak pernah menjadikan perkara sia sia, Insyaallah sekarang ni dah memperlihatkan wajah sebenar bn untuk rakyat nilaikan,kehidupan rakyat makin terhimpit di beban kos semakin tinggi,pelbagai janji retorik dihabukan sebagai hiburan untuk rakyat,sehingga lupa kejap perut yang lapar,pelbagai laungan formula untuk rakyat sebagai hidangan,dan rakyat lupa kejap..beban hidup,Kembali lah kepada fitrah diri,jangan dizalimi rakyat yang dah mula membuka mata,melihat segala perlakuan rakus pemimpin yang beorientasikan nafsu semata mata,Jangan jadikan institusi undang undang sebagai alat untuk jalan mudah mencapai agenda politik,kemudian mendabik dada seraya berkata "kebenaran berpihak kepada kami.Dalam episod malang ni,bukalah mata hati kita,untuk menilai apa yang berlaku,WALLAHUALAM

Unknown berkata...

Negara kita dah pun dimonopili oleh umno dari semua sudut.Bukan salah pemimpin umno tapi rakyat yang "BUTA KAYU' memilih mereka menerajui negara.Hikmah dari situ bangkitlah semua. Janganlah kita dikuda/ditenginkan oleh pimpinan umno.

puatkuale berkata...

Bersiap sedialah.. kerajaan haram zamri xakan menerima fungsi/kerjasama pembangkang dalam DUN.PR gerakkanlah jentera mulai sekarang untuk menambah pengundi dlm PRU akan datang. lonjakkan melebihi 52 % yang masih bersama..

Tanpa Nama berkata...

penyokong pakatan, kita start strategi kalahkan umno dan kuncunya. Mereka dah pijak maruah rakyat perak. tunggu apa lagi. mai pukul palu gendang. Kita bangkit la la juga, tanamkan kebencian rakyat terhadap BN yang tak tau malu, tak tau hormat rakyat. YB pakatan jangan timbul perbalahan di media, kami tak nak YB macam tu, musuh depan kita tengah cari peluang nak peranap kita, Hang pa YB pakatan asyik timbulkan isu kontrovesi. Pening kepala presiden dan mursyidul am dan penasihat parti. Rakyat dah hulur kepercayaan akan sokongan parti...susun strategi la....