09 Februari 2010

STATUS MB PERAK SAH DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN ESOK

24 Safar 1431H.
http://kamparinn.blogspot.com

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak. Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.

Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.

Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.

Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya. Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!

Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.

Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)!

Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!

8 ulasan:

dino berkata...

Allahuakbar. Moga-moga kehakiman dibuat bersadarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan bukan andaian hakim semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah memberi kemenangan kepada PR..sama-sama kita berdoa untuk kemenangan ini..jauh di sudut hati, terasa amat risau tentang keputusan esok.takut sekiranya perkara sebaliknya berlaku.moga-moga Allah memberi kemenangan atas usaha-usaha yang dibuat.demi melihat kebenaran dan keadilan tertegak di bumi perak.ALLAHUAKBAR!!

Tanpa Nama berkata...

Tersebut Kisah Sebuah Negara Kartun.....
Dah lama merdeka..
Dah Maju pun...
Negara Demokrasi Berparlimen Berbilang Agama & Kaum..
Lantik Pembesar @ Menteri Mengikut Undi Rakyat..
Semua Pun Tahu Kuasa Rakyat..
Dari Rakyat untuk Rakyat...
Tidak Kira apa keputusan Mahkamah..
Pembesar X @ Pembesar Y...
Keputusan Betul & Salah...
Tetap Menjadi Kartun...
Kartunnyer...
Negara tu Demokrasi Bermahkamah...
Mahkamah Yang tentukan Pembesarnyer...
Bukan lah Rakyat...
Kartun...kartun

Tanpa Nama berkata...

SALAM,

BILA TERBACA TENTANG 2 MENTERI BESAR PERAK YG MANA SATUKAH YG BETOL DAN YG MANA YG PALSU DAN ADANYA SOLAT HAJAT KEDUA2 BELAH PIHAK MAKA TERINGAT PULAK CERITA TENTANG SIRAH NABI DIMANA BUKAN RASULULLAH SAW SAHAJA YG BERDOA DI DEPAN KAABAH, SELAIN ITU ABU JAHAL PON BERDOA DI DEPAN KAABAH...ABU JAHAL BERDOA DENGAN YAKINNYA BAHAWA DIA DARI GOLONGAN YG BENAR...

KESUDAHANNYA ALLAH SWT SENDIRI MENUNJUKKAN SIAPA YG BENAR DAN SIAPA YG BATIL...

PASTILAH YG BENARNYA IALAH RASULULLAH SAW NABI YG KITA CINTAI RAHMAT BAGI SEKALIAN ALAM...

DAN DI PERAK, SETELAH KEDUA2 PIHAK BERDOA DAN BERSOLAT HAJAT DAN BERMUNAJAT...TUNGGULAH... KEPUTUSANNYA ALLAH YANG TENTUKAN..

Tanpa Nama berkata...

ana yakin ds nizar mampu bertahan 2 aje, lepas tu terpaksa berhadapan dengan undi tidak percaya.maka tamatlah riwayat pr di perak wasssalammmm...

pejuang muda berkata...

SEMOGA DATO SRI menang esok..sudah tidak tertahan kecewa dan sakitnya hati ini setahun diperintah kerajaan haram n tidak diredhai rakyat

Tanpa Nama berkata...

YG PASTI MAHKAMAH ALLAH TAALA LEBIH ADIL

Tanpa Nama berkata...

kalau 1 pnl hakim pagi bica ptg dah tau keputusan pelik2..

5 pnl hakim 2bulan baru dpt keputusan pelik jugak..

ada kira2 kut?

jangan2 ALLAH nampak ape kita buat..
hujung2 kita akan mati jugak...