02 Mac 2010

Syukur mereka keluar - Syed Husin

15 Rabiul Awwal 1431H.
Harakahadaily

KUALA LUMPUR, 1 Mac: "Selepas Fairus Kamarudin, dua lagi tokoh kontroversi PKR dijangka akan keluar parti dan menyokong Umno," kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dalam satu kenyataan medianya pagi ini.

Ekoran itu, katanya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengucap syukur ke hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti.

Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti, kata Syed Husin dalam kenyataannya.

Bagi beliau, Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan.

"Apabila berhenti, beliau menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian," kata Syed Husin.

Menurutnya, atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati, PKR memberikannya “kerja” dengan bayaran bulanan sebanyak RM4000.

"Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu," katanya.

Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya.

"Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar," kata Syed Husin.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Walhasil balik asal. Jika wang ringgit menjadi matlamat perjuangan, UMNO/BN adalah tempat terbaik untuk melaksanakan. Semoga berjaya!

Tanpa Nama berkata...

mmg org mcm fairuz tu patut meninggalkan PKR...kalo dia ada pon menjadi masaalah yg besar kpd parti

Tanpa Nama berkata...

yg keluar biarkan,yg pergi silakan,yg tinggal teruskan perjuangan,kuatkan semangat,tetapkan iman, ikhlaskan hati,bersihkan peribadi,insyaallah .... kemenangan allah beri

Tanpa Nama berkata...

yang jahat patut dikeluarkan dari pakatan rakyat

Tanpa Nama berkata...

pakatan rakyat hanya perlukan orang baik-baik dan bersemangat untuk rakyat

Tanpa Nama berkata...

perlu tokoh yang ikhlas saja dalam perjuangan, yang ada agenda keluar sendiri lagi bagus

Tanpa Nama berkata...

yang rekod buruk masuk UMNO lagi bagus

Tanpa Nama berkata...

bersihkan kepimpinan pakatan dengan sebersihnya untuk persediaan PRU13

Tanpa Nama berkata...

pakatan rakyat jangan silap pilih calon dan pemimpin lagi untuk PRU13

Tanpa Nama berkata...

kumpulan UG juga tak diperlukan dalam pakatan rakyat

Tanpa Nama berkata...

bg aku dia tnggalkn PKR ok lg cz mltakkn jwtan adun..yg aku xpuas at kt ahli MP n adun lmpat parti tnpa mltakkn jwtannya sbgai adun n MP..memg sorg yg pngecut cz xnk ltak jwtan..bodoh pnya org!!!

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT berkata...

ape nak buat...kadang2 perjuangan memang gitu lee

Mat Gila Kuasa berkata...

baguslah fairus keluar...siapa nak dukung biawak hidup...Masuklah UMNO itu pilihan yang paling tepat bagi pejuang kebendaan...