08 Februari 2010

XPDC Setahun Kudeta Perak : Pekan Jelapang

JELAPANG 6 FEB Ketibaan rombongan kami di pekan Jelapang pada jam 8.35 pagi disambut meriah oleh jawatankuasa sambutan pimpinan DAP tempatan.Rombongan terdiri dari 22 orang itu diketui oleh YAB. Menteri Besar Rakyat Perak,DS. Muhammad Nizar Jamaludin dan Isteri. Ikut sama ialah YB. Drs. Khalil Idham Lim, YB. Tai Sing Eng, YB. Hussain Din, YB. Ramli Tusin, YB. Ab. Yunus jamhari, YB. Mohd. Zainuddin dan YB. Chan Ming Kai.

Selain Itu ikut Serta Timbalan PesuruhJaya PAS Perak, Dr. Khairuddin, Wakil-wakil dari Sekretariat Wanita PR Perak dan para blogger.

Penduduk pekan Jelapang yang sedang menikmati cuti hari Sabtu mereka bagaikan tidak percaya apabila tiba-tiba disapa oleh Dato Seri Nizar yang datang bertandang menjenguk sebentar kehidupan harian mereka disana.

Ada juga yang bagaikan tidak percaya apabila dikunjungi oleh seorang Menteri Besar dan ramai juga yang begitu teruja untuk menyambut beliau.

Rakaman gambar-gambar yang saya paparkan disini menceritakan segala-galanya.

Disambut pimpinan DAP tempatan

Menyapa wartu emas sedang menikmati sarapan direstoran

Bersalaman dengan orang ramai direstoran

Seronok mendapat peluang bertemu mata dengan Menteri Besar Perak

Memberi penghormatan kepada kunjungan MB Nizar

Seronok mendengar MB Nizar berjenaka didalam bahasa
Kantonis

Kesemuanya bersalaman dengan MB Nizar

Berkunjung ke pasar Jelapang

Ayam juga tidak ketinggalan

Nak bersalam ke nak bergaduh ni yob? Sempat bergurau
bersama penjual ikan

Peniaga ikan meluahkan masalahnya kepada MB Nizar

Bayi comel yang mencuri perhatian MB Nizar dan isteri

Gembira bertemu dengan Menteri Besar

Penghormatan kepada kaum India

Daya tarikan utama dipasar Jelapang pagi ini

Mencuba mesin memerah santan

Permintaan bergambar tidak pernah ditolak

Belah nyior pun boleh, yob. Orang kampung le katakan...

Seronok bersalaman dengan MB Nizar pagi ini

Tegak bulu roma dapat bertemu dengan MB Nizar

Tegak lagi bulu Zambry melihat gambar-gambar disini

Seronoknya pakcik ini bertemu dengan MB

Sokongan kaum India yang berterusan

Genggaman salam yang erat sambil memberikan kata-kata
semangat dan sokongan

Peniaga buah-buahan juga meminati MB Nizar

Pemilik restoran ini seronok dikunjungi oleh MB Nizar dan isteri

Apa yang dibualkan, anda fikirlah sendiri. Polis juga menjalankan
tugasan mereka seperti yang diarahkan. Harap-harap
abang polis ini tidak ditukarkan ke Grik kerana bersalaman
dengan MB Nizar

Siapa juga pasti disapa oleh MB Nizar

Jalanraya bagai terhenti untuk melihat MB Nizar dan
rombongan xpdc

Antara puluhan SB yang mengekori sambil merakam
setiap pergerakan MB Nizar dengan kamera dan video.
Mungkin gambar-gambar dan video xpdc daripada 'bloggers'
polis ini lebih banyak daripada bloggers seperti kami

Selamat tinggal

10 ulasan:

Sendiri Mau Ingat berkata...

Inilah Suasana yang memFOBIAkan Zamby The Jason King..

Sham Kamikaze berkata...

Salam YB..Sekadar renungan. DS Nizar dan rombongan sepatutnya pkai baju warna merah. Apabila melawat ke tempat orang Cina. Ye la, walaupun warna hitam lambangkan kematian demokrasi..tetapi bagi bangsa Cina yang lama..mereka anggap hitam sebagai tanda kematian..dan warna yang tidak menyenangkan..

Kan ke ada dulu iklan..masa dekat dengan raya tahun baru cina,,semuanya iklan itu memaparkan warna hitam ditukar dengan warna merah..last2 skali, rupanya menantu dia orang negro..

Sekadar pandangan sahaja..politic kan is about perceptions..ok YB..Smoga 9 hb ni berikan kemenangan kepada rakyat...Hidup Rakyat..Bubar DUN Perak

Tanpa Nama berkata...

tumbangkan UMNO PRU13, biar tinggal sejarah

Tanpa Nama berkata...

kerja lebih kuat lagi, semoga terus berjaya

Tanpa Nama berkata...

teruskan perjuangan menentang UMNO yang menjadi musuh rakyat

Tanpa Nama berkata...

pakatan rakyat adalah teman dan tempat mengadu rakyat, tahniah PAS perak

PUTRA SEJAGAT berkata...

TAHNIAH KEPADA MB NIZAR KERANA SENTIASA MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT!! DI DOAKAN SEMOGA KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA PR WALAU DIASAK DENGAN PENYELEWENGAN SISTEM KEHAKIMAN TERUTAMA KES DUN PERAK DAN LIWAT 2 DSAI. 1 MALAYSIA DITIPU OLEH UMNGOK BN.RAKYAT TIDAK AKAN BIARKAN BN SENANG LENANG MENYELEWENG KUASA!! RAKYAT AKAN TUMBANGKAN BN DALAM SETIAP PILIHANRAYA AKAN DATANG TERUTAMA PRU AKAN DATANG!! YA ALLAH..SEMOGA KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT JUGA ADALAH SATU WASILAH BAGI ISLAM UNTUK DIFAHAMI DAN DILAKSANAKAN SEBAIKNYA DI MALAYSIA.. AMIN YA RABB....

Tanpa Nama berkata...

harapan raayat ingin NIZAR menjadi MB pada masa akan datang.

Tanpa Nama berkata...

klau anwar di penjarakan,saya cadang nizar dijadikan penggantinya.hidup pktan rakyat!

Unknown berkata...

yb saya harap yb tingkatkan usaha...BN sedang menganas melalui media massa...serangan mereka kita kena tepis...