07 Mac 2010

KATAK MELOMPAT LAGI ......

20 Rabiul Awwal 1431H.
OLEH: JJ Anak Desa (joharapat.blogspot.com)

Katak melompat lagi di Perak, kali ini katak melompat di Bagan serai. setelah mengisytiharkan keluar dari PKR, bermacam alasan diberikan oleh Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzil Samsuri.

Beliau menjadi Ahli Parlimen ketiga PKR yang berbuat demikian setelah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dari Bayan Baru dan Tan Tee Beng dari Nibong Tebal.

Mohsin berkata, punca utama beliau bertindak keluar didorong oleh pendirian parti mengenai kalimah Allah yang dilihat bercanggah dengan prinsipnya.
Kepercayaan dan keyakinan yang beliau letakkan pada perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat khususnya dalam mengembalikan kedudukan khusus Islam telah terhakis dengan perkembangan terbaru berkaitan Islam.:

"Atas nama Allah, saya ingin mengumumkan mahu keluar dari PKR,? katanya dalam sidang media bersama bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim semalam.

Beliau juga menyatakan tidak berupaya untuk melaksanakan tanggungjawab dengan baik berikutan masalah dalaman dan sabotaj dalam parti.

Itulah alasan yang diberikannya. Mohsin boleh beri berbagai alasan untuk mengiyakan tindakannya. Ternyata beliau kini pengkhianat kepada parti dan pengkhianat kepada pengundi di kawasannya khususnya masyarakat Banjar (kulaan) yang telah memberikan kemenangan kepadanya.

Tindakan Mohsin meninggalkan PKR dan mengumumkan sebagai wakil rakyat bebas menghangatkan suasana politik di negeri ini. Tetapi bagi ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim,ianya tidak mengejutkan malah sejak kebelakangan ini berita bertiup kencang mengenai beliau tersenarai sebagai Ahli Parlimen yang akan menjadi katak.

Beliau menyifatkan Mohsin bertuah kerana dipilih menjadi calon PKR yang bertanding di kerusi Parlimen Bagan serai. sebelum ini Parlimen Bagan Serai adalah parlimen yang secara tradisinya ditandingi oleh calon PAS

Oleh kerana itulah pengundi Parlimen Bagan Serai tidak lepas dari sekelompok besar mereka adalah pengundi dari keturunan banjar atau lebih populer dengan panggilan `kulaan'. Ini berrmakna Mohsin menang kerana sokongan kulaan .

Adalah mustahil Mohsin boleh menang tanpa sokongan kuat para kulaan. Kerana itulah meninggalkan Pakatan Rakyat dan PKR adalah bermakna mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Sehubungan itu sewajarnya Mohsin meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada pengundi di Bagan Serai untuk mengundi kembali.

"Memanglah dia tidak boleh bertanding tetapi demi maruah dia boleh menaja seorang calon dan berkempen habis habisan, jelas Khalil.

Sementara itu Mantan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dalam kenyataannya kepada Malaysiakini memberi masa tujuh hari kepada Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS itu berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya, kata Utaz Ahmad Awang.

Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.

Beliau juga mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan Parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut.

Mengimbau semula detik-detik ketika Mohsin dipilih sebagai calon bagi Pakatan Rakyat, ketika itu Ahmad berkata, bukan sahaja pengundi, tetapi penyokong PAS juga tidak mengenalinya.

Semua orang tanya siapa beliau,? Pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.

"Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,"katanya.

Aduhai Mohsin, ke mana kamu mahu lari. seluruh pengundi Parlimen Bagan Serai sudah marah, geram dan cukup kecewa dengan gelagat yang engkau cipta sendiri. Berani ke Mohsin balik ke Bagan Serai, jumpa dengan Kulaan di sina? Rasanya tidak berani, Jika dahulupun jarang lawat kawasan, lepas ini pastinya ghaib tidak nampak mukanya di Bagan Serai. Orang ramai kutuk kamu, orang ramai benci kamu. Orang ramai buat solat hajat mohon Allah menghukum kamu kerana khianat kepada pengundi. Di mana kamu hendak muka.

Tindakan Mohsin meninggalkan PKR dan menjadi wakil rakyat bebas cukup menguris hati pengundui pengundi di kawasan ini khususnya masyarakat Banjar. Mereka cukup kecewa dengan tindakan Mohsin. Para pengundi di sini marah bercampur geram dengan tindakan khianat Mohsin.

Perasaan marah dan kecewa itu diluahkan oleh mereka apabila lebih 500 orang mengadakan demontrasi aman pagi semalam. Demontrasi aman itu diadakan oleh pengundi-pengundi Parlimen Bagan Serai yang telah tertipu dengan tindakan Mohsin.

Program bermula dengan berarak dari Pejabat Keadilan dan terus ke Pejabat Ahli Parlimen Bagan Serai ini. Antara wakil rakyat yang hadir, Adun Selinsing, Husin Din, ADUN Semanggol, Ramli Tusin, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN KUala Kurau, Yunus Jamhari serta Ahli Parlimen Parit Buntar,Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Selain dari itu, pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Bagan Serai yang diketuai oleh saudara Mohamad Nasib turut hadir bersama-sama ahlinya.

Turut hadir Ketua Dewan Penyokong PAS Bagan Serai ,Beh Heng Kin dan anak buahnya. Demonstrasi ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Antara wakil rakyat yang berucap mendesak Mohsin meletakkan jawatan secepat mungkin ialah Khalil Idham Lim, Adun Selinsing, Husin Din dan ADUN Kuala Kurau, Yunus Jamhari.

Menurut ADUN Semanggol, Ramli Tusin, tujuan utama demonstrasi ini adalah untuk mendesak supaya Mohsin meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai secepat mungkin.

"Tindakan beliau ini amat mengguris hati pengundi-pengundi di parlimen ini seterusnya akan menambahkan kebencian terhadap Umno/BN," kata Ramli

Beliau sudah sedia maklum mengenai permasalahan Mohsin kerana hasil aduan orang ramai tetapi tidak sangka yang beliau sanggup melompat parti.

" Saya kenal beliau pun ketika beliau dipilih menjadi calon Ahli Parlimen Bagan Serai dalam pilihanraya umum ke 12.yang lalu. saya tidaklah berapa rapat dengan beliau memandangkan beliau sendiri jarang turun ke kawasan," jelasnya.

Beliau turut kesal Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Serai jarang dibuka, ini menyebabkan semua rakyat datang mengadu ke Pusat Khidmat beliau dan Pusat Khidmat ADUN Selinsing.

"Mohsin juga amat susah hendak menghulurkan sumbangan untuk membantu rakyat," ujar Ramli Tusin.

Ini secara tidak langsung segala permasalahan rakyat banyak ditanggung oleh beliau dan Husin Din sendiri.

Dalam pilihanraya umum ke 12 lalu, kata beliau lagi rakyat menyokong Pakatan Rakyat kerana marah dengan BN, tetapi gara-gara perangai Mohsin yang mengkhianati rakkyat, keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas, rakyat lebih marah kepada Mohsin berbanding BN walaupun sama sahaja keduanya.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pkr yang ajar dulu melompat nih.............

Tanpa Nama berkata...

gua xkenalpun mangkuk hayun yg lompat ni.setahu gua YB yg mudah dikenali adalah YB yang buat keja utk rakyat.dan bersuara lantang dlm parlimen menegakkan hak rakyat.tp yg mangkuk hayun ni gua kenal sbab dia kluar Tv tu pun bgtau kluar PKR. nampak sngat xbuat keja dia ni. bnyak nyusah org ja. kot ye pun xbersetuju dgn pendirian parti,bukan kah perkara ini bleh di bawa berbincang.tengok bukan main pakai ketayap putih.mesti ada kenalan dikalangan ustaz.ulamak tok2 guru cuma lg tolak ulamak BN.tanya pendapt tentang kalimah ALLAH ni. jgn dgr ckp salhudin bibir hitam tu.ckp dia nak bg lingkup org ja. sbab dia dlm PKR pun mcm dia fikir harta BAPAK dia punya parti.xdpt sesuatu yg dia nak. boikot parti.ape ke jadah nya perangai manusia mcm ni.mangkuk2 yg keluar ni semua ada masalah peribadi,masalah dgn parti.biasala spesis BN ni.nama kluar ja dr Bn dulu,tp perangai BN tu masih berlubuk dlm HAti.ni yg susah. kita ni diberi amanah oleh rakyat.jlnkan amanah tu.jgn abaikan amanah.ni namaya MUNAFIK.lepas ni tggu ZUL palak.yg ni pun mangkuk jgak.mentang2 loyar buruk nak jgak lawan.kau lawan la zul.selagi kau timbul kontroversi selagi tu la org meluat nge kau.patutla PAS xmau nge kau.kau ni memang bermasalah

Tanpa Nama berkata...

dia mengghina kalimah allah kerana tak memenuhi hasrat pengundi, semoga allah membalasnya

jawa klang berkata...

siji loro telu papat
sapa banyak utang jom ikut aku,kita lompat

orang banjar cakap jawa
hangpa marah tak dak pa,aku ketawa

Tanpa Nama berkata...

Kami pengundi PAS Parlimen Taiping menyokong kuat apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Bagan Serai. Solat Hajat dan Baca Yaasin kami iringi bersama walau pun secara berjauhan. Teruskan biar pengkhinat kepada pengundi dihukum ketika mereka di atas bumi Allah lagi.

Tanpa Nama berkata...

Inilah pemimpin yang tidak ada hala tuju dalam perjuangan. Pemimpin yang matlamatnya menjaga perut sendiri daripada menjaga masalah para pengundi. Semoga pemimpin yang lain yang diberi amanah oleh pengundi dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya.

Tanpa Nama berkata...

Salam to all Muslim,

Ikut tilikan aku, Si Mohsin ni, kuar PKR bukan pasai UMNO. Dia kuar pasai dia takut dgn Jin2 Kapiaq yg dok jaga PKR la ni. Hampa pulak toksah dok kalut & takut. Selagi hampa punya Jin tak tinggai solat, kedudukan hampa selamat.

Tadi, Aku ngan Jin aku standby kat Surau Spg 4 Semanggoi. Ustaz Halim mai....

Raziq Najab berkata...

KERAJAAN PERAK DARUL KATAK PIMPINAN ZOMBY!
CUKUP UNTUK PENGGAL NI SAJA!!
PERGI JAHANAM DENGAN UMNO!!
PERSETAN DENGAN BN!!!

Raziq Najab berkata...

SEMOGA PENYAKIT2 YANG ADA DITUBUH PKR AKAN HILANG SATU PERSATU MENJADIKAN MEREKA LEBIH HEBAT PADA PRU-13 YANG AKAN DATANG!

PERGI JAHANAM DENGAN KEBANGSAAN!
PERSETAN DENGAN UMNO/BN!!!

Tanpa Nama berkata...

biarlah dia dgn allah menjawab di akhirat.pas ni,hidup dia penuh dgn masalah.

bkt gantang mali berkata...

LOMPAT SI KATAK LOMPAT...
LOMPAT LAH TINGGI-TINGGI..
LOMPAT LAH MOHSIN LOMPAT...
DAPAT WANG BERGUNI-GUNI...

Tanpa Nama berkata...

salam...kepada katak2 bertaubatlah kepada Allah..jangnalah kita menjadi orang2 yang fasik..setelah Allah menunjukkan jalan yang lurus, kenapa kamu berpaling..bahawasanya orang yang fasik itu terletak didalam neraka yang paling bawah..Nauzubillah..