30 Mac 2010

Tajol Rosli Iktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.

YB Sivakumar menunjukkan surat jawapan yang ditandatangani oleh Tajol Rosli.


12 Rabiulakhir 1431H.
http://misabah.blogspot.com

IPOH, 28 Mac;-YB Dato' Seri Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak mengiktiraf YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah. Melalui surat jawapan kehadiran beliau kepada Speaker Sivakumar dalam sidang DUN pada 30 Mac ini yang difaxkan ke pejabat Sivakumar membuktikan Sivakumar adalah Speaker yang sah negeri Perak, bukan sahaja melalui surat yang difaxkan, malahan pegawai Tajol Rosli juga mengubungi Sivakumar bertanyakan samada surat jawapanter sebut telah diterima atau belum. Perkara ini didedahkan oleh Sivakumar dalam sidang akhbar yang diadakan pagi ini di pejabat Sektetariat PR Negeri.

Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN Perak menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Tidak mungkin Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar.



Ini juga boleh jadi satu isyarat yang UMNO dan BN Perak sedah menghadapi permasalahan dalam, dari sumber yang rapat dengan UMNO BN Perak, dikatakan 11 bahagian UMNO seluruh Perak tidak bersetuju dengan Zambry, kerana tindakan-tindakan Zambry sebagai pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan juga Menteri Besar dilihat begitu angkuh dan sombong. Beliau bukan sahaja angkuh dan sombong kepada pembangkang malahan kepada UMNO-UMNO bahagian juga bersikap angkuh dan sombong.

Tajol Rosli sebagai orang lama dalam UMNO Perak, bekas Pengerusi Perhubungan dan juga bekas Menteri Besar Perak kelihatan dipinggirkan oleh Zambry, jasanya dalam memimpin UMNO Perak seolah-olah tidak dihargai. Menurut sumber Zambry hanya mementingkan orang-orangnya sahaja. Sikap Zambry ini sudah tentu mengecilkan hati Tajol Rosli.

Atau Tajol Rosli sememang berpegang kepada prinsip dan peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak. Sangat jelas, pemilihan Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei yang lalu bertentangan dengan Perintah Tetap. Kes ini pula belum diputuskan oleh Mahkamah siapa Speaker Perak yang sah. Kalau itulah pegangan Tajol Rosli, kita wajar hormati sikap YB Pengkalan Hulu ini dan wajib Adun-adun BN yang lain menghormatinya dan mengikut jejak langkah Tajol Rosli yang mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syok sendiri

Mohamadazhan.com berkata...

tahniah, masih ada orang berani mempertahankan yang benar

Tanpa Nama berkata...

bukan setakat bubar DUN, UMNO juga wajar dibubarkan

Geng MUda berkata...

Apabila kuasa dipegang oleh bukan ahlinya.....

Tanpa Nama berkata...

itu hanya mainan politek mereka...
jgn cepat teruja...
bagi mereka mereka lagi suka Sivakumar jadi Speaker.. sebab kuasa Speaker nanya dlm dewan saja..
disini diorang dpt putar belitkan dkt rakyat..
mereka akan katakan Sivakumar suka jadi Speaker
bagi pihak kerajaan BN haram jadah...

pastu tunjuk kat tv kat Dewan Undangan Negeri Perak takde apa2 yg kecoh...
sebab PR akur dgn kepusan mahkamah..

Tanpa Nama berkata...

jangan percaya tipu helah UMNO, hati-hati musuh yang licik

Tanpa Nama berkata...

begitulah perangai orang yang hanya mengatakan salah pada orang lain, tapi pada dia walaupun dah terang salah selagi dia ada kuasa, tetap dia kata tak salah tunggu pru 13....

Tanpa Nama berkata...

Alangkah malangnya rakyat Perak, hingga hari ni kerajaan Perak masih kucar-kacir disebabkan pemimpin parti politik tak habis-habis bercakaran.
Tu lah balanya bila pilih peminpin yg rela bersekongkol dgn syaitan spt DAP semata-mata nak berkuasa.
Kelantan yg berpuluh tahun di bawah Parti Aslam Semalaysia (PAS), majoriti penduduk Islam smpai hri ni pun tak bangunkan hudud.
Apa cerita? Nak tipu lagi ke?

Tanpa Nama berkata...

apa la bangang..kelantan x boleh laksana hudud sbb pusat@BN yg halang. org umno memang sah bangang

Tanpa Nama berkata...

Salam dr dlm Gua Bkt Putus, G.Semanggoi.

Jgn mudah menbangangkan org lain. Jika benar PAS berjuang kerana Islam, kenapa halangan BN dijadikan alasan? Apakah lebih takutkan BN dari AllahSWT??. Jlnkan hudud di Kelantan sebagai contoh. Pedulikan BN. Ini hukum AllahSWT. Tapi...mampukah PAS!!