13 April 2010

Blogger kecewa jadikan PAS sebagai mangsa

28 Rabiulakhir 1431H.
Asqolani

KOTA BHARU, 12 April: Dewan Pemuda PAS Kelantan menyifatkan seorang blogger yang kini menjadikan PAS sasaran kecamannya sebagai seorang yang kecewa.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kerana tidak mendapat habuan yang diharapkan, dia menjadikan PAS sebagai mangsa termasuk Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Dia membuat pengakuan kononnya banyak membantu PAS dalam pilihan raya, sedangkan pengakuan tersebut langsung tidak disertakan dengan bukti dan fakta yang jelas.

“Saya penuh meyakini dakwaannya banyak membantu kempen PAS di Kelantan merupakan satu pembohongan semata-mata. Hakikatnya, dialah yang mencari makan dengan kerajaan PAS sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini, sebuah blog yang ditulis oleeh penulis kecewa itu mendedahkan beberapa dokumen secara terbuka melibatkan urusan parti dan kerajaan negeri.

Selain itu blogger terbabit mendakwa kerajaan negeri meminta mereka yang memohon tender kawasan balak memberi sumbangan kepada PAS Kelantan.

Ahmad Fadhli berkata, kemungkinan apa dia lakukan hanyalah semata-mata untuk memperagakan kebolehan mencari maklumat dan dibeli dengan harga mahal oleh pihak lain.

“Saya juga mencabar dia membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika meyakini terdapat penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak 1990.

“Menteri Besar sering kali membuka ruang pintu siasatan kepada SPRM sepanjang masa bagi membuktikan ketelusan pentadbiran dan kesediaan untuk disiasat,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar, blogger terbabit tidak pernah membuat laporan polis atau SPRM biar pun begitu galak membuat pendedahan dalam blog.

“Ini kerana semua pihak tahu bahawa pendedahan yang dibuat tersebut tidak boleh diketagorikan sebagai penyelewengan dan salah guna kuasa,” katanya.

5 ulasan:

Kuda Perang berkata...

Mudahan2 blogger tersebut bertaubat dan kembali ke jalan Allah... semoga diampunkan dosanya oleh Allah SWT.

Tanpa Nama berkata...

yb... bila saya scroll ke bawah ,,terdapat pelawat dari laman web lucah, tak boleh buang ka link tu, tak sanggup tengok la...

Tanpa Nama berkata...

Saya nk kata semua bloger politik patut bertaubat kepada Allah S.W.t kerana jadi ejen perpecahan umat islam. sepatutnya jadi tempat menyatukan umat islam. Yang ADIL Hanyalah ALLAH S.W.T.

Idham Lim (林川興) berkata...

tolong bagi tahu dengan jelas, saya dah cuba cari tak dapat...tolong emailkan sejelasnya ke idhamlim@yahoo.com.my, atau sms ke 0194759697 segera

Tanpa Nama berkata...

Elok dilapor kepada SPRM bahawa bloger tu ada maklumat jenayah rasuah tetapi tidak dilapor kepada SPRM. Di bawah peraturan 21 Akta Rasuah SPRM boleh mendakwa orang yang mempunyai maklumat perlakuan rasuah tetapi tidak di melapur kepada SPRM.

SPRM pun apa tunggu lagi berita akhbar pun ada keluar mana boleh tak betul kerana akhbar perdana kerajaan.