13 April 2010

Isu Dr Prontip burukkan nama Malaysia di arena antarabangsa

28 Rabiulakhir 1431H.
Seri

Dr Prontip Rojanasunan dilahirkan pada 1955 di Bangkok. Mendapat pendidikan Sains Perubatan di Universiti Mahidol dan kemudian menjadi pensyarah di situ. Kerana minatnya di dalam bidang forensik, beliau melanjutkan pelajaran di Institut Patologi Washington DC dalam bidang Forensic Anthropology And Pathology. Sekarang beliau merupakan Pengarah di Institut Sains Forensik Thailand.

Pada 2004, beliau telah mengetuai Saintis Forensik Antarabangsa bagi mengenal pasti dan mengkod lebih daripada 8,000 mangsa tsunami di Phuket. Beliau juga banyak membantu Polis Thailand menyelesaikan kes-kes pembunuhan dan bunuh diri. Beliau pernah membantu menyelesaikan kes berprofil tinggi yang membabitkan Ahli Parlimen Thailand. Beliau juga terlibat dalam membantu pihak berkuasa Thailand ketika peristiwa Tak Bai pada Oktober 2004.

Beliau pernah berkata, "We need someone to stand with the victims. I believe forensic science will always reveal the truth, if we allow it to". Kerana minat mendalamnya dalam bidang forensik, wang bukanlah perkara utama bagi beliau. Beliau menulis dan menjual buku-buku berkaitan pengalamannya membuat bedah siasat bagi menampung gaji yang diterima dari kerajaan.

Ketaatan kepada agama dan negara jelas menggambarkan peribadi beliau. Beliau juga seorang yang berhati-hati dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan. Beliau pernah berkata "I never see myself as hero. My father taught me to believe in Buddhism-to be brave, to love my country and king, and to always do what is right and good. He'd instruct me to pick up broken glass from the pavements to prevent other from injuring themselves".

Harta benda bukanlah tujuan utama beliau. "I learnt then that there'll always be a time when our lives end. All the good I can do, I want to do when I'm alive. If you have one life and you're not making something good with it, then what's the point?"

Bukan tujuan kita hendak mengagung-agungkan orang luar. Apa yang perlu dipertahankan ialah keadilan dan ketelusan. Tuduhan bahawa beliau seorang penipu terlalu berat. Apalagi jika tuduhan berkenaan tidak disertakan dengan bukti ilmiah yang kukuh.

Keputusan Dr. Porntip tidak akan hadir ke mahkamah jelas membuktikan terdapatnya tekanan dari pihak tertentu. Mungkin beliau beranggapan bahawa Malaysia bukan satu tempat yang selamat. Ini akan memburukkan nama Malaysia di arena antarabangsa.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net.

Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan. Harakahdaily/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itulah nasib bagi insan yang memperjuangkan kebenaran dalam dunia ini,sentisa sahaja diekori,dihalang,dituduh dengan dakwaan yang tidak munasabah dan bermacam-macam lagi sehinggakan nyawa pun boleh terancam. Tapi ingatlah kebenaran akan mengatasi kebatilan

Tanpa Nama berkata...

heyyy...tengok rambut la..mesti berjuang habis-habisan punya