19 April 2010

Pengalaman Zaid akan menangkan Pakatan Rakyat

4 jamadil Awal 1431H.
Nazri Abdullah

HULU SELANGOR, 18 April: Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (gambar) berpendapat pengalaman luas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim sudah cukup memberikan peluang kemenangan PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor.

Beliau ketika diminta mengulas kelebihan yang ada pada calon taruhan PR berkata, Zaid seorang yang tahu selok belok pentadbiran negara dan juga permasalahan yang sering membelenggu rakyat.

"Saya melihat petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat bawahan.

"Pengalaman beliau (Zaid) menjadi menteri, mengurus sebuah syarikat guaman terbesar di Malaysia, akan membantu memenangkan beliau, membantu Pakatan Rakyat di Parlimen dan memperkukuh Pakatan Rakyat mendepani politik mendatang," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya PAS bagi PKR itu.

Mengulas pertandingan empat penjuru pula, Nasharuddin berkata, Zaid dilihat paling menonjol kebolehannya manakala penyertaan dua calon bebas tidak sedikitpun menggugat kedudukan Zaid sebagai calon terbaik pilihan rakyat Hulu Selangor.

"Saya tidak melihat ada sebarang kekuatan pada calon bebas kerana rakyat tahu mereka ini tidak punya sebarang dokongan dan asas untuk membantu rakyat dan membela nasib mereka," katanya lagi.

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Datuk Zaid Ibrahim, P.Kamalanathan (BN), dan dua calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah.

Harakahdaily/-

2 ulasan:

Awanama berkata...

Kesediaan beliau meninggalkan UMNO dan hampir menyertai PAS menunjukkan keinginan beliau untuk berubah kepada kebaikan. Isu moral yang cuba dibangkitkan oleh pencacai UMNO merupakan isu lapok.

Awanama berkata...

Waktu beliau lakukan perkara yang diwarwarkan oleh umno.. masa tu dalam umno. beliau kena bagitau dengan siapa perkara tersebut dia lakukan. baru terlopong mulut depa.