19 April 2010

RUMAH DIROBOH : PENDUDUK KG BAKAU TUNJUK PERASAAN BANTAH KEZALIMAN KERAJAAN BN

4 Jamadil Awal 1431H.

KOTA KINABALU : Hujan yang turun tidak menghalang para penduduk mangsa rumah roboh mengadakan tunjuk perasaan secara aman di Kg Bakau, Likas. Tidak kurang 200 orang penduduk berkumpul mengadakan tunjuk perasaan untuk menyuarakan bantahan mereka berikutan tindakan kejam kerajaan Barisan Nasional (BN) meroboh rumah-rumah mereka yang telah didiami sejak 30 tahun yang lalu.







Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Anwar Ali dan Ketua Penerangan PAS Sabah Hishamudin Sulaiman bagi menyatakan sokongan moral PAS kepada mangsa kezaliman BN Sabah. Idris yang berkebetulan dalam perjalanan ke satu majlis di Tuaran singgah ke Kg Bakau untuk melihat sendiri keadaan yang dialami oleh mangsa roboh rumah Kg Bakau.

Idris yang terlalu sebak dan sedih hanya mampu menyampaikan ucapan selama lima minit dan tidak mampu meneruskan ucapan beliau. Laungan takbir dan “Hidup Pakatan Rakyat” sentiasa bergema mngiringi setiap kali pimpinan PAS menyampaikan ucapan mereka.

Diantara kandungan sepanduk dan poster penunjuk perasaan ialah “Beri hak kepada kami penduduk miskin selama 30 tahun menduduki Kg Bakau Likas”, “Kami bantah pencerobohan ini” dan “Air dan letrik kamu sudah potong tolong sambung kembali jangan siksa orang Islam sesama kita”.

Rumah-rumah penduduk Kg Bakau telah diroboh sejak isnin lalu. Mereka telah menduduki perkampungan ini sejak 30 tahun yang lalu. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bersama-sama anggota Rela, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, Polis, Sabah Electricty dan Jabatan Air telah melancarkan operasi meroboh rumah-rumah setinggan bagi mencapai matlamat setinggan sifar 2010.

1 ulasan:

Awanama berkata...

cuba tinjau juga masyarakat bajau di sabah..kesian hidup atas air je..tak de tanah nak buat rumah..lagi pun org bajau ramai juga yg islam..kanapa tak dibantu mereka ni..rumah masih dinding anyam daun kelapa..minta pas buat ekspedisi disana dan dedahkan kemiskinan disana..apa pemimpin buat di sabah...kenyangkan perut mereka sahaja ba.....