03 April 2010

Pilihan Raya Hulu Selangor: Penamaan 17 April, Pengundian 25 April

Suruhanjaya Pilihanraya menetapkan hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 17 April manakala hari mengundi pula ialah 25 April.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham, yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Allahyarham menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi.

16 ulasan:

Ledang72 berkata...

umngok akan bermati-matian utk rampas kerusi parlimen ni. Berjuta ringgit akan ditaburkan nanti. Apa nak heran sbb umngok sanggup labur RM50 juta utk beli 4 ekor Katak ( 4 MP tu la), ini kan lak nak tnjk teror dlm PRK. Tapi kita ada bantuan lagi besar dari duit tu iaitu ALLAHUAKHBAR. TAKBIR

Tanpa Nama berkata...

rakyat hidup lebih selamat tanpa UMNO dimalaysia dan diperak, UMNO musuh utama rakyat

Tanpa Nama berkata...

tumbangkan UMNO biar tinggal sejarah dimalaysia

Tanpa Nama berkata...

Pakatan rakyat kena kerja kuat bukan setakat hulu sengaor tapi juga untuk tawan malaysia

Tanpa Nama berkata...

rakyat kena tolak UMNO kerana, bila nak pilihanraya banyak perkara nak tipu akan keluar dari UMNO

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya UMNO suka tipu rakyat, kalau nak pilihanraya macam-macam slogan dan janji akan keluar, takkan rakyat nak kena tipu selamanya

Tanpa Nama berkata...

xperlu kutuk orang lain....yang penting korban kan masa utk yakinkan rakyat yg Pas tu bagus dengan nilai2 baik ....pemimpin cwangan xde la pkai sluar pendek or isap rokok...

Tanpa Nama berkata...

apa kata kawan2 setuju tak?
klau pati pas yang btanding kat sana..
sebab PKR sekarang ni tgh dilambung ombak..

tapi klau PKR nak bertanding pun xde masaalah
boleh gak kita tgk penyokong kuat lagi ke x..

Tanpa Nama berkata...

harap-harap orang hulu selangor tak termakan dakyah umeno..
macam kata Tok Guru
bui duit,gula,kain sarung ambik,
time pakoh,
pakoh PR
harap PRK ini akan membuka lembaran baru buat PR untuk pilihanraya akan datang.

Tanpa Nama berkata...

udah lah tu PKR aku dah serik cakap Umno terok PKR pun sama juga cakap tak serupa bikin kalau PAS kira oke juga tp kalau PKR tanding aku gerinti bungkus punya PR pikir-pikir lah...

Tanpa Nama berkata...

aku pelik ngape komen aku tak kuar mentang x aku tak belah mana-mana pi dah adakah blog ini itu member PR aje kata nak komen!!!

Tanpa Nama berkata...

Janji... Janji...Janji...Janji... "sekiranya kita menang, kita akan... sekiranya kita menang, kita akan..."

Tanpa Nama berkata...

undi PAKATAN RAKYAT

Tanpa Nama berkata...

Bila DSAI nak buka kotak ajaib yg ada rahsia UMNO? Jgn tunggu lama2 nanti ditinggal orang..Jgn tunggu lama2 nanti tinggal seorang...Dah lama rakyat dok tunggu apa isi kotak..dari PR1999, 2004 ,2008 hingga skrg tak buka..kunci hilang ke?

Tanpa Nama berkata...

Pada saya, jika kaum minoriti tidak mempunyai kawasan majoriti mereka, maka tidak perlu bertanding. Lebih elok kiranya wakil mereka dilantik sebagai senator daripada bertanding dalam pilihan raya. Jadi undilah wakil yang mempunyai kaum majoriti disitu..

Tanpa Nama berkata...

umno dah buat persediaan awal untuk perintah malaysia selama-lamanya.. mereka pecah parlimen di sabah dan serawak.. jumlah parlimen di sana memang besar dan PKR memang susah nak menang sabah serawak..sebab rakyatnya memang pangkah kerajaan dan siapa yang bagi duit.. lepas tu majority kaum sabah dan serawak pro BN..
just wait and see....