23 Mei 2010

Adun Kerdau koma, kembali kritikal

8 Jamadil Akhir 1431H.

ADUN Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim (gambar), kembali koma di Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaannya dilaporkan kembali kritikal.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata beliau dimaklumkan perkara terbabit oleh ahli keluarga Zaharuddin, 63, tengahari tadi, lapor beberapa akhbar.

"Anak Zaharuddin memaklumkan mereka diminta datang ke IJN selepas bapa mereka tidak sedar dan berada dalam keadaan koma.

"Doktor juga memaklumkan keadaan jantung dan paru-paru Zaharuddin dalam keadaan lemah," beliau dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian.

Zaharuddin dipindahkan ke IJN pada 9 Mei lalu selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Beliau dimasukan ke Hoshas pada 3 April lalu setelah mengadu sakit di bahagian perut.

Sebelum ini Zaharudin diberitakan telah dipindahkan ke wad biasa dan kesihatannya yang beransur pulih.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dia nie ahli parlimen dari mana? bn ker pr? ceritalh skit.. biar orang tau. aysik nama jer beratus yb nie.. semua xkenal kecuali menteri je.

pasir2butir berkata...

Kalau dah dekat ajalnya...BN tengelam punca dgn isu judi macamna nak hadapi prk dun kerdau.MOga Allah panjangkan umur adun kerdau.

firasathati berkata...

Doa golongan orang yang teraniaya minta akan ada setiap bulan prk disebabkan kegagaln kerajaan membela golongan ini di lihat dimakbulkan Allah.

Kerajan bn dilihat gelabah biawak kerana terpaksa menabur wang untuk rakyat...rakyat tidak dungun lagi...bye-bye BN Umno