04 Mei 2010

Hadiah atas jasa mereka : Palanivel, Ezam angkat sumpah sebagai Senator

18 Jamadil Awal 1431H.

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara, sebentar tadi.

Mereka adalah antara empat Senator baru mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Perlantikan mereka bagi saya sangat tepat sesuai dengan pengorbanan dan jasa mereka kepada BN dan UMNO.

Dua lagi ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.

Palanivel ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ezam yang keluar daripada PKR dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 apabila beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden UMNO pada masa itu, Datuk Seri Abdullah Ahmada Badawi. Beliau juga juga adalah bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah lama dah..mesti ada habuan ckp utk rakyat dah buat kira2 dr awal lg..

Tanpa Nama berkata...

yb..kenapa yb yunus jadi samseng...?yg dia cekak leher kakitangan awam yg diarahkan menjalankan tugas kenapa..?buat malu jer...pr akan dtg jgn bg dia jd calon....cari org len

Tanpa Nama berkata...

ORG LUPA AKN KEHIDUPAN,,,

Tanpa Nama berkata...

bagus la tu, tak kan dah lama berjuang tak ada habuan. teruskan perjuangan mu wahai 'SENATOR KOTAK' rumah nya pun di shah alam semakin membesar.

Idham Lim (林川興) berkata...

tidak betul maklumat "yg dia cekak leher kakitangan awam yg diarahkan menjalankan tugas kenapa." yang sdr dpat. sebenarnya pegawai itu yang pergi kacau program Pakatan Rakyat dan ada sedikit berbalas cakap sedkit. Program ada permit dari polis.

YB yunus sedikitpun tak sentuh dia/ cuma ada maklumat dia buat laporan palsu kononnya yb yunus cekek dia.

kurang jlas tel saya untuk maklumat lebih jelas...

Tanpa Nama berkata...

Betul tu yb.. saya setuju kena tel yb tentang yb yunus samseng.. pada saya sekarang ni macam2 org nak buruk yb pakatan rakyat

Tanpa Nama berkata...

Yang samseng adalah orang yang kata YB YB Yunusa tu la, cakap tak usul periksa ikut maklumat umnongok je...

Along Firdaus MS berkata...

Sy merupakan org yg agak rapat berhubung dgn yb yunus...... yb yunus pada sy seorang yg terlalu rendah diri..... orgnya simple..... humle and rich with good attitude..... no wonder he can be as a YB in PRU12.... - ikhlas dari - along firdaus - kg. nelayan, tanjong piandang, perak

p/s ; politik ni mcm game...... so many trick that come with pro n contra..... don't just believe what someone else told you until you see it by your own eyes......