24 Jun 2010

Isu Militan : Kenapa Saya Kata Akhbar Malaysia Lebih Hebat Dari Polis Mesir

10 Rejab 1431 H
oleh : ibnuirfadzil.blogspot.com

Sebelum ini, saya telah menulis artikel yang menjelaskan bahawa akhbar Malaysia lebih hebat daripada polis Mesir. Sila klik pada link di bawah.

Isu Militan : Akhbar Malaysia Lebih Hebat Daripada Polis Mesir

Kenapa ya? Di bawah ini, beberapa sebab kenapa saya mengatakan bahawa akhbar Malaysia lebih hebat daripada polis di Mesir. Iaitu :

1. Ustaz Zulkifli ditangkap dan “tidak diberitahu sebab penangkapannya”.

2. Polis Mesir tidak akan memberitahu sebab penangkapan, sepertimana yang pernah terjadi sebelum ini.

3. Bagaimana akhbar Malaysia boleh mengetahui sebab penangkapannya kerana “disyaki” terlibat dengan militan? Adakah akhbar Malaysia menemu bual pihak polis?

4. Sepanjang bacaan saya pada akhbar-akhbar di Mesir, tidak ditemui sebarang berita tentang "kebangkitan" militan di Mesir, melainkan akhbar di Malaysia.

5. Isu militan di bumi Mesir sudah lama senyap. Sila rujuk artikel di bawah ini.

Khairi Pulas Cerita Tentang Ikhwanul Muslimin, Ini Jawapannya

Berdasarkan 4 sebab ini, saya menimbulkan persoalan, bagaimanakah akhbar Malaysia boleh mengetahui sebab penangkapan? Bagaimanakah akhbar Malaysia boleh “mengesyaki” penangkapan tersebut kerana terlibat dengan militan? Selain akhbar Malaysia, siapakah yang boleh memastikan bahawa penangkapannya disebabkan “disyaki” terlibat dengan militan?

3 ulasan:

Hisyamuddin Che Ali berkata...

Akhbar Malaysia mmg tiada nilai estetika kemanusian..melulu je menfitnah seseorang (mohn link yb)-anak muda

Tanpa Nama berkata...

Dah lama tk baca akhbar malaysia...

Tanpa Nama berkata...

biasa la.. Media malaysia = satu lagi anjing BN..