24 Jun 2010

Ulama masuk Umno, silakan jika mahu pikul maksiat

10 Rejab 1431 H
Oleh: Mutaligat

Siapakah Ulama’ yang tergamak masuk Umno dan bergelumang dengan dosa Umno. Isu kemasukan 100 Ulama’ ke dalam Umno ini dilihat sebagai gimik Umno untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Umno kini mendapat sokongn golongan Ulama’.

Ini semua cerita lama dan skrip lama Cuma pelakon sahaja yang bersilih ganti. Sudah beratus malah beribu Ustaz dan Ustazah menyertai Umno namun apa yang mereka boleh buat. Umno tetap teguh membelakangkan Islam.

Sudah ramai Ulama’ yang masuk Umno tetapi persoalannya adakah Ulama-ulama’ tersebut mampu membuat perubahan dalam parti.

Ulama' Umno yang baru masuk ini kebanyakan hanya duduk di 'kaki lima' Umno jauh sekali dari dilantik ke jawatan penting. Hanya 2 atau 3 kerat sahaja yang digunapakai oleh Umno dan selepas beberapa ketika mereka ditendang begitu sahaja.

Sudah ramai Ulama’ yang menyatakan sokongan terbuka kepada Umno selama ini tetapi adakah Ulama ini berjaya menasihatkan pimpinan Umno sehingga berubah. Contoh paling mudah ialah dalam soal menutup aurat, sudahkah Ulama’ Umno menasihat pimpinan Umno agar diri sendiri dan keluarga menutup aurat dengan betul.

Sudahkan Ulama” Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya mengarahkan syarikat GLC atau GOC membayar zakat ?

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan supaya menggunapakai Hukum Islam secara menyeluruh.?

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya menukar sistem ekonomi dan kewangan negara dari berasaskan riba kepada bebas dari RIBA

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya menggunapakai Hukum Islam dengan menghapuskan undang-undang Lord Reid

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya menghapuskan lesen judi, arak, rumah urut, kelab malam dan pusat-pusat maksiat,

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya memerintah dengan adil dan tidak mendiskriminasikan kerajaan negeri-negeri PR.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"......... aaahhhh, peduli apa itu semua? asal poket kami penuh sudah lah" mungkin ini pandangan (fatwa) 'ulama' yang menyertai umno. wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Ulama: mengikut pendapat Mahathir Kutty Momamad ia lah orang yang berilmu mengikut bidang/profesyen nya, bukan khusus kepada ilmu keagamaan berdasarkan Quran dan Hadith. Contoh kata Mahathir "saya pun ulamak jugak, ulamak perubatan" (1995). Saya paparkan ungkapan ini adalah untuk mengingatkan kembali bahawa ini lah fahaman ulama mengikut pemimpin umno. Tak hairan lah kalau umno menyatakan beribu-ribu ulama telah memberikan sokongan kepada umno. lagi ramai ulama menyokong umno lebih ramai lagi ahlinya dalam 'kesesatan'