04 Jun 2010

Kelab UMNO Jordan Mengecam Tindakan Israel? Serius Atau Kelakar?

20 Jamadil Akhir 1431 H
oleh : ibnuirfadzil.blogspot.com

Di bawah ini adalah kenyataan Kelab UMNO Jordan berhubung serangan Israel ke atas misi LL4G

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Mewakili kelab UMNO Jordan, kami amat berdukacita diatas serangan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel ke atas konvoi kemanusiaan LL4G ke Gaza dan bagi kami ini merupakan satu tindakan kejam lagi tidak berperikemanusiaan yang dilakukan terhadap konvoi kemanusiaan ini.Di bawah ini adalah kenyataan Kelab UMNO Jordan berhubung serangan Israel ke atas misi LL4G.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Mewakili kelab UMNO Jordan, kami amat berdukacita diatas serangan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel ke atas konvoi kemanusiaan LL4G ke Gaza dan bagi kami ini merupakan satu tindakan kejam lagi tidak berperikemanusiaan yang dilakukan terhadap konvoi kemanusiaan ini.

Selaku wakil Kelab UMNO luar negara yang berdekatan dengan negara Palestin, kami melahirkan rasa prihatin terhadap mangsa-mangsa yang telah gugur Syahid, terkorban dan cedera di atas serangan ini.

Kami juga percaya bahawa konvoi kemanusiaan ini hanyalah bertujuan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza semata-mata berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu .

Sehubungan itu, kami menyeru kepada Kerajaan Malaysia dan Ibu Pejabat UMNO pusat serta wakil sekretariat Kelab UMNO luar negara agar dapat menggesa pihak antarabangsa seperti PBB , OIC dan lain-lain pertubuhan antarabangsa agar mengambil tindakan segera terhadap isu ini.

Kami juga menyeru agar seluruh rakan-rakan Kelab UMNO luar negara yang lain mengadakan solat hajat agar perjalanan konvoi kemanusiaan ini dilindungi oleh Allah S.W.T dan kami juga berharap agar pimpinan serta ahli-ahli Kelab UMNO luar negara yang lain mengikuti isu ini dari masa ke semasa bagi menunjukkan keprihatinan kita terhadap isu-isu kemanusiaan.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kelakar!!!!!

Tanpa Nama berkata...

boleh masuk raja lawak

Tanpa Nama berkata...

martabat bangsa kroniku...pase dah biasa berlakon laa jadi statement camni...ini skrip filem citer UMNOku kaki bodek...camni nak memimpin...memang hancur malaysia dibuatnyer..kalu rasa tak pandai nak berbicara tgk laa contoh org lain buat..bahlulll!!...

Tanpa Nama berkata...

Menteri ngan Yb buat apa entah. Gula kat Seri Iskandar ni tak dak pun dia tak tau. Ngaji koi betul...... Benda kecik pun tak leh nak selesaikan, cam ne nak wat yg lb besar. Ada duit nak beli pun tak guna...cm ne nak meniaga....

Tanpa Nama berkata...

Isu halal judi dan arak tak nak kecam kerajaan ke? Belajar kat agama kat Jordan, tapi senyap bila kerajaan halalkan judi dan arak. Belajar agama, tapi senyap.. Baguih dok ada..

Tanpa Nama berkata...

Talam 2 muka

hina israel tapi bela APCO
macam:
hina babi tapi bela babi

Entahlah Ustaz.
Manusia zaman terkini....

PEMIMPIN TAWADHUK, RAKYAT SENANG berkata...

BILA DGN ALLAH PON DIA TAK TAKUT, MAKA HAK RAKYAT (DUIT, HARTA, KUASA, DLL) PASTI DIA AMBIK GITU AJE TANPA RASA BERSALAH