18 Jun 2010

Tahlil Ustaz Hassan malam ini.

4 Rejab 1431 H

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Semua pemimpin dan penyokong PAS sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang dijemput menyertai majlis tahlil arwah bekas timbalan presiden PAS, Allahyarham Ustaz Hassan Shukri yang akan diadakan malam tadi dan malam diteruskan pada malam ini.

Majlis ini akan diadakan di perkarangan Markas Tarbiyah PAS Taman Melawar iaitu yang juga perkarangan rumah Allahyarham.

Ia akan diadakan selepas solat Isya, kata Syed Mohamad Syed Hassan, pegawai Pejabat Agung PAS.Majlis tahlil telah bermula dua malam lepas dengan disertai oleh lebih 100 penduduk sekitar Taman Melewar.

(Gambar: Tuan Guru Nik Aziz tidak dapat menyembunyikan kesedihannya atas pemergian rakan seperjuangannya Hassan Shukeri. Sementara menanti jenazah untuk disembahyangkan Nik Aziz kelihatan termangu kesedihan. Beberapa kali dia menyapu air matanya yang deras mengalir di pipinya. Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man kelihatan cuba menenangkan Mursyidul Am PAS itu.)

Harakahdaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamu'alaikom...sy ingin mohon penjelasan daripada sesiapa yg arif berkaitan tahlil ini...kenapa mesti dibuat berturut2 tahlil dari malam pertama hingga malam ketiga kematian?ada yg buat tujuh malam berturut2. ini ketetapan syarakkah atau ada fatwa ulama membolehkan dibuat secara berturut2 atau dgn kata lain ianya satu kemestian dilakukan begitu?mohon penjelasan berdasarkan nas yg kuat dr sesiapa yg arif..jazaakumullah khairal jazak..