14 Jun 2010

Teks Ucapan Perbahasan Ucapan Dasar Presiden oleh Perwakilan Perak pada Muktamar PAS Ke 56

30 Jamadil Akhir 1431H.

Berikut ini diterbitkan teks ucapan penuh Perwakilan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim semasa membahas Ucapan Dasar Presiden Pas pada Jumaat lepas.

Muktamar Agung PAS Kali ke 56 itu berlangsung sejak Jumaat 11 Jun lepas dan akan berakhir pada tengahhari ini.

Saya Khalil Idham Lim perwakilan dari Perak terlebih dahulu mengucapkan tahniah dan penghargaan serta menyokong ucapan dasar Tuan Guru Presiden PAS pada kali ini dengan Tema “ ISLAM ADIL UNTUK SEMUA”.

Sesungguhnya keadilan Islam itu nampak dan terserlah apabila Muktamar pada tahun ini menyaksikan perwakilan dari dulunya Kelab penyokong PAS telah rasminya menjadi salah satu Dewan dengan nama barunya Dewan Himpunan penyokong PAS(DHPP). Itulah kebehabatan Islam dan sifat Islam yang sesuai untuk semua termasuklah dikalangan mereka yang masih belum memeluk Islam. Hari ini mereka berada dalam dewan yang mulia ini sebagai salah satu organ resmi parti dan akan menguatkan lagi perjuangan yang kita dokong bersama ini.

Kerana itu sebagai salah seorang AHLI PAS dari bukan berbangsa melayu, saya sangat terharu dan bersyukur dengan penghargaan yang diberikan kepada bangsa saya Cina, India dan lain-lain untuk sama sama berjuang dalam wadah kebenaran ini.Harapan saya kepada rakan-rakan dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS supaya meneruskan peranan dan agenda yang selama ini melalui kelab penyokong, dengan lebih gigih dan terancang sehingga terhasilnya dan tertegaknya Islam di bumi tercinta ini.

Sesungguhnya lahirnya nya DHPP dan penerimaan orang Bukan Melayu sebagai ahli PAS merupakan satu bukti bahawa Parti PAS Bukan bersifat memperjuangkan bangsa namun ianya adalah wadah yang memperjuangkan Islam dan sifat Islam itu untuk semua bangsa yang sifatnya “rahmatan lil alamin”.

Malapetaka UMNO.

UMNO sesungguhnya membawa membawa malapetaka yang amat dasyat khususnya dalam soal agama . Pengakuan UMNO yang kononya juga memperjuangkan Islam sebenarnya difahami oleh rakyat pelbagai bangsa dan agama di Malaysia adalah satu pembohongan. Realiti yang mereka fahami dan sesungguhnya itulah yang terbentang dihadapan mata kita ialah UMNOlah yang merosakan kehidupan beragama dan berbagsa di Malaysia dulu, kini dan selamanya.

Merekalah yang telah menghapuskan tulisan jawi, membunuh Sekolah Agama Rakyat, merobohkan mesjid dan surau, Bersekongkol dengan Yahudi dengan membawa masuk APCO Ke Malaysia. Terkini meluluskan lesen judi bolasepak.

Dari imbasan dosa UMNO kepada bangsa dan agama itu , sesungguhnya yang sangat tidak kami lupakan khusus untuk Negeri Perak ialah kudeta dan rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO . Saya yakin peristiwa itu akan terus berada dalam lipatan sejarah Perak yang tidak akan terpadam dan akan sentiasa kami tiupkan keteliga generasi dan anak cucu kami.

Dengan rampasan kuasa itu, rosaklah demokrasi yang selama ini kami dokongi bersama, dengan kita menyaksikan 3 orang ADUN Pakatan Rakyat dibeli oleh UMNO dan BN dan menyebabkan hak rakyat yang telah memilin Pakatan Rakyat dinafikan selepas hampir 11bulan kami menerajui Kerajaan Perak.

PAS yang diamanah sebagai Menteri Besar yang diterajui oleh YAB. DS. Hj. Muhamaad Nizar Jamaluddin tidak akan melupakan malapetaka yang dibawa oleh UMNO itu. Segala gerak kerja PAS Perak dan Pakatan Rakyat Perak selepas rampasan kuasa adalah untuk mengekalkan gelombang kebencian rakyat kepada UMNO dan memastikan kuasa yang dirampas itu kami kembali kan pada PR ke 13 akan datang.

Rampasan Kuasa di Perak sebenarnya telah membawa kepada satu anjakan sokongan dan simpati rakyat kepada PAS dan pakatan Rakyat di Perak dan gelombang itu juga sampai ke seluruh negara. Kerana itu saya menyerahkan kepada semua jentera parti untuk mengambilnya sebagaii cabaran untuk melonjakkan lagi sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Kerana itu pemimpin PAS disemua peringkat jangan syok sendiri dan berasa duduk dizon yang selesa tanpa melakukan sesuatu untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat mengenai dosa-dosa yang dilakukan oleh UMNO kepada bangsa dan agama Islam.

Oleh itu tidak cukup dengan menyatakan kepada rakyat untuk menolak UMNO , ianya tidak akan berhasil tanpa menawarkan alternative kepada mereka. Oleh itu semua pemimpin PAS disemua peringkat,Dewan-Dewan Pemuda, Ulama, Muslimat dan DHPP, Ahli-ahli YB Ahli Parlimen dan ADUN mestilah merancang sesuatu dan sampai kepada rakyat dan pengundi dengan program dan perancangan dengan maksimumkan konsep “memasyarkatkan pas” dan “pas for all”.

Usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh mestilah segera digerakan kerana waktu masih belum terlambat. Jangan nanti kita melepaskan peluang kemasan ini untuk memastikan lonjakan undi khusunya dari orang melayu cepat dikembalikan.

Undi Melayu tidak akan berhasil kita perolehi dengan jumlah yang lebih besar tanpa memahamkan mereka kepada dosa-dosa yang UMNO lakukan terhadap agama dan bangsa. Kita mempunyai fakta dan bukti yang jelas untuk dikemukakan secara terancang untuk menjayakan hasrat itu.

Apalagi kita mempunyaial Al Quran dan As Sunah yang perlu disampaikan dalam segala bentuk dan program bagi mengembalikan orang Melayu kepada Islam sehingga mereka merasakan sangat jijik dan berdosa bila menyokong UMNO. Kefahaman mereka kepada Islam hanyalah satu-satunya jalan paling selamat untuk menyelamatkan orang Melayu dari terus berdosa kerana berjuang dalam wadah yang salah itu.

Kalau orang-rang Islam berbondong-bondong datang kepada PAS dan gelombang itu sehingga melahirkan DHPP, kenapakah kita merasa putus asa untuk terus berusaha untuk mengembalikan sokongan orang melayu kepada PAS.

Bagi memastikan hasrat itu terlaksana dan berhasil, Perak menyarankan secara serius supaya Dewan Ulama untuk melebarkan pengaruh dan dakwah dalam konteks lebih luas dan pelbagai.

Antaranya Perak cadangkan supaya Dewan Ulama mengambil peranan untuk menyemarakkan sisitem pendidikan Islam dalam segala bentuk di seluruh negara khususnya di negeri yang telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat dan di negeri-negeri lain.

Dewan Ulamak mesti memastikan dengan penyeliaan dan pemantauan yang rapi untuk memastikan urusan ulamak perlu berkerja lebih keras untuk menarik sokongan orang Melayu.

Dicadangkan mereka yang dipilih untuk menggalasa aman ini adalah mereka yang betul-betul layak, bukannya tangkap muat sahaja.sehingga hasrat dan disebutkasn tadi masih kaku dan tidak bermaya

Pakatan Rakyat

PAS Perak bersyukur kerana di Pejabat PAS Perak di IPOH pada awal pagi 9 Mac 2008 disitulah telah tertubuhnya satu gagasann yang dinamakan Barisan rakyar, seterusnya dipersetui dengan nama yang bermain di bibir rakyat Malaysia iaitu Pakaran Rakyat (PR).

Mungkin dengan latarbelakang penubuhan tersebut maka Alhamdulillah Allah telah memberi Taufik dan HidayahNya kepada kepimpinan PAS di Perak untuk menjadikan Pakatan Rakyat sebagai satu wadah yang dominan untuk mengalahkan UMNO dan BN sekali lagi.

Bermula dengan Pesuruhjaya PASPerak pada masa itu, Ust. Ahmad Awang dan dengan serius diteruskan oleh Pesuruhjaya sekarang, Ust. Abu Bakar Hussain. Pakatan Rakyat Perak terus diperkuatkan untuk memastikan Kuasa rakyat dikembalikan dengan wadah ini.

Pakatan Rakyat di Perak diterajui oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang bermesyuarat setiap dua minggu sekali dan lebih kerap bila ada keperluan sehingga sekarang. Semasa kita menerajui Kerajaan Perak, Majlis inilah yang menetukan dasar dan hala tuju Kerajaan Negeri selama hamper 11 bulan. Sekaligus merelisasikankan konsep parti menguasai kerajaan.

Kesepaduan ahli Mesyuarat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR dengan menggilirkan pengerusi mesyuarat sesungguhnya menguatkan kesefahaman dan kesepaduan antara kami. Masalah dana diselesaikan secara bersama untuk menjayakan program sehingga saya rasakan , InsyaAllah kami akan terus bertambah kuat dari masa kesemasa demi satu hasrat murni untuk menaghancur dan menruntuhkan kezaliman UMNO dan BN di Perak.

Keujudan PR di Perak rasa betul-betul ujud dan bukan satu angan-angan dan omong kosong. Apabila satu Sekretariat PR negeri juga diujudkan. Keangotaannya seramai 6
orang dengan 2 wakil dari satu parti.

Selain itu kami juga telah menyelesaikan penubuhan Sekretariat PR Parlimen di 24 parlimen seluruh Perak. Hasil yang kami dapat lakukan sekretariat ini ialah berhasilnya 2 konvoi Pakatan Rakyat . untuk kali pertama dengan 2 buah bas , sebuah ke utara dan sebuah ke selatan.

Konvoi kali ke 2 pada Sabtu yang lepas iaitu dengan melibatkan dua buah bas dan 60 ahli konvoi dikalangan Pimpinan PAS, DAP dan PKR, Para ADUN dan lainnya dengan laluan konvoi yang melibatkan DUN majority pengundi Melayu berhasil kami laksanakan.

Sebanyak 12,000 risalah mengenai Judi, APCO dan Isu melayu yang lain telah kita habiskan.

Diperingkat Negeri juga telah tertubuhnya Sekretariat Pemuda PR dan Sekretariat Wanita PR. Malah lebih mengukuh bila ke dua sayap penting ini sedang melebar dengan penubuhan Sekretariat Wanita dan Pemuda di peringkat parlimen.

Tujuan saya menggariskan keberadaan PR di Perak adalah dengan satu hasrat supaya ianya mesti diperkasakan dengan segera disemua peringkat di seluruh negara. Pemimpin PAS di semua Peringkat mesti mengambil peranan yang proaktif untuk memastikan gagasan PR terus diperkuatkan .

Tahaluf siyasi yang kita fahami bersama mestilah di teruskan dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memastikan keperluan dan kepentingan gagasan ini benar-benar menjadi satu keperluan kepada realiti PAS tidak boleh memerintah bersendirian. Kami di Perak sangat memahaminya .

Dengan penegasan bahawa PAS tetap pada pegangan aqidah dan landasan yang asal dan sebenar. Pakatan Rakyat perlu diperkasakan dengan alasan :-

1. Perak sangat yakin PAS ada identity dan kekuatan tersendiri , , ianya terbukti dan diakui oleh kawan dan lawan. Kerana itu PAS mampu menjadi peneraju untuk memperkuatkan PR

2. Perak juga yakin dengan hiasan akhlak Islam itu sentiasa berlapang dada tanpa mengungkit siapakah sebenarnya ada jentera dan sebagainya kerana musuh sebenar PAS adalah UMNO dan BN bukan rakan dalam PR. Semangat kebersamaan dan berkerja untuk PR perlu lebih tekun di tanam kepada penyokong PAS oleh pemimpin disemua peringkat.

3. Pengukuhan negeri yang masih di bawah PR dengan pemantauan oleh PR Pusat dan Peranan JK displin yang mesti diperkasa dan ada peranan, adalah usaha untuk memastikan wajah pakatan Rakyat terus “berseri dan Anggun” dan memastikan sokongan besar rakyat dalam Pilihanraya akan datang. Hasilnya bukan saja kita pertahankan yang telah mempertahankan negeri yang sedia ada dan merampas negeri yang masih berada di tangan UMNO dan BN, seterusnya juga menghasilkan hasrat untuk ke Putera Jaya dengan wadah Pakatan Rakyat.

Peranan PAS di Peringkat Antarabangsa

Di peringkat Antarabangsa Isu yang terpenting adalah Isu pembebasan masjid al-Aqsa seterusnya kemerdekaan negara Palastin dari cengkaman yahudi laknatullah., Isu ini bukan isu bangsa Arab Palastin sahaja tetapi adalah isu umat islam seluruh dunia. Di dalam al-Quran Allah S.W.T mennyebut secara jelas tentang keberkatan al-Aqsa dan sekelilingnya:-

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Isra : 1)

Bumi Palastin adalah bumi para Anbiya’ yang dipilih oleh Allah taala. Masjid a-Aqsa adalah qiblat pertama umat Islam.

Penubuhan negara haram Israil adalah hasil kejayaan gerakan Zionist yang dikemudi oleh pemimpin-pemimpin Eropah dan Amarika Syarikat , Gerakan Zionist ini mempunyai matlamat yang jelas antaranya ialah :-

1. Penubuhan negara Israil di Palastin merentasi antara sungai Furat di Iraq dan Sungai Nil di Mesir.

2. Saluran utama bagi Kaum Salib Eropah untuk menyentuh dan menguasai jantung dunia Islam iaitu Palastin.

3. Menghapuskan kekuatan Arab dan Islam dan menguasai kekayaan harta dan tanah mereka seterusnya mengekalkan perpecahan dan peperangan antara mereka.
Oleh itu penyelesai dengan nama perdamaian yang diatur oleh barat adalah sia-sia dan hanya menguntungkan pihak yahudi sahaja kerana mereka sudah merancang untuk menjajah palastin dengan apa cara sekalipun. Jalan terakhir untuk membebaskan palastin adalah gerakan jihad yang telah dilaksanakan Hamas dan sahabat-sahabat mereka.

Oleh itu Pas sebagai gerakan Islam perlu terus memainkan peranan lebih Serius untuk memastikan hak rakyat palastin di kembalikan kerana kebanyakan rakyat Malaysia masih kabur dan jahil tentang keadaan sebenar tentang masjid al-Aqsa dan Palastin. Diantara gerak kerja yang perlu dilaksanakan ialah :-

1. Menyediakan seberapa ramai pendakwah yang berkemahiran tentang al-Aqsa dan palastin.
2. Mengadakan Seminar-seminar yang mendedahkan tentang al-Aqsa dan Palastin di semua peringkat.
3. Bekerjasama di peringkat antarabangsa dengan parti-parti Islam dan juga pertubuhan-pertubuhan islam dalam menyebarkan kefahaman yang jelas tentang isu-isu Palastin.
4. Menguruskan bantuan Kewangan untuk rakyat Palastin.
5. Doa secara berterusan dikalangan Rakyat.

Tiada ulasan: