03 Julai 2010

Timbalan YDP PAS Kampar meninggal dunia.

20 Rejab 1431H.

Timbalan YDP PAS Kampar, Ust. Shuib bin Hussin (gambar)telah meninggal duia lewat tengah malam tadi di Hospital Kampar. Beliau juga adalah Timbalan Pengarah jabatan Piliharaya (JPN) PAS Perak.

Jenazah sekarang berada di rumahnya di Taman Sejahtera Kampar dan akan di sembahyangkan pada jam 11 pagi ini di Mesjid An Nur Kampar.

Sebelum ini pada 30 januari lepas beliau telah dikejarkan ke Hospital Kampar akibat serangan jantung dan telah ditahan didalam Pusat jagaan Rapi (ICU) lebih kurang jam 11.00 pagi tersebut.

Sejak dari itu beliau berada dalam keadaan uzur dan banyak berehat dirumahnya di Taman Sejahtera Kampar.

Sepanjang hayatnya beliau dikenali dengan seorang aktivis PAS yang sangat gigih. Pemergiannya sesungguhnya merupakan satu kehilangan kepada PAS Kawasan Kampar dan PAS Perak.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Arwah dulu sahabat baik arwah bapa saya, pernah belajar mengaji ngan arwah pun.

Al-Fatihah....