03 Julai 2010

PKR gantung Timbalan Ketua Kuala Selangor

19 Rejab 1431 H

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memaklumkan bahawa Jawatankuasa Displin parti telah mengambil tindakan menghantar surat tunjuk sebab bertarikh 29 Jun 2010 serta menggantung keanggotaan Timbalan Ketua Cabang Keadilan Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar, sehingga selesai satu pendengaran dan keputusan aduan displin terhadap beliau.

Ketua Penerangan Pusat PKR, Latheefa Koya berkata, aduan adalah mengenai kenyataan akhbar Arshad yang tersiar di dalam Utusan Malaysia yang menyerang kepimpinan parti secara terbuka dan melanggari disiplin parti terutamanya Fasal 27.7 Perlembagaan parti.

“Beliau dilarang menjalankan apa-apa aktiviti parti atau membuat kenyataan sebagai anggota parti mahupun memegang apa-apa jawatan dalam parti sehingga selesai pendengaran dan keputusan muktamad oleh Jawatankuasa Disiplin,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: